Cara Aktifkan Maybank Paywave (Melalui Maybank2u & ATM)

Adakah anda ingin activate Maybank Paywave anda? Tapi, pasti ramai yang masih lagi kurang pasti dengan panduannya? Jadi, izinkan kami kongsikan cara aktifkan Maybank Paywave supaya anda senang memahaminya.

Untuk makluman, Maybank menawarkan perkhidmatan Paywave bagi memudahkan anda melakukan pembayaran di kaunter. Bagi transaksi bawah RM250, PIN tidak diperlukan. Tapi, nombor PIN diperlukan semasa melakukan transaksi lebih daripada RM250.

Izinkan kami berkongsi.

1. Cara aktifkan Maybank Paywave melalui Maybank2u

Anda boleh rujuk cara untuk activate Maybank Paywave pada kad debit anda seperti panduan di bawah.

  1. Layari laman web Maybank2u https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do
  2. Pada bahagian depan laman tersebut, masukkan username anda pada ruangan My Username.
  3. Klik pada ikon padlock yang berada di sebelah ruangan My Username.
  4. Kemudian, akan ada soalan tentang kata keselamatan (security phrase).
  5. Klik YES sekiranya security phrase tersebut milik anda.
  6. Masukkan password pada ruangan My Password.
  7. Kemudian, klik butang LOGIN bagi memulakan proses semak baki akaun Maybank anda.
  8. Anda akan berjaya masuk ke akaun anda.
  9. Klik pada simbol profil yang berada pada sebelah kanan atas skrin anda.
  10. Klik pada Settings
  11. Pada sebelah Personal Info, klik pada ikon anak panah melintang.
  12. Klik pada Cards.
  13. Kilk pada Manage Debit Cards.
  14. Klik pada ikon pensel edit pada bahagian Card Details.
  15. Pilih contactless limit yang anda inginkan.
  16. Kemudian, klik Save
  17. Pada bahagian Please confirm the details, klik Request.
  18. Masukkan kod TAC pada ruangan yang diberi.
  19. Klik Confirm sebagai langkah proses terakhir
  20. Selesai.

 

2. Cara aktifkan Maybank Paywave guna ATM

Selain secara online melalui Maybank2u, anda juga boleh gunakan cara activation yang konvensional iaitu melalui ATM. Berikut merupakan cara aktifkan Maybank Paywave melalui ATM.

  1. Masukkan kad ATM Bank Maybank ke slot kad.
  2. Tunggu hingga disahkan.
  3. Pilih bahasa yang diingini.
  4. Klik Teruskan sekiranya dikenakan sebarang caj bagi meneruskan ke proses penyemakan baki akaun anda.
  5. Anda akan tiba pada bahagian Sila Masukkan PIN.
  6. Masukkan PIN ATM pada ruangan yang diberi dengan menekan pada butang keypad ATM.
  7. Klik Enter/Masuk bagi melancarkan panduan semakan baki akaun anda.
  8. Kemudian, tunggu sehingga diproses dan disahkan.
  9. Klik pada Other Transactions.
  10. Klik pada Change Limit.
  11. Kemudian, klik Purchase Limit.
  12. Buat pilihan limit anda.
  13. Masukkan MyKad anda.
  14. Anda akan diminta untuk mengesahkan nombor No Purchase anda.
  15. Selesai.

 

3. Maklumat lanjut Maybank

Anda juga boleh menggunakan cara dengan menghubungi customer service Maybank di 1300-88-6688. Anda boleh terangkan yang anda ingin aktifkan Maybank Paywave anda.

Pegawai khidmat pelanggan akan membantu anda untuk menyelesaikan masalah anda. Talian ini beroperasi setiap hari untuk 24 jam.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian tentang cara aktifkan Maybank Paywave telah memudahkan lagi urusan anda.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Cara Aktifkan Maybank Paywave (Melalui Maybank2u & ATM)”

Leave a Comment