Cara Terminate ASB Loan (Cancel Pinjaman Maybank, CIMB & RHB)

Dikhabarkan bahawa kadar dividen ASB 2020 ialah 5.5 sen sahaja. Ramai orang rasa macam tak berbaloi kerana kadar faedah dengan bank sahaja rata-rata 5%. Oleh kerana ini, ramai orang mahu tahu bagaimana cara terminate ASB loan.

Ramai orang yang ingin melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) tetapi tidak mempunyai wang untuk membeli jumlah yang besar. Sesetengah bank menawarkan pinjaman ASB bagi pelabur untuk membiayai pelaburan mereka ke dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Persoalannya, apa itu pinjaman ASB dan bagaimana ia dilaksanakan? Adakah ia berbaloi jika terus buat pinjaman?

Jika anda mahu melabur dengan pinjaman, mohon penerangan lebih lanjut tentang pinjaman pelaburan ASB terlebih dahulu. Fikir masak-masak sebelum buat keputusan.

Pinjaman ASB

Sepertimana dana ASB, pinjaman ASB hanya dibuka kepada Bumiputera. Selepas menyerahkan semua dokumen pendapatan kepada bank, pelanggan mesti membuka akaun ASB dengan bank tersebut. Setelah permohonan diluluskan, bank akan menkreditkan elaun pinjaman terus kepada akaun ASB pelanggan. Setiap bulan, pelabur (iaitu peminjam) bertanggungjawab untuk membayar semula pinjaman dalam bayaran bulanan. Perlu diingat bahawa sesetengah bank akan mengenakan yuran pengurusan dan dokumentasi apabila memohon pinjaman ASB.

Pinjaman ASB adalah pinjaman berjangka asas, dan faedah yang dikenakan ke atas pinjaman ASB dikira menggunakan kaedah pengurangan baki (sama seperti yang digunakan oleh Pinjaman Perumahan dan Deposit Tetap). Kebanyakkan pinjaman ASB hari ini menggunakan kadar faedah terapung.

Oleh itu, kadar faedah akan berubah mengikut kaedah faedah asas (Base Lending Rate atau BLR). Sama seperti insurans hartanah, pelanggan boleh memilih untuk melindungi pinjaman ASB mereka dengan insurans/takaful yang dibiayai oleh bank-bank. Insurans-insurans ini akan melindungi baki jumlah pinjaman jika berlaku kematian atau hilang keupayaan kekal (Permanent Total Disability atau PTD).

Di Malaysia, sesetengah bank yang merupakan ejen dana ASB juga memberikan pinjaman ASB. Antara bank yang menawarkan perkhidmatan ini ialah RHB, Maybank dan CIMB.

 

Cara terminate ASB loan

Pelaburan ASB adalah salah satu cara yang baik untuk kita uruskan kewangan kita, dan pinjaman ASB boleh dilakukan bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk melabur dalam jumlah yang besar.

Akan tetapi, mungkin tidak semua mampu untuk menguruskan kewangan dengan baik. Mereka tidak mampu untuk membayar secara bulanan pinjaman mereka kerana terikat dengan komitmen lain seperti membayar bil, sewa rumah, kereta dan sebagainya.

Ada juga yang mungkin sudah kurang yakin dengan ASB apabila dividen tahunan ASB mula menurun sejak 2-3 tahun lepas. Bagi peminjam (pelabur), anda boleh memilih untuk tamatkan pinjaman anda. Tetapi bagaimana?

Berdasarkan tiga bank utama yang menawarkan perkhidmatan pinjaman ASB iaitu RHB, Maybank dan CIMB, di bawah adalah cara-cara untuk membatalkan pinjaman ASB anda.

 

Cara terminate ASB loan Maybank

  1. Kunjungi mana-mana cawangan Maybank, dan jangan lupa bawa sekali kad pengenalan anda. (hanya untuk anda yang mula meminjam ASB sebelum ini melalui Maybank SAHAJA. Sekiranya melalui bank lain, anda tidak dibenarkan untuk membatalkannya dengan Maybank)
  2. Sertakan sekali nombor akaun pinjaman ASB anda. Sekiranya anda terlupa, pegawai bank masih boleh memeriksa akaun pinjaman ASB anda melaui nombor kad pengenalan anda.
  3. Pergi ke kaunter front desk dan maklumkan yang anda ingin membatalkan pinjaman ASB anda. Anda akan diminta untuk berjumpa dengan pegawai bank tersebut.
  4. Pegawai bank akan memeriksa status akaun pinjaman anda tersebut, sama ada terdapat baki, jumlah yang melebihi bayaran, status tunggakan dan sebagainya.
  5. Pegawai bank juga mungkin akan cuba memujuk anda untuk tidak membatalkan pinjaman ini, ataupun menangguhkan hasrat anda sehingga ke satu tarikh supaya anda boleh mendapat bayaran balik dengan harga penuh. Nyatakan sebab anda ingin menamatkannya sekarang. Misalnya, anda perlukan duit tersebut untuk membayar pelbagai hutang.
  6. Anda akan mendapat borang daripada pegawai bank, iaitu borang untuk membatalkan pinjaman ASB anda. Isi borang tersebut.
  7. Setelah selesai, anda akan dibawa ke front desk untuk memeriksa cap jari. Setelah itu, proses pembatalan pinjaman ASB anda selesai.
  8. Anda perlu menunggu beberapa bulan untuk mendapat balik bayaran penuh anda.

 

Ada satu posting dari Facebook Maybank, di mana individu tersebut bertanyakan tentang cara untuk terminate ASB loan dengan Maybank. Walaupun sudah terminate, akaun beliau masih lagi ditolak. Boleh baca di sini: https://www.facebook.com/Maybank/posts/sy-nk-terminate-asb-loan-maybankstill-kene-tolak-setiap-1hb/1397798176919674/

Kami sertakan beberapa screenshot untuk rujukan anda.

 

 

 

 

 

 

Cara terminate ASB loan CIMB

  1. Kunjungi mana-mana cawangan CIMB, dan jangan lupa bawa sekali kad pengenalan anda. (hanya untuk anda yang mula meminjam ASB sebelum ini melalui CIMB SAHAJA. Sekiranya melalui bank lain, anda tidak dibenarkan untuk membatalkannya dengan CIMB)
  2. Pergi ke kaunter front desk dan maklumkan yang anda ingin membatalkan pinjaman ASB anda. Anda akan diminta untuk berjumpa dengan pegawai bank tersebut.
  3. Serahkan kad pengenalan kepada pegawai bank untuk memeriksa status pinjaman anda.
  4. Nyatakan kepada pegawai bank sebab-sebab utama anda ingin membatalkan pinjaman anda.
  5. Isi borang pembatalan pinjaman ASB yang diserahkan pegawai bank kepada anda. Borang tersebut akan difakskan kepada HQ CIMB untuk pengesahan.
  6. Proses anda selesai. Dalam masa 2 minggu, anda akan dihubungi oleh pegawai bank untuk pengesahan bayaran baki bon pinjaman kepada anda, sama ada untuk kredit terus ke akaun anda, atau bayaran melalui cek. Bayaran secara kredit hanya mengambil masa 24 jam, manakala bayaran melalui cek mengambil masa 7 hari.

 

Cara batalkan pinjaman ASB dari RHB

Walaupun Maybank dan CIMB adalah bank popular untuk buat pinjaman ASB, ada juga yang membuat loan dengan RHB.

Izinkan kami berkongsi cara terminate ASB loan RHB juga.

  1. Kunjungi mana-mana pusat RHB Bank, atau di cawangan yang terdekat dengan anda. (hanya untuk anda yang mula meminjam ASB sebelum ini melalui RHB SAHAJA. Sekiranya melalui bank lain, anda tidak dibenarkan untuk membatalkannya dengan RHB)
  2. Jumpa pegawai bank dan maklumkan bahawa anda ingin batalkan pinjaman ASB anda.
  3. Isi borang Surrender yang akan diserahkan kepada anda.
  4. Anda akan diserahkan nombor bahagian Khidmat Pelanggan untuk memaklumkan tentang pembatalan ASB anda. Hubungi nombor tersebut.
  5. Anda akan juga dimaklumkan sama ada anda sesuai atau tidak untuk membatalkan pinjaman anda. Sekiranya pinjaman anda itu masih belum cukup 36 bulan bayaran maka anda tidak digalakkan untuk membatalkan pinjaman kerana akan dikenakan denda. Sekiranya melebihi 36 bulan dan ke atas, maka anda boleh memilih untuk membatalkannya.
  6. Isi borang Surrender yang anda dapat, dan ikuti segala prosiding yang dibuat oleh staf bank.
  7. Hantar borang tersebut kepada staf bank.
  8. Anda akan diminta untuk menunggu sehingga dua bulan untuk jualan balik, serta urusan lain seperti BNM. Selesai urusan anda.

 

Akhir kalam

Memandangkan bonus dan komisen semakin kurang, rasa tak berbaloi untuk terus buat pinjaman. Sudahlah kena bayar bulan-bulan dengan bank, pulangannya sedikit.

Apa-apa pun, fikir masak-masa sebelum buat keputusan.

Semoga bermanfaat.

82 thoughts on “Cara Terminate ASB Loan (Cancel Pinjaman Maybank, CIMB & RHB)”

  1. Hi. Cara lain, jangan masukkan duit dalam bank untuk tolakan ASB secara bulanan. Bank akan cuba hubungi anda, contohnya hantar reminder melalui SMS bahawa ada tunggakan yang perlu dibayar. Kegagalan untuk membuat pembayaran akan menyebabkan saham anda dijual.

    Reply
    • Hasrat nak tutup asb,tapi cawangan bank rhb dh tutup di tempat saya.. Ok ker kalau tak payah bayar bulanan asb tu utk asb automatik dijual balik? Lama jugak dh main asb ni. Lebih 3 tahun rasanya. Ccris rekod mcmana? Mohon penjelasan.

      Reply
  2. assalamualaikum puan, minggu lepas saya buat penutupan ASB kat RHB Bank. Seperti biasa pegawai tu beri saya borang untuk isi dan sign. Pegawai tu tanya saya kalau ada account kat RHB. Saya cakap tak ada jadi pegawai tu suruh saya buak account supaya duit yang saya dapat nanti akan masuk account baru yang saya buka. Bila saya pergi branch RHB yang lain untuk buka account, pegawai tu cakap tak payah buka account sebab duit tu selepas diproses dalam 2 bulan akan masuk account ASB saya. Jadi saya cuma pergi kaunter bawa buku ASB (buku Ting) untuk keluarkan duit tersebut. Saya jadi pening tak pasti yang mana satu betul. Boleh puan jelaskan tak.

    Reply
    • wsalm..sy tlg jwb kn… sy pun br ttup asb loan ni awl bln 1 ari tu..xyah buka akaun rhb pun, nti duit tu akn msuk kt dlm akaun Asb kita

      Reply
        • saya tolong jawabkan ye. kita boleh check melalui myasnb(online). saya buat termination hujung bulan 1 and saya received saya punya pulangan pertengahan march.

          Reply
          • maaf betulkan sy jika salah, hartu msa sy nk terminate ASB Loan ni, pgawai bank tu ada ckp pulangan semula tidak termasuk insurans, maknanye kita ada dpt lagi dari insurans ke?? lepastu td sy check di MyASB app, amaun dia tdak sama mcm pgawai bank tu britahu, dia akan byar separuh2 ke??

  3. Dividen asb dikira sbgai pendapatan tak….
    Sbb sy syg nak terminate…
    Saya nak Beli rumah, klu x terminate ASB loan.
    Loan rumah memang tak Lepas.
    Loan ASB buat dkt Cimb

    Reply
  4. Sudah buat pembatalan asb cimb dr bln januari tp sampai skrg masih dlm proses. Lama betul. Dah lebih dr 2 mggu. Apa perlu buat? Pembayaran bulanan masih aktif.. nak tunggu sampai bila. Sampai baki bon dah hbs ke mcm mna?

    Reply
  5. Pembatalan asb cimb telah dibuat pd january tp sampai skrg masih dlm proses. Bayaran bulanan masih aktif. Agaknya bank nak tunggu sampai baki bon hbs ditolak baru terbatal. Ada x cara lain nak push pihak bank utk percepatkan? Sudah lebih dr 2mggu

    Reply
    • Maaf tanya. Dah settle ke belum encik punya asb ? Saya buat jugak 28Jan sampai sekarang dlm proses. Call centre cakap maybe hujung march baru selesai. Bayaran still kena buat hingga march .

      Reply
      • Ada cek x dlm akaun asb masih ada x lg amount yg dipinjam? Skrg ni dlm akaun asb amount pinjaman dah ditarik keluar tp bayaran bulanan dan interest lewat bayar masih berjalan.

        Reply
      • sy buat pertghan bulan 1 tp bila call masa bulan Mac, pgawai bank ckp Pngurus dia lwat untk sign approval tu..geram plak dgar..haih, kte klau bole nk sttle cepat..

        Reply
  6. Better call balik personal banker tanya status samada PNB dah receive surrender letter tu dn udah batalkn.Naya je esok loan still on dn nama kena blacklisted psl bayaran tak cantik

    Reply
  7. saya dah tutup easy rhb 9/1/2020 sampai hari ni 27/2 masih belum settle….tgok dlm lis pnb dah terima sebab nilai pinjaman dah takde dlm akaun….agak2 bila boleh dapat duit balik yer….bank dah call dgn mesej suruh bayar bulan 2 punya loan….bila pergi rhb tanya dia kata tak tahu bila boleh settle…ada yg alami apa yg saya lalui…boleh share pengalaman sikit

    Reply
      • pnb tu yg akan urusan jualan balik bon kita….hari tu pergi rhb balik untuk rujuk kes saya ni…bila agen buka dlm sistem bon pinjaman masih ada…dia kata pnb belum urus kan…dan hari ni 14/3 saya masih belum terima apa² bayaran dari rhb….frust betul la…nanti tak tau berapa ratus rhb akan tarik duit tu sebab dah 2 bulan tak bayar..

        Reply
      • Saya pon sama da terminate 26/2/2020 tapi sampai sekarang lom masuk pape n jumlah pinjaman pon masih ad lagi,
        Tepon pihak bank tak pernah nk angkat ,,x tahau status cm ner pihak bank cakap 1 bulan ke 2 bulan saja

        Reply
  8. saya pun alami benda yg sama cik. saya pergi rhb 6.1.2020 & isi borang. Hari ini saya cek asb, baru masuk. Lepas tu pulangan yg saya dpt x sama mcm apa yg pegawai rhb tu cakap. Bnyk sngt yg kurang.

    Reply
  9. saya pun dh terminatekan setelah 7 thun..buat under maybank.. sy terminate sebelum CNY dalam 23/1/2020 gtu..kena pegi bank untuk isi borang n sign utk terminate..alhamdulillah hrini dh dpt masuk direct acc maybank sy..tp jumlah dpt berbeza sbb ms nk terminate staff kire dlam 5k lebih xtermasuk insurans … tp dpt dlam 4.5k ..insurans xmasuk lg staff ckp bulan depan bru msuk.. pepepun ok la pasni simpan sndri je..

    Reply
  10. sy dah terminate asb & sign borang cuma knp bank cawangan lain kol kata sy still ada tunggakan sdgkan sy da tutup di cawangan yg bdekatan ngan umah sy. cawangan satu ni kata bila da sign automatic da tutup so kalo tetiba ada pmbayaran abaikan. mcm mana tu ye????

    Reply
  11. Salam,
    Saya nak tanya 30 jan saya dah terminate asb saya.

    Dah bt pinjaman selama 3 tahun, tak pernah amik dividen, bayaran cantik.

    Dalam bulan 3 cimb bank in Rm2k ke akaun saya.

    Adakah itu sahaja bayaran saya terima klu dikira2 dah habis 10k byr bulan selama ni.

    Mmg dpt mcm tu je ke ? Harap dpt membantu.

    Reply
  12. assalam nak tnya sy terminate asb sy dah. bulan-bulan saya bayar 180. jadi dah 2 tahun saya terminate berapa ye saya dapat?sy buat 30k punya.

    Reply
  13. Aku dah settle bayar loan. G bank 15jun utk terminate. Tapi smp skrg 25july duit loan tu xmsuk lg ke acc bank aku. Time suh bayar bulanan nak cepat. Bila nak bagi duit kita mmg lambat eh?

    Reply
  14. Assalamualaikum…nak tanya hari ini tadi saya pergi RHB untuk bayar tunggakan yg 4tahun saya dah saya tak guna…kira kena penalty lah…lepas itu dorang bagitahu saya kena bayar 1332.50 tapi dorng bgi offer 1200 dan tutup akaun…lepas dah tutup akuan itu dorang dh tk minta apa2 bayaran lagi kan…

    Reply
  15. Assalamualaikum ade buat permohonan jual balik asb..saya nak tanya kalau dekat apps Asb dah tulis successful maksud nyee dah boleh g bank dan amik duit ke

    Reply
  16. Salam, saya buka akaun pinjaman asb dengan cimb, kalau saya nak terminate asb dekat pusat asb boleh ke? Maksudnya saya x nak terminate melalui bank, tapi direct terus ke tempat asb tu. Boleh ke?

    Reply
  17. Saya buat loan asb rm200k dgn cimb selama 6 thn. Dan sy dah byr pinjaman hampir dekat 70k.. tetapi pulangan balik sy dpt hanya 7k lebih.. Sy byr setiap bln. Dan tiap2 tahun dividen sy abik. Tak akan byk sy dpt.

    Reply
  18. Baru terminate ASB Loan 160k pada minggu lepas di CIMB.Tiap-tiap tahun akan keluarkan dividen. Tempoh loan yg dah bayar 4 tahun. Kita tengok berapa yg dapat dan berapa lama baru dapat :3

    Reply
  19. alhamdulillah..hari tu terminate pertengahan bulan 1. hari ni 03.02 baru dapat..tapi dia tulis credit advance..tapi tak sure la dia dah bayar full ke tidak.

    Reply
  20. Saya terminate ASB Financing CIMB pada 18/01/2021. Hujung bulan masih ada auto deduction from account bank. So saya call CIMB, mereka cakap sekarang tengah submit to PNB untuk pembatalan. Pada 18/02/2021 baru boleh tgk dlm acc yg kta xda loan lagi. Ade ke surat yang kita perlu minta dari bank yg cakap kita dh buat pembatalan ASB Financing?

    Reply
  21. Hi sy pulak loan under maybank, terminate 8/1/21 tapi sampai skrg belum ada apa apa news. Masalah skrg balance loan sy dari 20K+ turun jadi 8K+. Sy call maybank dan mereka kata masih dalam process

    Reply
  22. Termakan pujukan staff maybank untuk buat loan ASB… dah cakap tak mampu…tapi hari2 dok pujuk… sekarang dah sangkut…. menyusahkan la pulak.

    Reply
  23. Askm sy nak bertanya,sy ada membuka acc asb 50k pada tahun 2015/2016 kalu tak silap saya, ok jadi cerita dia macamni, contoh macam hari ini saya walk in ke satu shopping mall di tempat saya di mana rhb bank ada membuka satu cawagan di dalam shopping mall tersebut. Jadi shopping mall ini slalunya outlet2 disini tutup tepat pukul 10malam.jadi sy walk in ke outlet rbh yg ada di dalam shoping mall ini untuk megisi borang untuk membuat asb loan rm50k.sntaff yg megendalikan kes asb loan sy ini adalah sorang perempuan, namanya saya xbrapa ingat sbb bnd da lama sangat, mmg xdpt nak recall apa nama dia semua. Tp rhb bank tentu ada rekod n tau sapa the person in charge untk akaun asb saya ni.tsetelah selesai semua dokumen yg di perlukan untuk loan tersebut, dalam jam lebih kurang 10.05mlm,maka sy dan staff yg bertugas pun bersurai dan pulang.ok ini semalam punya cita,jadi pada keesokon harinya saya menukar fikiran bahawa saya nak cancel asb loan tersebut, jadi saya walk in ke outlet tersebut jam 10pg sewaktu outlet rhb itu baru nak buka, saya bjumpa dgn staff perempuan berkenaan dan bgtau bahawa sy nak cancel asb loan saya tu, dia memberitahu saya bahawa bnd ini sudah di proceed, tp secara kebetulan saya nampak borang saya masih lagi di ats meja outlet berkenaan di mana malam semalam ia ditempatkan. Jadi sy terus bertanya kepada beliau itu borang saya smu,mcmna cik kata da Proceed semua?xkan fax p semua, dia pun serba gelisah tak tau nak jawap smu, sy terus bgtau dgn tegas bahawa sy nak cancel asb loan sy itu,jadi tlg jgn proceed jd beliau pun bgtau ok kepada sy n sy pun beredar dr situ. Silap saya tak ambil borang tu dan koyak semua sebelum pergi,sebab pecayakan orang semua. Last2 saya terima surat bahawa loan tersebut dah berjalan dah lama dan acc sudah pun djual kepada pihak lain. Jd sy pun terkejut dgn hal bekenanan dan walk in ke rhb terdekat untuk bertanya tentang masalah ini, saya terangkan smu macam cerita yg di ats kepada staff rhb bekenaan,beliau minta sy tgu sebentar nak buat semakan smu, setelah selesai beliau memberitahu saya bahawa oitlet tmpt yg saya buat permohonan asb itu dulu sdh tidak .beroperasi lagi,dah tutup.dan staff yg megendalikan asb loan sy ininpun dah tidak bertugas lagi semua.habis benggang amat sgt setelah mendengar apa yg diberitahu oleh salah soeang staff rhb berkenaan sy terus bertanya mana boleh macamni, saya dah cancel loan tersebut on d next day but why it still proceed tanpa pengetahuan saya semua? Hny tau bila terima surat bahawa ada tugakan ttg asb tersebut, not even a phone call dari rhb bank smu. Im not gonna pay a single cent at all.amat marsh sangat2 dengan aoa yg terjadi semua, tp sekarang pada tahun 8/4/21 saya tima satu pgln dari company maha patners n co. Bahawa tungakkan asb yg perlu dibayar setelah dia memberi best amount to close this kes rm1700.saya memberitahu dia skrang nie saya dah xberkerja lagi dah berhenti dsebabkan masalah covid ini smu, dan sekarang hanya menyara keluarga saya dgn duit kwsp yg saya bw keluar di awal bulan tahun ini sehingga bulan jun 2021 tahun ini.buatbsementara waktu hanya itu saja pendapatan saya sementara msh lg mencari perkerjaan baru, jadi tolong la bg saya sedikit masa untuk cari duit itu tersebut, difahamkan oleh staff dari maha patner n co. Tersebut bahawa 12/4/21 dead line untuk membayar duit rm1700 iti jika gagal maka semua akaun bank yg saya ada akan dibekuka katanya, sy cuba bincang elok2 dgn dia tp dia msh megeras dan muktamat apa yg dia katakan smu tu. Sbb duit kwsp saya masuk 13/4/21,jika dia block smua account bank saya,ati la macamna saya nak survive smu,?sbb family saya bergantung kepada saya,isteri dan 4org anak smunya masih kecil berumur nak masuk 7tahun yg paling besar dan yg plg kecil br berusia 4bulan.tolong la faham n berikan saya sedikit masa untuk hal ini, staff tetap dengan keputusan dia,sampaikan sy dsh hilang sabar dan terus bersuara dgn tinggi terhadap dia dan berkata habis nak saya buat macam mana smu p mencuri ka? Tolong la faham saya rayu kepada dia masalah dan tangungjawap yg dipikul oleh saya semua. Beliau memberi tahu sy call balik isnin depan 12/4/21 untuk tengok mcmna smu,jika xdak jugak duit dia mintak maaf kat saya dia akan bekuakan semua bank acc yg saya ada. Saya dgn rhb bank mmg xada account smu tp dengan bank2 lain saya ada account.jadi sy nak bertanya kepada semua bolekah beliau membuat begitu smu jika gagal bayar, smu bank yg saya ada akan dibekukan? Apakah yg perlu saya buat berkenaan masalah yg saya ada ini. IIni tidak adil ats apa yg diteriima semua, sebab sy sudah pergi buat pembatalan untul account terseebut pada keesokan hari tp kenapa bends nie msh procced. Apa benda nie smu? Tong la bantu saya mcmna sy nak buat untuk hal ini, ibarat keena naya buta punya

    Reply
  24. Salam sy ada buat pinjaman asb loan dari cimb bank.da di lulus kan pinjaman..pembayaran mula 5/4/21 ni.tpi tadi sy pergi ke cimb untuk cancel pinjaman.katanya ada pembyran jugak walaupon cancel..bila tny berapa dia pon x pasti…agk2 bpe ye..sape situasi sama mcm saya..😔😔

    Reply
  25. Salam sy ada buat pinjaman asb loan dari cimb bank.da di lulus kan pinjaman..pembayaran mula 4/5/21 ni.tpi tadi sy pergi ke cimb untuk cancel pinjaman.katanya ada pembyran jugak walaupon cancel..bila tny berapa dia pon x pasti…agk2 bpe ye..sape situasi sama mcm saya..😔😔

    Reply

    Reply
  26. Pengalaman saya la…siapa² baca ni tolong pk baik² sblm bt pinjaman…masa nk pinjaman tu sekejap je dah lulus…tp bila kita nk terminate, tuhan sahaja y tahu ..ada tu sampai 6 bulan xsettle² last2 kena ikhtiar sdiri utk settle..jawabnya telepon sdiri2 lah utk settle..telepon bank telepon asb…kena tendang mcm bola.so pk² lah yer.

    Reply
  27. Saya dah dapat bayaran utk pembatalan loan asb…bagaimana dengan insuran ada kah ia dibayar berasingan ?atau tak dibayar ?

    Reply
  28. sy baru pikir nak jual balik saham. pinjaman dgn rhb 30k tahun 2017. nak jual risau pulak dapat sikit je. jadi batalkan la niat tu. tgok ada dpt 7k je.

    Reply
  29. Saya nak batalkan juga ni asb. Tapi nak dengan keterangan yang terperinci.ingat nak call dulu pihak bank atau asb. Duit tu nanti nak buat beli emas. Sebab baru rasa nak celik emas🤣🤣🤣.nyesal xcelik dari dulu😁

    Reply
  30. Hai saya dah close akaun selama 5 tahun dgan rhb loan asnb awal bulan 1 hari tu … Saya cek myasnb total saya pinjam dah xda dari 60k sekarang tgal 24ringgit shj … Adakah saya dapat pulangan balik … Atau memang xkan dapat ap2 ….

    Reply
  31. Salam nak tanya.. kalau pihak bank buat mcm tu masa kita nak teriminate asb loan bukan dikira penindasan ke? Agak2 boleh jalan report tak? Sebab masa sebelum buat diaorg mcm memaksa suruh buat asb loan walaupun saya cakap taknak buat.. lepas tu bagi penerangan pon tak jelas.. saya tak pernah amik tau pon pasal asb loan sebelum ni.. so masa tu taknak sakit kepala termakan pujuk rayu diaorg buat asb loan.. bagi penerangan tak jelas semua tiba2 suruh sign borang banyak2.. bila cakap nak fikir dulu pon mcm tekan2 suruh sign.. tak sempat nak baca t&c semua.. agak2 kalau nak terminate dapat balik tak jumlah yg kita dah bayar sebelum ni? Sebab saya mmg betul2 dah tak mampu nak bayar dan memang perlukan duit sangat2 buat masa ni.. hmmm..

    Reply

Leave a Comment