Cara Bayar Loan Kereta Maybank (Melalui maybank2u.com.my)

Jika anda ingin membayar loan kereta Maybank, sila ikuti langkah-langkah mudah yang kami kongsikan seperti di bawah.

Izinkan kami berkongsi.

1. Cara bayar loan kereta Maybank dengan menggunakan Maybank2u

  1. Sila layari laman maybank2u.com.my.
  2. Isikan Username dan Password akaun Maybank2U anda.
  3. Tekan Pay & Transfer.
  4. Pilih Pay.
  5. Klik Payee/ New Payment.
  6. Tekan Maybank Hire Purchase.
  7. Isikan nombor Bill Acct atau Vehicle No,dan tekan butang Confirm.
  8. Masukkan jumlah Amount and Effective Payment Date. Sila Set Recurring dan pilih Effective Start & End Dates, jika anda mahu pembayaran anda ditolak secara bulanan dan automatik untuk setiap bulan berikutnya.Tekan butang Pay.
  9. Pilih Request TAC (SMS TAC/Secure TAC/Secure Verification) dan klik Confirm
  10. Taipkan kod TAC yang telah diterima dan klik Confirm.
  11. Transaksi anda berjaya diproses. Sila muat turun dan simpan resit sebagai rujukan bukti pembayaran.

 

2. Cara bayar loan kereta Maybank melalui ATM

  1. Pergi ke mana ATM yang terdekat dengan anda.
  2. Masukkan kad ATM dan PIN anda.
  3. Klik Other Transaction.
  4. Pilih Payment.
  5. Tekan Express Payment.
  6. Klik Loan/Financing.
  7. Tekan Vehicle Loan/Hire Purchase.
  8. Pilih Acc. no atau Vehicle no.
  9. Klik Amount.
  10. Pilih Account yang anda ingin gunakan untuk membuat pembayaran loan.
  11. Seterusnya,tekan Confirmation.
  12. Transaksi anda telah selesai.

 

3. Cara membuat pembayaran loan kereta Maybank melalui CDM

  1. Pergi ke mesin Maybank CDM berdekatan dengan anda.
  2. Pilih Cash Payment.
  3. Klik Maybank Cash Payment.
  4. Pilih Loan/ Financing.
  5. Klik Vehicle Loan/ Hire Purchase.
  6. Isikan Account number atau Vehicle Number.
  7. Masukkan jumlah pembayaran untuk loan kereta.
  8. Untuk pengesahan, klik Confirmation.
  9. Transaksi anda telah selesai.

 

4. Cara bayar pinjaman kereta guna Maybank2u ke bank yang lain

  1. Buka laman web rasmi Maybank maybank2u.com.my di telefon bimbit atau komputer riba anda.
  2. Masukkan Username dan Password akaun Maybank2u anda.
  3. Pilih Pay & Transfer.
  4. Klik Transfer.
  5. Dalam paparan skrin Transfer To, pilih other Accounts.
  6. Pilih New Payment.
  7. Di sini, anda boleh pilih Bank Tujuan (Contohnya : Affin Bank Berhad).
  8. Isikan Account Number anda.
  9. Masukkan Recipient’s Name (Anda boleh masukkan nama Bank,misalnya Affin Bank Berhad).
  10. Di bawah Transaction Type, pilih Hire Purchase.
  11. Di paparan skrin Transfer Mode, klik Instant Transfer.
  12. Isikan jumlah duit ansuran kereta yang perlu dibayar pada ruangan Transfer Amount.
  13. Di bahagian Recipient’s Reference, anda boleh isikan nombor plat kereta anda sebagai rujukan.
  14. Tekan Request TAC (SMS TAC/Secure TAC/Secure verification) dan klik Request.
  15. Masukkan kod TAC yang anda terima melalui SMS dan klik Confirm.
  16. Tahniah, transaksi anda telah berjaya. Sila muat turun resit untuk rujukan anda .

1 thought on “Cara Bayar Loan Kereta Maybank (Melalui maybank2u.com.my)”

  1. Saya ingin mohon Monarotorium selama 6 bulan untuk loan kereta saya Acc Num: 789847395280 Dimanakah untuk borang atau cara mohon.

    Reply

Leave a Comment