Cara Tukar No TAC Maybank (Kemas Kini Di ATM & Maybank Branch)

Penerimaan kod TAC adalah sangat penting untuk anda yang ingin menggunakan perkhidmatan transaksi online di Maybank2u. Oleh itu, kami akan memberikan panduan mengenai cara tukar no TAC Maybank untuk anda yang memerlukannya.

Selain itu, anda juga boleh menyemak cara tukar no TAC Maybank melalui laman web maybank2u.com.my.

Izinkan kami berkongsi.

Nota:

  • Dalam tempoh PKP, tidak boleh walk-in Maybank
  • Untuk urusan-urusan perbankan, sila buat temujanji Maybank terlebih dahulu

1. Apakah maksud kod TAC?

TAC bermaksud Transaction Authorization Code yang mempunyai 6 digit nombor yang akan diberikan kepada pengguna bagi melengkapkan proses transaksi online. Kod TAC ini akan dihantar melalui mesej kepada nombor telefon pengguna yang telah didaftarkan untuk menerima kod TAC.

Tambahan lagi, kod TAC ini tidak boleh didedahkan kepada sesiapa selain pemilik akaun sendiri untuk tujuan sekuriti.

 

2. Cara tukar no TAC Maybank di ATM

Berikut merupakan cara tukar no TAC Maybank melalui mesin ATM:

  1. Cari dan gunakan mesin ATM Maybank berhampiran anda.
  2. Sila masukkan kad ATM Maybank.
  3. Masukkan nombor PIN.
  4. Anda akan dibawa ke paparan skrin utama.
  5. Pada laman Menu Utama, tekan Maybank2u/Phone Banking/ATM SMS Alerts Other.
  6. Anda akan dibawa ke skrin berikutnya.
  7. Sila tekan bahagian Update M2U TAC Mobile/Kemaskini No TAC M2U.
  8. Anda akan menerima Notis Peringatan daripada sistem iaitu: Please register your own and not 3rd party mobile number to protect your internet banking transactions/Sila daftar nombor anda sendiri dan bukan nombor telefon pihak ketiga untuk melindungi transaksi perbankan internet anda.
  9. Masukkan Nombor Telefon yang baru.
  10. Jika sudah pasti, tekan YES/YA.
  11. Selesai.

 

3. Cara tukar no TAC Maybank di Maybank branch

Selain daripada tukar no TAC Maybank di ATM, anda juga boleh tukar no TAC di mana-mana cawangan Maybank. Ikuti cara-cara seperti di bawah:

  1. Hadir ke mana-mana cawangan Maybank berhampiran anda.
  2. Pergi ke kaunter urusan.
  3. Sila nyatakan urusan anda untuk tukar atau kemas kini nombor TAC.
  4. Kakitangan bank akan memberikan borang permohonan.
  5. Sila lengkapkan Borang Permohonan Kemaskini/Tukar Nombor TAC.
  6. Serahkan semula kepada kakitangan di kaunter.
  7. Kakitangan tersebut akan terus memproses permohonan nombor TAC anda.
  8. Tamat.

 

4. Adakah no TAC Maybank boleh dikemaskini secara online?

Tidak. Nombor TAC Maybank tidak boleh dikemaskini secara online melalui laman web atau aplikasi Maybank2u. Ia hanya boleh dikemaskini melalui 2 cara iaitu menggunakan mesin ATM atau di cawangan Maybank.

 

5. Anda mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan lanjut?

Sekiranya anda mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan lanjut mengenai pertukaran nombor TAC Maybank. Anda boleh menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan Maybank di talian 1-300-88-6688.

Anda juga boleh menghantar emel kepada [email protected].

 

Akhir kalam

Diharapkan perkongsian ini akan memberikan panduan kepada anda yang ingin mengetahui cara tukar nombor TAC Maybank. Kesimpulannya, cara yang paling mudah untuk tukar nombor TAC Maybank adalah dengan melalui mesin ATM.

Tetapi, tidak menjadi masalah jika anda ingin tukar nombor TAC di mana-mana cawangan Maybank.

Sekadar berkongsi, kepada pelanggan Maybank yang masih belum ada akaun online Maybank2u. Jangan lupa untuk daftar Maybank2u online.

Dengan penggunaan Maybank2u, anda dapat melakukan pelbagai perkhidmatan atau transaksi dengan cepat dan mudah.

Semoga bermanfaat.

4 thoughts on “Cara Tukar No TAC Maybank (Kemas Kini Di ATM & Maybank Branch)”

Leave a Comment