Cara Tambah Pelaburan ASB (Melalui Maybank2u Online Banking)

Kalau ada duit lebih, simpan. Yang paling selamat ialah dalam ASB. Jika anda ingin buat pindahan duit dari Maybank ke ASNB, boleh cuba cara tambah pelaburan ASB melalui Maybank2u di bawah.

Rujuk panduan di bawah; yang terbahagi kepada Maybank2u versi baru dan versi classic.

Cara tambah pelaburan ASB (Maybank2U Versi Baru)

Anda boleh melakukan pindahan secara terus melalui online banking Maybank2U versi baru.

  1. Layari laman web https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do.
  2. Pada My Username, masukkan username
  3. Kemudian, sahkan security phrase anda dengan menekan butang YES.
  4. Masukkan password anda pada My Password. Kemudian, tekan butang LOGIN.
  5. Anda tiba di laman utama akaun anda. Tekan PAY & TRANSFER.
  6. Kemudian, pada laman seterusnya, pilih tab PAY.
  7. Pada Pay To, pilih Payee.
  8. Tekan New Payment.
  9. Kemudian, pada masukkan keyword ASB, dan pilih Maybank ASN/ASB Loan.
  10. Sebuah kotak akan tertera.
  11. Pada Amount, masukkan jumlah yang anda ingin masukkan ke akaun pelaburan ASB anda.
  12. Pada Loan Account No., masukkan nombor akaun ASB anda.
  13. Pada Effective Date, pilih tarikh yang anda ingin pemindahan wang ini dijalankan serta-merta.
  14. Anda boleh aktifkan butang Set Recurring untuk menjalankan pemindahan ini lebih daripada sekali, dan secara automatik, mengikut tarikh yang anda tetapkan.
  15. Tekan butang PAY untuk tambah pelaburan ASB
  16. Ikuti prosedur seterusnya sehingga transaksi anda berjaya.

 

Melalui Maybank2U Classic

Anda boleh melakukan pindahan secara terus melalui online banking Maybank2U versi classic.

  1. Layari laman web https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do.
  2. Kemudian, tekan Back to the classic Maybank2U.
  3. Pada laman seterusnya, masukkan username anda pada Username.
  4. Tekan butang Next.
  5. Kemudian, sahkan security phrase anda dengan menekan butang Yes.
  6. Pada laman seterusnya, pada Password, masukkan password
  7. Tekan butang Login.
  8. Anda telah masuk ke akaun Maybank2U anda. Pilih ruangan Investment.
  9. Kemudian, pilih ASNB Unit Trust untuk tambah pelaburan ASB
  10. Anda perlu mendaftar dahulu akaun ASB anda. Pastikan akaun ASB anda aktif semasa ingin didaftarkan. Tekan link ASNB Payment.
  11. Pada Now select the unit holder, pilih Amanah Saham Bumiputera, yang disertakan dengan nama anda. Klik butang Continue.
  12. Baca dan fahami kenyataan yang tertera. Tick pada pernyataan yang menyatakan bahawa anda memahami syarat-syarat yang dinyatakan. Tekan butang Continue.
  13. Pada laman seterusnya, pada Amount, masukkan jumlah yang anda ingin tambah ke akaun ASB anda. Minimum ialah RM10.
  14. Tekan butang Continue.
  15. Transaksi anda berjaya. Tekan Print Receipt untuk mendapatkan resit.

 

Akhir kalam

Kami berharap, perkongsian artikel cara tambah pelaburan ASB melalui Maybank2u ini dapat membantu memudahkan urusan anda.

Tambah pelaburan ASB anda sekarang untuk menjamin kenaikan dividen tahunan, sekaligus membantu anda bersedia dengan kewangan yang lebih stabil untuk masa depan anda.

Jika tidak mahu guna Maybank2u, boleh juga guna terus website ASNB.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment