Bila ramai kawan-kawan dan adik beradik guna Maybank, kita pun terasa mahu guna juga kerana terasa begitu mudah hidup dengan adanya Maybank2u. Kali ini, izinkan kami berkongsi cara buat Maybank2u dengan daftar akaun Maybank terlebih dahulu. Selebihnya, boleh buat secara online.
Langkau artikel ini untuk baca cara daftar Tabung Haji melalui Maybank2u. Langkau juga untuk terus baca cara login Maybank2u.
Kenapa guna Maybank2u?
Teknologi semakin berkembang pada zaman kini. Seiring dengan itu, pelbagai kemudahan dihasilkan untuk membantu manusia dalam kehidupan seharian. Kemudahan ini merangkumi pelbagai aspek seperti kemudahan peralatan untuk kegunaan di rumah, dan juga di luar rumah.
Kini, teknologi juga telah membantu perkembangan dalam pengurusan kewangan kita. Demi memudahkan urusan kita, teknologi telah digunakan dalam urusan perbankan.
Ya, kita sedang berbincang mengenai perbankan Internet ataupun Internet banking, ataupun dalam istilah yang lain, perbankan atas talian (online banking). Kini, semakin banyak bank telah memperkenalkan perkhidmatan perbankan secara online ini demi memudahkan pelanggan, dan salah satu bank yang terlibat ialah Maybank melalui platform perbankan Internet yang diperkenalkan, Maybank2U.
Teruskan baca untuk mengetahui cara buat Maybank2u.
Kandungan
Apa itu Maybank2U?
Perbankan online semakin popular pada zaman sekarang. Perkara ini juga dilakukan oleh Maybank dengan memperkenalkan Maybank2U sebagai satu bentuk kemudahan buat para pengguna dalam urusan transaksi kewangan mereka.
Dengan menggunakan kaedah ini, anda sebagai pengguna dapat menjimatkan masa untuk pelbagai transaksi seperti:
- Pembayaran bil
- Pembayaran hutang sewa, beli kereta, perumahan dan sebagainya
- Pengiriman wang dalam dan luar negeri, dan banyak lagi
Untuk mengetahui cara buat Maybank2u dan membuat transaksi online, anda hanya memerlukan komputer riba, telefon pintar dan seterusnya sambungan Internet. Dengan adanya segala kemudahan ini, transaksi anda boleh dilakukan di mana-mana sahaja, tidak kira pada waktu siang atau malam.
Cara daftar Maybank2u
Anda boleh mendaftar akaun baru untuk menjalankan perbankan Internet melalui Maybank. Bagaimana caranya?
Cara register nombor telefon
Pertama sekali, sebelum anda mengetahui cara daftar Maybank2u, anda perlu mendaftarkan nombor telefon bimbit anda.
Sebab apa?
Sebab ini adalah salah satu ciri keselamatan yang memerlukan anda menaip nombor PIN untuk melakukan apa-apa transaksi online.
Caranya:
- Pergi ke mesin Automated Teller Machine (ATM) Maybank yang berdekatan.
- Masukkan kad maybank anda pada mesin berkenaan, dan pilih bahasa yang anda ingini.
- Masukkan nombor pin enam digit untuk kad ATM Maybank anda.
- Apbila paparan Menu Utama ditayangkan, sila pilih Maybank2U/Phone Banking/ATM SMS Alerts.
- Pilih menu Kemaskini Tel. Bimbit M2U TAC.
- Pada ruangan yang diberikan pada laman seterusnya, masukkan nombor telefon bimbit anda yang sah dan aktif. Kemudian, tekan Ya.
- Proses mendaftar nombor telefon anda selesai.
Cara buat Maybank2u di maybank2u.com.my
- Layari laman web https://www.maybank2u.com.my.
- Anda akan dibawa ke laman depan rasmi Maybank2U.
- Pada bahagian atas laman, tekan butang REGISTER NOW.
- Kemudian, pada ruangan Card/Access Number, masukkan nombor akaun Maybank anda yang mengandungi 12 digit.
- Pada ruangan PIN, masukkan nombor pin enam digit untuk kad ATM Maybank anda.
- Tandakan pada ruangan I AGREE WITH THE TERMS & CONDITONS.
- Tekan butang CONTINUE.
- Kemudian, anda akan dibawa ke laman Create your Profile.
- Pada ruangan Username, masukkan nama yang anda ingin guna sebagai nama akaun anda.
- Pada ruangan Password, masukkan kata laluan yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Kata laluan ini perlulah mempunyai kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor serta simbol. Misalnya: [email protected]!0 (sekurang-kurangnya 8 aksara)
- Pada ruangan Confirm Password, masukkan sekali lagi kata laluan yang anda ingin cipta tersebut.
- Pada ruangan E-Mail, masukkan emel anda.
- Pada ruangan TAC, nombor TAC perlu dimasukkan. Tekan butang Request For TAC. Anda akan mendapat SMS di telefon bimbit anda mengandungi nombor TAC tersebut. Sekali lagi diingatkan anda perlu mendaftar nombor telefon anda di mesin ATM Maybank dahulu untuk memperoleh nombor TAC ini.
- Masukkan nombor TAC yang diperoleh.
- Selesai, tekan butang Next.
- Pada laman seterusnya, pada ruangan Image, masukkan gambar bagi tujuan keselamatan.
- Pada ruangan Security Phrase, masukkan apa-apa perkataan atau frasa bagi tujuan keselamatan. Apa sahaja perkataan yang anda cipta dan boleh ingat, Misalnya, Saya Hensem.
- Pada ruangan Memorable Question, pilih tiga soalan yang anda boleh jawab dan jawab kesemua soalan tersebut. Ingat dan simpan butir-butir jawapan anda untuk tujuan rujukan pada masa akan datang.
- Tekan butang Done.
- Pendaftaran akaun Maybank2U anda berjaya.
Maybank2u login username and password
Setelah selesai proses pendaftaran semuanya, barulah anda boleh login dengan username dan password yang mesti anda pilih.
Cara login Maybank2u kali pertama (First Time Login)
Untuk login kali pertama ke dalam akaun anda, caranya ialah:
- Pada laman utama Maybank2U, klik butang Login yang terletak di bahagian kanan atas laman.
- Pada laman seterusnya, tekan butang First time Login?.
- Kemudian, belajar untuk banking secara online dengan video tips keselamatan yang dipaparkan.
- Kemudian, terdapat ruang untuk mengisi Access No. ; Access No. ialah nombor akses untuk kad debit, kredit atau kad Perbankan Internet, di mana anda perlu mendapatkan nombor ini di kaunter di cawangan Maybank.
- Pada ruang PIN, masukkan nombor PIN enam digit yang anda tetapkan untuk kad anda.
- Tertera ruangan My Username. Masukkan username (nama) yang anda cipta untuk akaun anda.
- Pada laman seterusnya, pastikan gambar yang terpapar serta phrase adalah betul seperti yang anda setting untuk akaun anda semasa pendaftaran akaun Maybank2U anda.
- Login anda berjaya dan anda akan dibawa ke laman rasmi akaun anda, di mana anda boleh melakukan pelbagai transaksi termasuk pembayaran, pembelian, pindahan wang dan sebagainya.
Cara login Maybank2u
Selesai ikuti cara buat Maybank2u First Time Login, kini anda sudah boleh cuba untuk log masuk ke akaun anda.
Caranya seperti berikut:
- Layari laman web https://www.maybank2u.com.my. Anda akan dibawa ke laman depan rasmi Maybank2U.
- Tertera ruangan My Username. Masukkan username (nama) yang anda cipta untuk akaun anda.
- Pada laman seterusnya, pastikan gambar yang terpapar serta phrase adalah betul seperti yang anda setting untuk akaun anda semasa pendaftaran akaun Maybank2U anda.
- Login anda berjaya dan anda akan dibawa ke laman rasmi akaun anda, di mana anda boleh melakukan pelbagai transaksi termasuk pembayaran, pembelian, pindahan wang dan sebagainya.
Akhir kalam
Sebenarnya, jika ikut panduan di atas, cara buat Maybank2u tidaklah sesukar mana.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda menghadapi masalah semasa proses mendaftar akaun Maybank2U, boleh hubungi Maybank Careline pada talian berikut:
- Customer Care Hotline : 1-300 88 6688 (Malaysia)
- +603-7844 3696 (Luar Negara)
Semoga bermanfaat.
Xm
Saya dah register online m2u tanpa menukar nombor TAC yg dah mati..tapi xblh guna sbb no telefon xsama..boleh xnk tukar no TAC ats mesin ATM
Tukar no telefon, bukan no TAC.
No TAC tu macam no PIN tapi diberi melalui SMS dari bank, jadi tak boleh tukar no TAC lagipun no tu sentiasa berubah setiap kali kita Request for TAC.
Tetapi boleh tukar no telefon di ATM.
—–
Apabila paparan Menu Utama ditayangkan, sila pilih Maybank2U/Phone Banking/ATM SMS Alerts.
Pilih menu Kemaskini Tel. Bimbit M2U TAC.
Pada ruangan yang diberikan pada laman seterusnya, masukkan nombor telefon bimbit anda yang sah dan aktif. Kemudian, tekan Ya.
Proses mendaftar nombor telefon anda selesai.
Sy ada cuba buat maybank2u tetapi ada kesilapan jadi sy berhenti takut kena block ACC. Ada kah ACC sy dah kena block?
Ade ke sye pnya acc dh kena block..bab tk ble nak msuk acc blik
Tolanglahh entah lah sapa tau pandai2 buat alih ke luar negara acc AQ ni agak2 la
nk daftar tu perlu bayar ke?
Mybank2u lupa password
MCM mne cara nak buka block kunci mybank2u
Saya nk tnya mcm mna nk tukar nombor telefon yang lama kepada yg baru melalui online sbb nombor telefon yg lama tu dh x aktif lagi…..????
Sy dah ade mybnk2u..sy dah salah msukkn psswrd, bile nak msukkn dah taklps2
Hi..saya pasword salah
Lepas tu kne block
Macam mana ye
Nak buat Maybank 2u
Sya register maybank2u online pastu register error nak buat semula tak boleh.
Apa code nya ya?
Saya dh register Maybank 2u..
Bila log in melalui aplikasi Maybank 2u
Username & password tidak boleh access kenapa ya…
Try tukar password Baru… Boleh..Bila log in Balik Sama jugak tak boleh…. Dye sruh gi Kat forgot login details..
Saya x ingat apa paswod sma usename sy..mcm mna tu