Cara Check No Akaun Maybank (Semak Account Number Online)

Cara Check No Akaun Maybank (Semak Account Number Online)

Ada masanya, kita memang terlupa atau tak ingat langsung nombor akaun. Tambahan lagi, memang tak ada salinan atau tak simpan langsung di telefon. Jika anda salah seorang yang mengalami situasi begini, izinkan kami kongsi cara check no akaun Maybank yang cukup mudah dan pantas.

1. Cara check no akaun Maybank melalui Maybank2u Baru (maybank2u.com.my)

Berikut ialah cara untuk menyemak no akaun Maybank Baru:

  1. Layari laman web rasmi Maybank di https://www.maybank2u.com.my
  2. Log masuk dengan mengisi Username dan Password anda
  3. Jika tiada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam sistem perbankan Maybank2u Baru
  4. Nombor akaun terus tertera di paparan ini
  5. Klik akaun tersebut untuk maklumat lebih lanjut

 

2. Cara check no akaun Maybank melalui Maybank2u Classic (maybank2u.com.my)

Berikut ialah cara untuk menyemak no akaun Maybank Classic:


  1. Layari laman web rasmi Maybank di https://www.maybank2u.com.my
  2. Tekan butang Back to the classic Maybank2u
  3. Masukkan Username
  4. Tekan butang Next
  5. Jika gambar dan frasa adalah betul, tekan butang Yes
  6. Masukkan Password
  7. Tekan butang Login
  8. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda anda dapat masuk ke dalam sistem Maybank2u Classic
  9. Klik Accounts & Banking
  10. Senarai akaun anda akan tertera di sini, contohnya:
    • MAE
    • Premier 1 Account
    • Savings Account-i
  11. Nombor akaun Maybank anda adalah betul-betul di bawah senarai akaun tadi

 

3. Semak nombor akaun Maybank melalui ATM

Kad debit tak ada tulis no akaun. Hanya nombor kad debit itu sahaja. Jadi, anda perlu pergi ke mana-mana ATM untuk check nombor akaun Maybank.

  1. Masukkan kad ATM
  2. Tekan nombor PIN
  3. Pilih menu Pilihan Lain-lain
  4. Pilih Mini Statement
  5. Pilih print Mini Statement
  6. Tungu sehingga penyata mini itu dicetak
  7. Nombor akaun Maybank anda tertera pada slip/resit yang dikeluarkan oleh ATM tadi

 

4. Check account number Maybank melalui aplikasi M2U MY

Sila pastikan anda sudah install aplikasi ini terlebih dahulu. Jika belum, dapatkan di App Store atau Google Play.

  1. Tekan ikon M2U MY
  2. Isi bahagian Login
  3. Isi bahagian Enter password
  4. Tekan butang LOGIN
  5. Jika semuanya berjalan lancar, anda akan dapat masuk sistem Maybank
  6. Akaun anda akan disenaraikan di bahagian ini
  7. Lihat nombor akaun Maybank, betul-betul di bawah senarai akaun tersebut

 


5. No akaun Maybank berapa digit?

Untuk makluman, nombor akaun Maybank mempunyai 12 digit. Sila perhatikan dan kira betul-betul.

 

6. Maklumat berkaitan Maybank

Berikut pula ialah maklumat tambahan yang berkaitan dengan Maybank:

 

 


Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara semak no akaun Maybank ini akan memudahkan lagi urusan perbankan anda.

Semoga bermanfaat.


Artikel Berkaitan

Cara Check No Akaun Maybank (Semak Account Number Online)

Leave a Comment