Cara Bayar Kad Kredit Guna Maybank2u (Maybank & Bank Lain)

Bagi pengguna kad kredit, ianya penting untuk pengguna membuat pembayaran dengan berdipislin agar skor kredit anda terjaga. Di sini akan akan kongsikan cara bayar kad kredit Maybank serta bank lain guna Maybank2u. Secara umumnya, setiap bank menawarkan kaedah pembayaran yang sama iaitu:

  • Bayaran ansuran
  • Bayaran penuh
  • Bayaran minimum

Jika anda berminat, anda juga boleh mohon kad kredit asalkan pembayaran on-time dilakukan setiap bulan tidak membebankan anda di kemudian hari.

1. Cara bayar kad kredit guna Maybank2u

Pelbagai cara pembayaran kad kredit boleh dilakukan dan bagi pengguna kad kredit Maybank, anda boleh membayar jumlah kredit bulanan anda menerusi Maybank2u. Caranya mudah sahaja.

  1. Pergi ke laman web Maybank2u.
  2. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun, anda boleh daftar akaun Maybank2u secara online.
  3. Login akaun Maybank2u anda.
  4. Pada halaman utama di sebelah kanan anda, klik butang Pay & Transfer.
  5. Pilih option Transfer.
  6. Di kotak Transfer From pilih Savings Account-i.
  7. Di kotak Transfer To pula pilih Other Account.
  8. Klik pada kotak New Transfer.
  9. Pilih Maybank/Maybank Islamic.
  10. Seterusnya akan ada kotak pop-up yang meminta maklumat peribadi kad kredit Maybank anda bagi tujuan pembayaran.
  11. Di kotak Account Number sila isikan nombor akaun kad kredit Maybank anda.
  12. Masukkan jumlah pembayaran yang ingin anda lakukan di kotak Transfer Amount.
  13. Pilih tarikh transaksi pembayaran yang ada inginkan di Effective Date.
  14. Nyatakan tujuan pembayaran anda bagi rujukan di masa hadapan di kotak Recepient’s Reference.
  15. Setelah selesai, klik butang Transfer.
  16. Di halaman seterusnya, pada bahagian bawah page anda perlu memilih SMS TAC  untuk medapatkan 6 digit kod pengesahan OTP melalui SMS.
  17. Klik butang Request dan tunggu sehingga anda menerima SMS untuk nombor OTP.
  18. Masukkan nombor OTP anda di ruangan tersedia dan klik Confirm.
  19. Tahniah, pembayaran kad kredit Maybank anda menggunakan Maybnak2u telah pun berjaya.

 

2. Pembayaran kad kredit selain Maybank

Bagi pengguna kad kredit selain yang diisukan oleh Maybank, anda juga boleh membuat pembayaran menerusi Maybank2u sekiranya anda mempunyai akaun simpanan di Maybank. Caranya mudah sahaja.

  1. Pergi ke laman web Maybank2u.
  2. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun, anda boleh daftar akaun Maybank2u secara online.
  3. Login akaun Maybank2u anda.
  4. Pada halaman utama di sebelah kanan anda, klik butang Pay & Transfer.
  5. Pilih option Transfer.
  6. Di kotak Transfer From pilih Savings Account-i.
  7. Di kotak Transfer To pula pilih Other Account.
  8. Klik pada kotak New Transfer.
  9. Pilih bank yang mengisukan kad kredit yang sedang anda gunakan.
  10. Seterusnya akan ada kotak pop-up yang meminta maklumat peribadi kad kredit anda bagi tujuan pembayaran.
  11. Di kotak Account Number sila isikan nombor akaun kad kredit anda.
  12. Masukkan nama anda di kotak Recepient’s Name.
  13. Masukkan jumlah pembayaran yang ingin anda lakukan di kotak Transfer Amount.
  14. Pilih tarikh transaksi pembayaran yang ada inginkan di Effective Date.
  15. Nyatakantujuan pembayaran anda bagi rujukan di masa hadapan di kotak Recepient’s Reference.
  16. Setelah selesai, klik butang Transfer.
  17. Di halaman seterusnya, pada bahagian bawah page anda perlu memilih SMS TAC  untuk medapatkan 6 digit kod pengesahan OTP melalui SMS.
  18. Klik butang Request dan tunggu sehingga anda menerima SMS untuk nombor OTP.
  19. Masukkan nombor OTP anda di ruangan tersedia dan klik Confirm.
  20. Tahniah, pembayaran kad kredit anda menggunakan Maybank2u telah pun berjaya.

 

3. Bayar kad kredit melalui ATM Maybank

Bagi pengguna yang lebih selesa untuk membuat sebarang transaksi di ATM, anda juga boleh bayar kad kredit melalui ATM. Kelebihan membuat pembayaran di ATM adalah, bayaran yang di buat akan diproses serta merta.

  1. Pergi ke ATM bagi akaun simpanan anda ataupun mesin ATM bagi bank yang mengisukan kad kredit anda.
  2. Masukkan kad ATM.
  3. Pilih bahasa yang ingin anda gunakan
  4. Masukkan 6 digit nombor PIN sekuriti anda.
  5. Di menu utama pilih Kad Kredit.
  6. Seterusnya, pilih menu Kad Kredit Lainnya.
  7. Masukkan nombor akaun kad kredit anda.
  8. Isikan jumlah pembayaran yang ingin dilakukan.
  9. Pilih YA untuk menyelesaikan pembayaran.

Sekiranya anda membuat pembayaran kad kredit menggunakan bank yang sama di ATM, tiada sebarang caj pentadbiran yang akan dikenakan. Namun sekiranya kad kredit anda berbeza dengan ATM yang anda gunakan, akan terdapat caj pentadbiran yang dikenakan mengikut ketetapan bank tersebut.

 

Akhir kalam

Pihak kami berharap agar perkongsian cara bayar kad kredit guna Maybank2u ini dapat memudahkan lagi urusan pembayaran kad kredit anda secara dalam talian.

Jika ingin buat pindahan wang pula, boleh rujuk cara transfer duit Maybank ke Maybank yang boleh dibuat secara online melalui Maybank2u.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment