Untuk makluman, terdapat beberapa jenis semakan i-Citra yang anda boleh lakukan di portal icitra.kwsp.gov.my  iaitu penerimaan permohonan, kelulusan dan yang paling penting sekali ialah check status bayaran i-Citra.
Untuk lebih mudah faham, sila rujuk gambarajah di bawah:
Untuk maklumat lebih lanjut, sila login i-Citra siap-siap dan ikuti perkongsian kami seperti di bawah ini.
1. Semakan penerimaan permohonan i-Citra
Berdasarkan gambarajah di atas, sebelum anda membuat semakan kelulusan i-Citra, anda perlu pastikan permohonan anda diterima.
- Layari portal rasmi i-Citra di sini:Â https://icitra.kwsp.gov.my
- Sila buat permohonan i-Citra mengikut panduan yang diberikan
- Selesaikan Bahagian 1: Amaun Pengeluaran
- Selesaikan Bahagian 2: Maklumat Permohonan
- Selesaikan Bahagian 3: Pengesahan Permohon
- Sila ambil perhatian d Bahagian 4: Selesai
- Anda akan melihat paparan TERIMA KASIH. Permohonan anda telah diterima. Sekiranya diluluskan, bayaran akan dibuat mulai bulan Ogos.
- Sila screenshot dan simpan paparan ini untuk rekod.
- Contoh screenshot adalah seperti di bawah:
2. Semakan status kelulusan i-Citra
Seterusnya, ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat semakan status kelulusan i-Citra:
- Layari portal rasmi i-Citra di sini:Â https://icitra.kwsp.gov.my
- Klik SEMAK STATUS PERMOHONAN; atau
- Klik direct link ini:Â https://icitra.kwsp.gov.my/check-status
- Masukkan Nombor MyKad / MyPR
- Abaikan Nombor Pasport / MyKAS kerana ini adalah untuk semakan pencarum yang berstatus Bukan Warganegara
- Pilih Kod Nombor Telefon Bimbit yang tersenarai:
- 010
- 011
- 012
- 013
- 014
- 015
- 016
- 017
- 018
- 019
- Masukkan Nombor Telefon Bimbit and yang betul dan masih aktif semasa pendaftaran tempohari
- Tick Saya bukan robot
- Tekan butang SEMAK STATUS
- Sila semak status kelulusan anda seperti yang terpapar
- Sekiranya berjaya, anda akan melihat paparan STATUS PERMOHONAN dan dibawah tulisan tersebut anda terpapar NAMA ANDA
- Selanjutnya, di bawah nama anda, akan ada butang warna hijau PERMOHONAN ANDA TELAH DILULUSKAN
- Maklumat mengenai pembayaran juga akan dipaparkan
- Contohnya: Pembayaran bulan pertama ke dalam akaun bank anda akan dibuat sebelum 31 Ogos 2021.
- Semakan kelulusan i-Citra anda selesai.
3. Semakan status pembayaran i-Citra di icitra.kwsp.gov.my
Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk buat semakan bayaran i-Citra:
- Layari portal rasmi i-Citra di sini:Â https://icitra.kwsp.gov.my
- Klik SEMAK STATUS PERMOHONAN; atau
- Klik direct link ini:Â https://icitra.kwsp.gov.my/check-status
- Masukkan Nombor MyKad / MyPR
- Abaikan Nombor Pasport / MyKAS kerana ini adalah untuk semakan pencarum yang berstatus Bukan Warganegara
- Pilih Kod Nombor Telefon Bimbit yang tersenarai:
- 010
- 011
- 012
- 013
- 014
- 015
- 016
- 017
- 018
- 019
- Masukkan Nombor Telefon Bimbit and yang betul dan masih aktif semasa pendaftaran tempohari
- Tick Saya bukan robot
- Tekan butang SEMAK STATUS
- Sila semak status kelulusan anda seperti yang terpapar
- Sekiranya berjaya, anda akan melihat paparan STATUS PERMOHONAN dan dibawah tulisan tersebut anda terpapar NAMA ANDA
- Selanjutnya, di bawah nama anda, akan ada butang warna hijau PERMOHONAN ANDA TELAH DILULUSKAN
- Sila lihat paparan mengenai maklumat pembayaran
- Contohnya: Pembayaran bulan pertama ke dalam akaun bank anda akan dibuat sebelum 31 Ogos 2021.
- Sila check baki akaun bank anda samada bertambah atau tidak.
4. Check status pembayaran i-Citra di i-Akaun KWSP
Berikut pula ialah langkah-langkah ringkas untuk buat semakan bayaran i-Citra melalui i-Akaun:
- Layari portal rasmi i-Akaun KWSP di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Masukkan USER ID
- Masukkan PASSWORD
- Tekan butang Login
- Pergi ke menu bahagian atas
- Klik WITHDRAWAL
- Lihat di sebelah kiri skrin
- Klik e-Pengeluaran
- Anda akan dapat lihat paparan senarai pengeluaran
- Lihat maklumat berikut:
- Withdrawal Type: i-Citra
- Status: APPROVED
- Submission Date: Tarikh anda hantar permohonan
- Updated Date: Tarikh KWSP kemaskini status bayaran
- Jika dapat status APPROVED dengan Updated Date yang terkini, sila check baki akaun bank anda samada bertambah atau tidak.
5. Semakan duit i-Citra masuk dalam akaun bank
Kalau sudah dapat status LULUS, jangan terlalu happy. Tunggu sehingga pihak KWSP memasukkan duit dalam akaun bank anda. Ini kerana walaupun anda berhati-hati semasa mengisi maklumat bank tempohari, ada kemungkinan anda melalukan perkara berikut:
- Tersilap memasukkan nombor akaun
- Mengisi nombor akaun orang lain, bukan diri sendiri
- Mengisi nombor akaun yang tidak aktif lagi
Jika ini berlaku, anda mungkin mempunyai masalah untuk menerima duit i-Citra.
Sekiranya semua berjalan lancar, berikut ialah panduan untuk semak baki akaun mengikut bank:
Bank | Pautan |
Maybank | Semak baki akaun Maybank |
BSN | Semak baki akaun BSN |
Bank Islam | Semak baki akaun Bank Islam |
RHB | Semak baki akaun RHB |
Ambank | Semak baki akaun Ambank |
Agro Bank | Semak baki akaun Agrobank |
Hong Leong Bank | Semak baki akaun Hong Leong Bank |
Affin Bank | Semak baki akaun Affin Bank |
Bank Rakyat | Semak baki akaun Bank Rakyat |
5. Link untuk Log Masuk i-Citra
Sila ikuti langkah-langkah yang ringkas untuk login i-Citra seperti di bawah:
- Layari direct link untuk Log Masuk i-Citra KWSP di sini: https://icitra.kwsp.gov.my
- Ada beberapa bahagian yang tertera seperti:
- PERMOHONAN
- SEMAK STATUS PERMOHONAN
- SOALAN LAZIM
- PANDUAN PENGGUNA
- Jika anda masih lagi belum daftar iCitra lagi, sila klik butang PERMOHONAN
- Secara asasnya, portal ini memang tidak ada butang untuk login i-Citra
- Tetapi, apabila anda klik butang PERMOHONAN, itu sebenarnya adalah cara untuk login dan mohon iCitra
- Buat masa ini, butang SEMAKAN STATUS PERMOHONAN masih lagi belum aktif
- Sila baca dan hadamkan SOALAN LAZIM jika ada persoalan yang masih belum terjawab
- Boleh rujuk PANDUAN PENGGUNA bergambar yang disediakan oleh pihak KWSP
6. Ada pertanyaan berkenaan semakan iCitra?
Siapa tak marah kalau permohonan masih diproses bukan? Lagi teruk, status sudah APPROVED, tapi duit tak masuk-masuk. Rasa macam nak pergi gegar pejabat KWSP sekarang juga.
Sabar. Kami sangat-sangat faham perasaan itu.
Jadi, jika anda salah seorang yang mempunyai masalah pembayaran iCitra, layari semula https://icitra.kwsp.gov.my. Sila tekan butang ASK LEYA di sebelah kanan bawah untuk bantuan.
Alternatif lain, anda juga boleh gunakan talian hotline i-Citra di 03-8922 4848.
Hamburkan segala perasaan anda supaya lega apa yang terbenak di dalam hati.
Akhir kalam
Bagi yang belum mendaftar, sila daftar i-Citra sebelum tarikh tutup 30 September 2021.
Jika anda tidak menerima SMS OTP / TAC semasa mendaftar, mungkin ada sedikit masalah dengan nombor telefon anda. Jika ia terjadi, boleh rujuk cara tukar nombor telefon KWSP
Apa-apa pun, diharapkan agar perkongsian berkenaan semakan i-Citra ini akan memudahkan lagi urusan anda.
Semoga bermanfaat.