Cara Daftar Tabung Haji Melalui Maybank2u Online (Akaun Sendiri, Anak)


Bagi seorang pemilik akaun Tabung Haji (TH), tentunya anda pernah berdepan dengan situasi untuk perlu menunggu lama hanya untuk memasukkan duit ke dalam akaun anda, betul tak? Terasa amat leceh dan membazir masa untuk beratur panjang, semata-mata untuk menyimpan atau mengeluarkan duit. Bukankah lebih mudah jika boleh buat secara online? Dengan ini, anda perlu baca cara daftar Tabung Haji melalui Maybank2u ini.

Langkau artikel ini untuk mengetahui cara masukkan duit Tabung Haji.

Susah untuk masukkan duit

Sehingga kini, dikatakan tidak semua cawangan Tabung Haji menyediakan mesin deposit tunai yang membolehkan pemegang akaun untuk memasukkan duit ke dalam akaun. Bahkan perkhidmatan mesin juruwang automatik (ATM) juga tidak disediakan di cawangan Tabung Haji.

Mesin ATM di Bank Islam dan Affin Bank juga terhad. Apatah lagi di kawasan luar bandar, sukar untuk masukkan duit ke Tabung Haji.

Cara mudah untuk simpan & keluarkan duit

Jadi adakah terdapat cara mudah yang membolehkan anda untuk menyimpan duit, mengeluarkan duit, mendaftar haji atau pelbagai urusan lain yang berkaitan dengan TH secara atas talian?

Sudah tentu jawapannya ada. Jika anda mempunyai akaun Maybank dan juga merupakan pemegang  akaun TH, maka tepat sungguh keputusan anda memilih untuk terus membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Cara daftar Tabung Haji melalui Maybank2u (Akaun Sendiri)

Persoalan utama yang pasti bermain di fikiran anda, boleh ke jika anda ingin menambah duit ke dalam akaun TH tanpa perlu hadir secara fizikal ke bank? Anda rasa, boleh atau tidak? Pastinya boleh.

Kita sudah berada dalam zaman kemajuan teknologi, segalanya di hujung jari, bukan? Jadi sudah tentu anda boleh transfer duit daripada Maybank ke akaun TH. Bagaimana caranya?

Caranya agak complicated sedikit, tidaklah memerlukan anda mengisi pelbagai borang. Cuma anda perlu memahami dengan sebaiknya mengenai langkah-langkah yang perlu anda lakukan.

Perkara pertama sekali, sebelum anda boleh melakukan sebarang transaksi melalui Maybank2U, anda perlu untuk menghubungkan (link) akaun TH anda terlebih dahulu.

Untuk melakukan ini, anda perlu pergi ke mana-mana cawangan ATM Maybank dan pastikan anda membawa buku akaun TH anda.

  1. Setelah tiba di ATM Maybank, masukkan kad ATM Maybank dan tekan nombor pin seperti biasa.
  2. Selepas memasukkan nombor pin akan tertera pada skrin beberapa pilihan perkhidmatan dan pilih Tabung Haji.
  3. Kemudian tekan ‘Daftar Akaun TH ke ATM Kad’
  4. Masukkan nombor akaun TH anda. Sebab inilah anda telah diingatkan untuk membawa buku akaun TH anda.  Kemudian tekan ‘Ya’ untuk ke skrin seterusnya.
  5. Masukkan nombor siri buku (nombor itu terdapat pada muka surat belakang sekali). Sekali lagi setelah memasukkan nombor siri yang betul, sila pilih ‘Ya’ untuk ke skrin seterusnya.
  6. Nombor akaun dan nombor siri buku akaun TH akan dipaparkan pada skrin. Pastikan ia adalah nombor yang betul sebelum menekan pilihan ‘Ya’ untuk pengesahan.
  7. Setelah itu sistem akan memproses transaksi anda dan slip akan dikeluarkan jika berjaya.

Tahniah! Anda sudah berjaya menghubungkan akaun sendiri (primary) kepada akaun Maybank individu.

 

Cara daftar Tabung Haji melalui Maybank2u (Akaun Anak)

Tetapi bagaimana pula dengan akaun anak-anak? Bolehkah di-link-kan?

Jawapannya, adalah boleh. Anda cuma perlu melakukan langkah-langkah yang sama seperti anda mendaftarkan akaun TH anda kepada akaun Maybank anda, cuma pada pilihan ‘Daftar Akaun TH ke ATM Kad’, anda perlu memilih ‘Daftar Akaun Kanak-kanak TH ke ATM Kad’.

Kami ulang sekali lagi

Untuk daftar dan link akaun Tabung Haji anak ke Maybank2u, anda perlu pergi ke mana-mana cawangan ATM Maybank dan pastikan anda membawa buku akaun TH anak anda.

  1. Setelah tiba di ATM Maybank, masukkan kad ATM Maybank dan tekan nombor pin seperti biasa.
  2. Selepas memasukkan nombor pin akan tertera pada skrin beberapa pilihan perkhidmatan dan pilih Tabung Haji.
  3. Kemudian tekan ‘Daftar Akaun Kanak-kanak TH ke ATM Kad’.
  4. Masukkan nombor akaun TH anak anda. Sebab inilah anda telah diingatkan untuk membawa buku akaun TH anak anda.  Kemudian tekan ‘Ya’ untuk ke skrin seterusnya.
  5. Masukkan nombor siri buku (nombor itu terdapat pada muka surat belakang sekali). Sekali lagi setelah memasukkan nombor siri yang betul, sila pilih ‘Ya’ untuk ke skrin seterusnya.
  6. Nombor akaun dan nombor siri buku akaun TH anak anda akan dipaparkan pada skrin. Pastikan ia adalah nombor yang betul sebelum menekan pilihan ‘Ya’ untuk pengesahan.
  7. Setelah itu sistem akan memproses transaksi anda dan slip akan dikeluarkan jika berjaya.

Selain anda memerlukan akaun dan nombor siri buku TH milik anak anda, anda juga perlu memasukkan nombor pengenalan (IC) anak.

Jadi pastikan kad pengenalan anak atau MyKid berada bersama anda ketika ingin mendaftar.

 

Akhir kalam

Daftar Tabung Haji anak di Maybank2u

Sebenarnya, cara daftar akaun Tabung Haji melalui Maybank2u tidaklah sesukar mana. Cuma kadang-kadang kita takut untuk buat kerana bimbang tersalah tekan kerana ia melibatkan duit.

Semoga bermanfaat.

Sebarkan kebaikan

Leave a Comment