Cara Bank In Duit Maybank (Masukkan Dalam Akaun Sendiri)

Mungkin salah seorang kawan atau keluarga anda terdesak mahu guna wang. Mungkin juga orang yang pernah pinjamkan duit kepada anda, urgent mahu guna duit dan mahukan anda bayar hutang dia secepat mungkin melalui Maybank. Satu lagi, mungkin juga anda mahu tambah simpanan anda di Maybank. Persoalannya, macam mana cara bank in duit Maybank, iaitu masukkan duit dalam akaun sendiri? Dan juga macam mana nak masukkan duit ke dalam akaun Maybank orang lain?

Perbankan moden

Kini, ada banyak sangat bank yang wujud di Malaysia untuk memudahkan kita mengendalikan wang. Pada waktu dahulu, kita sudah terbiasa dengan amalan menabung dan menyimpan kesemua wang kita di rumah melalui simpanan yang rapi dan hanya kita sahaja yang tahu.

Atas faktor keselamatan dan juga untuk lebih sistematik serta jaminan wang kita selamat, bank diwujudkan untuk membantu kita menabung dengan lebih cermat dan lebih bijak.

Bank in duit

Kita boleh menambah simpanan dari semasa ke semasa dengan mesin Cash Deposit yang boleh diperoleh di mana-mana bank. Kita juga boleh melakukan pengeluaran, pemindahan dan servis-servis lain menggunakan mesin ATM.

Dalam artikel ini, anda akan diajar cara yang mudah dan betul untuk menambah simpanan anda, atau menghantar wang anda ke akaun bank orang lain dengan servis bank in menggunakan mesin Cash Deposit, di kaunter, bank in cek dan juga pemindahan wang secara online dengan Maybank.

Cara masukkan duit Maybank (Akaun sendiri)

Berikut ialah panduan untuk masukkan duit Maybank ke akaun sendiri (Own Account).

Cara bank in duit Maybank melalui Maybank2u

Ini adalah panduan untuk masukkan duit ke dalam akaun sendiri.

Panduan ini hanya terpakai jika anda mempunyai dua akaun Maybank atau lebih.

Jika anda mempunyai satu akaun sahaja, boleh gunakan cara lain seperti di bawah.

Jika anda mahu bank in ke akaun orang lain yang mempunyai akaun Maybank juga, sila rujuk cara transfer duit Maybank ke Maybank.

  1. Layari laman web rasmi perbankan Maybank Classic di https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login
  2. Masukkan Username
  3. Masukkan Password
  4. Klik butang Login
  5. Anda kini berada di Home
  6. Klik menu Accounts & Banking
  7. Di bahagian sebelah kiri, klik Transfers
  8. Klik Own Account Transfer
  9. Di bahagian Amount, masukkan amaun yang dikehendaki
  10. Di bahagian From Account, pilih akaun Maybank pertama yang anda mahu buat pindahan
  11. Di bahagian To Account, pilih akaun Maybank kedua yang mahu menerima duit pindahan tersebut
  12. Masukkan Effective Date, iaitu tarikh kuatkuasa untuk pindahan
  13. Masukkan Receipt Reference untuk maklumat tambahan
  14. Masukkan Other Payment Details jika ada, sebagai maklumat tambahan yang lain

 

Masukkan duit Maybank melalui kaunter

  1. Pergi ke cawangan Maybank yang terdekat dengan rumah anda.
  2. Ambil nombor giliran. Apabila giliran anda tiba, pergi ke kaunter dan maklumkan kepada staf bahawa anda ingin menyimpan wang ke akaun sendiri.
  3. Anda akan diserahkan borang. Isi borang tersebut beserta jumlah, dan nombor akaun yang ingin dimasukkan wang tersebut, iaitu nombor akaun anda.
  4. Serahkan wang anda dan urusan anda selesai. Dalam tempoh yang akan dimaklumkan oleh staf tersebut, anda akan tahu bila wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun yang ditujui.

 

Cara bank in duit Maybank guna Cash Deposit Machine (CDM)

  1. Pergi ke cawangan Maybank atau ke mana-mana mesin CDM yang berdekatan.
  2. Tekan mana-mana butang pada mesin untuk mengaktifkannya.
  3. Pilih bahasa, sama ada BAHASA MALAYSIA, ENGLISH atau Mandarin.
  4. Akan tertera gambar yang menerangkan kertas-kertas wang yang diterima dan akan ditolak. Tekan YA.
  5. Pada menu seterusnya, pilih DEPOSIT TUNAI.
  6. Masukkan nombor akaun penerima, iaitu nombor akaun bank anda sendiri.
  7. Tekan YA.
  8. Semak nama dan nombor akaun yang tertera. Jika betul, masukkan wang pada slot yang telah dibuka.
  9. Tekan TERUSKAN.
  10. Mesin akan mengira jumlah wang tersebut. Kemudian, tertera jumlah wang yang telah dikira.
  11. Sekiranya betul, tekan YA. Jika salah, tekan TIDAK. Sekiranya anda ingin menambah lagi wang, tekan TAMBAH WANG.
  12. Setelah anda tekan YA, mesin akan memproses deposit anda.
  13. Deposit anda selesai.
  14. Ambil resit.
  15. Prose masukkan duit Maybank anda kini selesai.

 

Masukkan duit Maybank melalui cek

  1. Pertama sekali, setelah mendapat cek, semak nama penuh anda pada cek tersebut dan pastikan jumlah pada cek adalah jumlah yang betul. Pastikan ejaan bayaran juga adalah betul.
  2. Apabila anda yakin semuanya adalah betul, anda boleh menulis nama anda pada bahagian belakang cek. Pastikan nama penuh yang ditulis sama dengan bahagian hadapan cek.
  3. Isikan juga nombor akaun bank anda dan nombor telefon anda pada bahagian belakang cek. Pastikan ketiga-tiga maklumat ini diisi dengan betul untuk mengelakkan cek tendang.
  4. Setelah selesai, anda perlu pergi ke cawangan BSN yang terdekat untuk deposit cek anda.
  5. Pergi ke mesin Cheque Deposit Machine. Ikut arahan yang tertera pada skrin.
  6. Pilih ‘Deposit Cek’.
  7. Masukkan nombor akaun yang tertera pada belakang cek.
  8. Semak nama yang tertera pada skrin. Jika sama, isikan jumlah cek (RM).
  9. Masukkan cek tersebut pada slot yang dibuka setelah arahan tertera dan lampu menyala di bahagian slot.
  10. Tunggu resit anda. Simpn resit anda sehingga wang anda sudah masuk ke dalam akaun.
  11. Bank akan mengambil masa beberapa hari untuk memproses deposit anda. Sekiranya ada masalah, rujuk semula kepada bank dengan menggunakan resit yang anda simpan.
  12. Urusan bank in duit Maybank anda kini sudah selesai.

 

Akhir kalam

Kesimpulannya, pelbagai cara boleh dilakukan untuk memudahkan transaksi bank in, ataupun memindahkan wang kepada individu tertentu atas urusan kerja, urusan harian serta kepada orang yang tersayang.

Jemput juga baca cara bank in duit BSN.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Cara Bank In Duit Maybank (Masukkan Dalam Akaun Sendiri)”

Leave a Comment