Cara Login Maybank2u Web & Mobile M2U (maybank2u.com.my)

Macam mana cara login Maybank2u melalui web desktop dan mobile di www.maybank2u.com.my secara online? Perlu guna Classic, yang baru atau app M2U?

Izinkan kami berkongsi.

Sedikit mengenai online banking

Perbankan online semakin popular pada zaman sekarang. Perkara ini juga dilakukan oleh Maybank dengan memperkenalkan Maybank2U sebagai satu bentuk kemudahan buat para pengguna dalam urusan transaksi kewangan mereka.

Dengan menggunakan cara sebegini, anda sebagai pengguna dapat menjimatkan masa untuk pelbagai transaksi seperti:

  • Pembayaran bil
  • Pembayaran hutang sewa, beli kereta, perumahan dan sebagainya
  • Pengiriman wang dalam dan luar negeri, dan banyak lagi

Anda hanya memerlukan komputer riba, telefon pintar dan seterusnya sambungan Internet. Dengan adanya segala kemudahan ini, transaksi anda boleh dilakukan di mana-mana sahaja, tidak kira pada waktu siang atau malam.

Anda boleh mendaftar akaun baru untuk menjalankan perbankan Internet melalui Maybank.

Bagaimana caranya?

 

Cara Login Maybank2U First Time Login

First Time Login hanya terpakai untuk anda yang baru sahaja selesai daftar Maybank2u.

Untuk login kali pertama ke dalam akaun anda, caranya ialah:

  1. Pada laman utama Maybank2U, klik butang Login yang terletak di bahagian kanan atas laman.
  2. Pada laman seterusnya, tekan butang First time Login?.
  3. Kemudian, belajar untuk banking secara online dengan video tips keselamatan yang dipaparkan.
  4. Kemudian, terdapat ruang untuk mengisi Access No. ; Access No. ialah nombor akses untuk kad debit, kredit atau kad Perbankan Internet, di mana anda perlu mendapatkan nombor ini di kaunter di cawangan Maybank.
  5. Tiada Access No, tidak boleh login Maybank
  6. Pada ruang PIN, masukkan nombor PIN enam digit yang anda tetapkan untuk kad anda.
  7. Tertera ruangan My Username. Masukkan username (nama) yang anda cipta untuk akaun anda.
  8. Pada laman seterusnya, pastikan gambar yang terpapar serta phrase adalah betul seperti yang anda settinguntuk akaun anda semasa pendaftaran akaun Maybank2U anda.
  9. Login anda berjaya dan anda akan dibawa ke laman rasmi akaun anda, di mana anda boleh melakukan pelbagai transaksi termasuk pembayaran, pembelian, pindahan wang dan sebagainya.

 

Cara Login Maybank2U Classic (Old Version)

Maybank2u Classic (juga dipanggil ‘Old Version’) adalah laman web rasmi Maybank yang menggunakan antaramuka lama.

Bagi yang sudah biasa menggunakan Maybank2u sejak dahulu lagi, Maybank2u Classic adalah lebih mudah untuk digunakan.

  1. Layari laman web https://www.maybank2u.com.my. Anda akan dibawa ke laman depan rasmi Maybank2U.
  2. Kemudian, tekan butang Back to the classic Maybank2U. Anda akan dibawa ke paparan login untuk Maybank2U versi lama.
  3. Tertera ruangan My Username. Masukkan username (nama) yang anda cipta untuk akaun anda. Tekan butang Next.
  4. Pada laman seterusnya, pastikan gambar yang terpapar serta phrase adalah betul seperti yang anda settinguntuk akaun anda semasa pendaftaran akaun Maybank2U anda. Tekan butang Yes.
  5. Kemudian, masukkan password anda pada ruangan Password.
  6. Tekan butang Login. Anda tidak boleh akses dan login ke akaun Maybank anda sekiranya hanya menekan butang Enter pada keyboard anda.
  7. Login anda berjaya dan anda akan dibawa ke laman rasmi akaun anda, di mana anda boleh melakukan pelbagai transaksi termasuk pembayaran, pembelian, pindahan wang dan sebagainya.

 

Cara Login Maybank2U baru (New Version)

Maybank2u baru (juga dipanggil ‘New Version’) adalah laman web rasmi Maybank yang menggunakan antaramuka yang baru dan terkini.

Bagi generasi yang sudah biasa menggunakan Maybank2u sejak dahulu lagi, mereka akan memilih untuk menggunakan Maybank2u Classic.

Walau bagaimanapun, generasi baru lebih suka Maybank2u baru.

  1. Layari laman web https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do.
  2. Pada laman hadapan Maybank2U, masukkan username anda pada My Username.
  3. Kemudian, tekan butang yang berlogo mangga kunci di sebelah. Tunggu sebentar.
  4. Pada laman seterusnya, akan tertera soalan berkenaan dengan security phrase. Sekiranya security phraseyang tertera adalah security phrase milik anda, tekan YES.
  5. Seterusnya, pada ruangan My Password, masukkan kata laluan anda.
  6. Kemudian, tekan butang LOGIN.
  7. Login anda ke akaun Maybank2U berwajah baru berjaya.

 

Bagaimana kalau lupa username?

Jangan bimbang kalau terlupa username. Ikut cara di bawah:

  1. Layari laman web Maybank baru di https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do
  2. Klik FORGOT LOGIN DETAILS di bahagian bawah kotak untuk masukkan username
  3. Anda perlu buat pengesahan yang anda adalah pemilik akaun ini
  4. Masukkan maklumat seperti berikut:
    • Card / Access No: Jika anda pilih Card, anda perlu masukkan nombor kad ATM, Debit, kad kredit, charge card dan juga prepaid card
    • Card / Access No: Jika anda pilih Access No, anda perlu masukkan nombor akses. Nombor akses adalah yang diberikan pada anda semasa proses pendaftaran. Jika tiada dalam simpanan, boleh rujuk cawangan terdekat
    • Pin No: Nombor PIN ialah pin ialah nombor 6 digit yang ada buat untuk urusan Internet banking
  5. Ikut langkah yang seterusnya sehingga anda dapat username anda
  6. Jika anda mempunyai masalah, boleh hubungi 1-300-88-6688

 

Bagaimana kalau lupa password?

Jangan panik pula kalau terlupa password. Ikut cara di bawah:

  1. Layari laman web Maybank baru di https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do
  2. Masukkan username anda.
  3. Selepas itu, akan keluar satu popup yang meminta anda memasukkan password
  4. Klik Forgot Password
  5. Untuk mendapatkan kata laluan baru, anda perlu buat pengesahan yang anda adalah pemilik akaun ini
  6. Masukkan maklumat seperti berikut:
    • Card / Access No: Jika anda pilih Card, anda perlu masukkan nombor kad ATM, Debit, kad kredit, charge card dan juga prepaid card
    • Card / Access No: Jika anda pilih Access No, anda perlu masukkan nombor akses. Nombor akses adalah yang diberikan pada anda semasa proses pendaftaran. Jika tiada dalam simpanan, boleh rujuk cawangan terdekat
    • Pin No: Nombor PIN ialah pin ialah nombor 6 digit yang ada buat untuk urusan Internet banking
  7. Ikut langkah yang seterusnya sehingga anda dapat menukar password
  8. Jika anda mempunyai masalah, boleh hubungi 1-300-88-6688

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk cara reset password Maybank2u.

 

Kenapa Maybank2u Session Expired?

Jika anda mengalami masalah Session Expired, ini adalah kerana adanya fungsi auto logout.

Maybank sentiasa berusaha untuk memastikan segala transaksi yang dijalankan oleh pengguna Maybank2U selamat dan terjamin, tetapi Maybank tidak mempunyai kawalan ke atas komputer yang anda gunakan untuk mengakses Maybank2U.

Jadi, sebagai ciri keselamatan tambahan, fungsi logout secara automatik diperkenalkan.

Jika tiada aktiviti oleh anda dikesan selepas had masa yang ditetapkan, countdown masa selama 30 saat akan tertera di skrin, dan anda mempunyai pilihan untuk menekan butang Cancel atau membiarkan sistem log outsecara sendiri, ATAU anda boleh menekan butang OK untuk meneruskan transaksi/aktiviti lain di akaun Maybank2U anda.

Ini penting untuk mengelakkan orang lain dapat akses ke akaun anda semasa anda tidak berada di hadapan skrin komputer/laptop/telefon pintar anda semasa akaun Maybank2U anda sedang terbuka. Fungsi ini digunakan pada sistem Maybank2U yang baru dan juga versi lama.

 

Akhir kalam

Sebagai bank paling ramai orang guna di Malaysia, kami bersetuju bahawa cara login Maybank2u juga adalah yang paling mudah.

Maybank banyak melakukan inovasi dalam meningkatkan tahap keselamatan dan juga memberi pengguna Maybank2U, pengalaman yang terbaik semasa menjalankan transaksi.

Keselamatan dan juga pengalaman, semuanya adalah keutamaan buat Maybank kepada pelanggan mereka, tidak kira di Malaysia atau di Singapura.

Semoga bermanfaat.

10 thoughts on “Cara Login Maybank2u Web & Mobile M2U (maybank2u.com.my)”

  1. Saya minta tolong cik cik cik puan tolong saya kner sekat maybank2u.saya call 1300886688 dekat 2.3 minggu x ada org jawap
    No tel saya 0179104060

    Reply
  2. Urusan maybank2u saya tergendala,gara2 maybank2u telah disekat mungkin kerana tersalah pword.saya sudah mencuba untuk meresetkan pword melalui laman web maybank2u,namun tidak berjaya.Adakah cara lain untuk saya mengakses kembali urusan maybank2u…minta bantuan..

    Reply
  3. Macam2 dah saya buat dan banyak kali dah call no 1300886688 ni ..
    Session expired , forgot password .
    Bila saya tekan FORGOT LOGIN DETAILS .. tetap tak dapat ..
    #Tolong
    #rasa susah sangat kalau takda online bank ni ..
    01151440436 wassap no ..
    0128237088 call no

    Reply
  4. Saya minta tolong cik cik cik puan tolong saya kner sekat maybank2u.saya call 1300886688 dekat 2.3 minggu x ada org jawap
    No tel saya 0163038859

    Reply

Leave a Comment