Cara Tukar Limit Transfer Maybank2u (Ubah & Tambah Online)

Pernahkah anda mengalami situasi dimana anda ingin buat pindahan wang, tetapi gagal kerana anda sendiri telah mengehadkan kepada sesuatu amaun? Jangan bimbang. Kami akan kongsikan cara tukar limit transfer Maybank2u yang boleh dilakukan secara online.

Sedikit mengenai perbankan online Maybank2u

Perbankan online semakin popular pada zaman sekarang. Perkara ini juga dilakukan oleh Maybank dengan memperkenalkan Maybank2U sebagai satu bentuk kemudahan buat para pengguna dalam urusan transaksi kewangan mereka. Dengan menggunakan kaedah ini, anda sebagai pengguna dapat menjimatkan masa untuk pelbagai transaksi seperti:

  • Memeriksa baki akaun bank
  • Pembayaran bil
  • Pembayaran hutang sewa, beli kereta, perumahan dan sebagainya
  • Pengiriman wang dalam dan luar negeri, dan banyak lagi

Bagi anda yang sudah mempunyai akaun Maybank2U, anda sudah tentu mengetahui cara untuk membuat transaksi wang.

Anda juga tahu yang Maybank2U meletakkan had bagi setiap transaksi, di mana sebarang jumlah transaksi tidak boleh melebihi had yang telah ditetapkan.

Yang masih belum buka akaun, sila daftar Maybank2u secara online terlebih dahulu.

Transfer limit Maybank

Bagi pengguna Maybank2U, sebelum anda boleh baca cara tukar limit transfer Maybank2u, anda perlu mengetahui had yang telah ditetapkan untuk setiap transaksi yang ingin dilakukan.

Berikut adalah had transaksi Maybank2u secara default.

 

Jenis Servis

 

Had Transaksi Semasa

Pindahan wang ke akaun pihak ketiga

(3rd Party Transfer)

RM3,000.00
Pindahan Wang Antara Bank GIRO

(Interbank GIRO Transfer)

RM3,000.00
Pindahan Wang Antara Bank Segera

(Instant Interbank Transfer)

RM3,000.00
Pindahan Telegrafik Asing

(Foreign Telegraphic Transfer)

RM10,000.00
Pindahan DuitNow

(DuitNow Transfer)

RM3,000.00

Kadangkala, anda mungkin perlu melakukan transaksi wang yang besar sehingga melebihi had yang telah ditetapkan. Jadi, bagaimana untuk melakukannya?

Anda boleh menukar had transaksi ini dengan cara yang mudah. Dua cara anda boleh gunakan, sama ada menukarnya di sistem Maybank2U jenis klasik, ataupun di sistem Maybank2U yang baru.

 

Cara tukar limit transfer Maybank2u (Classic)

Berikut ialah cara untuk tukar limit transfer untuk sistem Maybank2u Classic.

  1. Layari laman web https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do untuk ke paparan utama Maybank2U.
  2. Kemudian, klik butang Back to the classic Maybank2U yang mempunyai anak panah.
  3. Pada laman seterusnya, login ke akaun anda. Masukkan username anda pada Username.
  4. Tekan butang Next.
  5. Sahkan gambar dan Security Phrase Tekan butang Yes.
  6. Masukkan password anda pada Password. Tekan butang Login.
  7. Pada paparan akaun Maybank2U anda, tekan tab Accounts & Banking di atas.
  8. Kemudian, pada bahagian kiri skrin, tekan link Transfers.
  9. Pada laman seterusnya, scroll ke bawah dan tekan link Transaction limit maintenance.
  10. Pada seksyen ini, iaitu Transaction Limit Maintenance, anda boleh melakukan penukaran had transaksi untuk lima jenis pindahan, iaitu
    • Pindahan wang ke akaun pihak ketiga (3rd Party Transfer)
    • Pindahan Wang Antara Bank GIRO (Interbank GIRO Transfer)
    • Pindahan Wang Antara Bank Segera (Instant Interbank Transfer)
    • Pindahan Telegrafik Asing (Foreign Telegraphic Transfer)
    • Pindahan DuitNow (DuitNow Transfer)
  11. Pilih mana-mana jenis pindahan yang anda ingin naikkan atau turunkan hadnya. Anda hanya boleh melakukan satu jenis penukaran sahaja untuk setiap proses. Jadi sekiranya anda ingin melakukan beberapa penukaran, selesaikan satu demi satu proses, kemudian ulang semula proses untuk penukaran kedua.
  12. Misalnya, sekiranya anda ingin menukar had untuk 3rd Party Transfer, tick pada servis ini. Kemudian, tekan drop-down menu di sebelah dan pilih jumlah had yang anda inginkan.
  13. Kemudian, tekan butang Continue.
  14. Pada laman seterusnya, anda perlu mendapatkan nombor TAC untuk mengesahkan penukaran ini. Tekan Request for TAC.
  15. Anda akan menerima SMS di telefon anda daripada Maybank, yang mengandungi nombor TAC berkenaan. Masukkan nombor TAC ini di ruang yang disediakan. Tekan butang Confirm.
  16. Penukaran had transaksi anda berjaya.

 

Cara tukar had pengeluaran Maybank2u (Sistem baru)

Berikut ialah cara untuk tukar limit transfer untuk sistem Maybank2u yang baru.

  1. Layari laman web https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do untuk ke paparan utama Maybank2U.
  2. Kemudian, login ke akaun anda. Masukkan username anda pada ruangan My Username.
  3. Tekan butang berlogo mangga kunci untuk login.
  4. Pada laman seterusnya, sahkan Security Phrase dan gambar anda. Tekan butang Yes, sekiranya Security Phrase dan gambar yang tertera adalah milik akaun anda.
  5. Kemudian, masukkan password anda pada My Password.
  6. Tekan butang LOGIN.
  7. Pada paparan akaun Maybank2U anda, tekan link SETTINGS yang terletak di bahagian atas kiri skrin.
  8. Kemudian, klik pada tab PAY & TRANSFER, dan tekan butang TRANSFER LIMIT.
  9. Anda boleh melakukan penukaran had transaksi untuk tujuh jenis pindahan, iaitu:
    • Pindahan wang ke akaun pihak ketiga (3rd Party Transfer)
    • Pindahan Wang Antara Bank GIRO (Interbank GIRO Transfer)
    • Pindahan Wang Antara Bank Segera (Instant Interbank Transfer)
    • Pindahan Telegrafik Asing (Foreign Telegraphic Transfer)
    • Pindahan DuitNow (DuitNow Transfer)
    • Pindahan Wang Ke Akaun ASNB Sendiri (ASNB Own Account Transfer)
    • Pindahan Wang Ke Akaun ASNB Pihak Ketiga (ASNB 3rd Party Transfer)
  10. Pilih mana-mana jenis pindahan yang anda ingin naikkan atau turunkan hadnya. Anda hanya boleh melakukan satu jenis penukaran sahaja untuk setiap proses. Jadi sekiranya anda ingin melakukan beberapa penukaran, selesaikan satu demi satu proses, kemudian ulang semula proses untuk penukaran kedua.
  11. Misalnya, sekiranya anda ingin menukar had untuk 3rd Party Transfer, tekan logo berbentuk pensel yang tertera. Kemudian, tekan drop-down menu di sebelah jumlah had yang tertera dan pilih jumlah had yang anda inginkan.
  12. Scroll ke bawah dan tekan SAVE CHANGES.
  13. Satu menu kecil akan tertera. Tekan REQUEST untuk mendapatkan nombor TAC. Sekiranya anda tidak menerima SMS, anda perlu menunggu selama 3 minit, sebelum anda boleh membuat permintaan nombor TAC yang baru. Tekan link click here untuk membuat permohonan baru.
  14. Apabila anda telah mendapat SMS di telefon anda yang mengandungi nombor TAC, masukkan nombor TAC tersebut di ruangan yang disediakan.
  15. Tekan butang CONFIRM.
  16. Penukaran had transaksi anda berjaya. Anda boleh mengulangi semula proses ini sekiranya anda ingin melakukan beberapa penukaran had transaksi.

 

Akhir kalam

Kesimpulannya, penukaran had transaksi mampu dilakukan dengan cara yang sangat mudah dengan Maybank2U.

Diharapkan agar perkongsian cara tukar limit transfer Maybank2u ini dapat membantu anda.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment