Cara Buka Akaun Maybank (Online Banking Registration)

Anda telah mempunyai kad ATM Maybank2u namun masih tidak mempunyai akaun Maybank2u secara online? Jangan risau ikut sahaja tatacara di bawah berkenaan cara buka akaun Maybank secara online.

Cara buka akaun Maybank di Maybank2u

Berikut ialah caran untuk membuka akaun Maybank secara online. Tidah kisa anda gunakan akaun konvensional atau Islamic, prosesnya sama samaja.

  1. Pertama sekali anda perlu membuka laman web sesawang portal rasmi untuk segala aktiviti anda dengan pihak Maybank iaitu https://www.maybank2u.com.my
  2. Selepas anda sudah memasukkan alamat web tersebut , anda akan dibawa ke laman sesawang rasmi Maybank2u
  3. Kemudian , pada bahagian atas kanan laman Maybank2u , anda perlu mencari butang yang tertera perkataan REGISTER NOW dan anda klik butang tersebut
  4. Apabila anda klik butang tersebut anda akan dibawa ke ruang halaman CARD/ACCESS NUMBER di mana anda harus memasukkan nombor akaun Maybank anda yang mengandungi 12 digit
  5. Kemudian, teruskan cara buka akaun Maybank ini dengan melihat pada pada ruangan PIN. Di sini, anda masukkan nombor pin enam digit atau angka untuk kad ATM anda. Apa number pin anda terpulang kepada kreativiti anda kerana ia merupakan privasi anda. Jadi dinasihatkan agar memasukkan nombor pin yang senang anda ingat dan tidak mudah lupa
  6. Tandakan I AGREE pada ruangan TERMS AND CONDITIONS
  7. Tekan butang CONTINUE
  8. Kemudian anda akan dibawa ke laman CREATE YOUR PROFILE di mana anda boleh mencipta sebuah profil yang unik untuk kegunaan online banking anda
  9. Pada ruangan USERNAME, masukkan nama yang anda ingin guna sebagai nama akaun anda. Nama ini adalah nama unik dan anda akan menggunakan nama ini untuk anda log masuk ke akaun bank anda apabila sudah selesai mendaftar nanti
  10. Untuk ruangan seterusnya adalah ruangan PASSWORD. Anda perlu masukkan kata laluan yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Kata laluan anda perlu mempunya kombinasi huruf besar , huruf kecil dan nombor serta simbol. Contoh saya akan berikan untuk rujukan anda adalah D@rahmuda1234
  11. Pada ruangan CONFIRM YOUR PASSWORD, anda hanya perlu masukkan semula kata laluan ada yang anda telah cipta sebentar tadi
  12. Ruangan E-MAIL, anda perlu mengisi alamat e-mel anda
  13. Untuk ruangan TAC, anda perlu masukkan nombor TAC dan untuk anda mendapatkan nombor TACanda perlu menekan butang REQUEST FOR TAC. Kemudian selepas beberapa minit anda akan mendapat SMS pada telefon bimbit anda yang mengandungi nombor TAC untuk anda. Namun untuk anda mendapatkan nombor TAC anda perlu mendaftar nombor telefon anda terlebih dahulu di mana mana mesin ATM atau kaunter bank, barulah anda boleh mendapat SMS yang akan dihantar pada telefon bimbit anda
  14. Kemudian masukkan nombor TAC sebentar tadi
  15. Setelah selesai anda klik NEXT untuk meneruskan cara buka akaun Maybank secara online
  16. Pada ruangan seterusnya, iaitu ruangan IMAGE , masukkan gambar bagi tujuan keselamatan akaun anda agar anda boleh mengenal dan membezakan akaun anda dengan akaun lain
  17. Pada ruangan SECURITY PHRASE, masukkan apa apa frasa yang berkenan di hati anda. Tujuannya juga untuk keselamatan akaun anda , apa apa sahaja perkataan boleh anda gunakan misalnya saya beri contoh , MOVE ON
  18. Pada ruangan MEMORABLE QUESTION, pilih tiga soalan yang boleh anda jawab dan jawab semua soalan tersebut. Ingat dan simpan butir butir jawapan anda untuk tujuan rujukan anda pada masa akan datang
  19. Setelah selesai anda perlu tekan butang DONE
  20. Pendaftaran akaun Maybank2u anda telah berjaya

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian cara buka akaun Maybank online ini akan memudahkan lagi urusan perbankan anda. Senang sahaja cara buat Maybank2u ini bukan? Tak sampai setengah jam pun, sudah siap.

Apa-apa pun, banyakkan menyimpan. Jangan berbelanja dengan boros.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment