Connect with us

Tentang Kami

Apa maksud The Rohani?

Maksud Rohani yang orang mudah faham dalam Bahasa Melayu ialah Roh. Roh ialah sesuatu perkara yang manusia amat sedikit yang tahu mengenainya. Ia adalah rahsia Allah.

Dalam Bahasa Inggeris, ia dipanggil Soul. Selalu kita nampak di kedai-kedai buku, ada francais buku tentang Chicken Soup for The Soul.

Orang Islam juga ada “Chicken Soup” mereka yang tersendiri, iaitu Al-Quran.

Kena buat The Rohani?

Semua orang pernah rasa ‘down’. Pernah rasa ‘depress’. Pernah rasa tertekan. Bagi yang rapat dengan Al-Quran, ini dapat menyembuhkan hati mereka.

Ini soal hati.

Bagaimana dengan yang tidak rapat dengan Al-Quran.

Maka mereka akan cuba mencari inspirasi dan motivasi di Internet. Kebanyakan material yang dijumpai di Internet adalah dalam Bahasa Inggeris. Terlalu sedikit yang ada dalam Bahasa Melayu.

Maka, kami ingin memberikan sedikit cahaya, dan menceriakan hati seseorang yang dalam kesedihan.