Cara Tukar No Telefon Maybank (Kemaskini Perlu Guna SMS TAC)

Kepada pengguna Maybank, anda sudah tahu bahawa dengan menggunakan Maybank2u, anda boleh melakukan aktiviti perbankan anda secara online seperti menyemak baki dan melakukan pemindahan wang. Namun kepada pengguna Maybank yang sudah kehilangan nombor telefon anda, anda mungkin tertanya-tanya adakah terdapat cara tukar no telefon Maybank? Jangan risau kerana pada hari ini kami akan menjelaskan kepada anda tentang cara tukar no telefon Maybank.

Jika ada masalah dengan nombor telefon, rujuk artikel tentang cara tukar no TAC Maybank.

Cara tukar no telefon Maybank

Sebelum kita masuk kepada bahagian tentang cara penukaran nombor telefon Maybank, kami akan menjelaskan sedikit sebanyak kepada anda semua yang anda perlu tahu tentang topik hari ini.

Apakah maksud TAC dan kepentingan TAC

Transaction Authorization Code (TAC) adalah kod 6 digit unik yang merupakan salah satu elemen penting semasa anda ingin melakukan transaksi perbankan online bersama Maybank2u. TAC merupakan satu lapisan pengesahan identiti tambahan yang membantu untuk mengesahkan identiti anda semasa anda melakukan transaksi online.

Pendaftaran nombor telefon buat kali pertama

Kepada anda yang belum mendaftar nombor telefon anda bersama Maybank, ikuti langkah di bawah ini di mana kami akan senaraikan kepada anda langkah-langkah melakukan pendaftaran nombor telefon buat kali pertama.

  • Anda perlu ke mana-mana cawangan Maybank untuk melakukan pendadftaran nombor telefon anda
  • Anda perlu melengkapkan borang Electronic Banking Services (EBS).
  • Kemudian, serahkan borang anda kepada pegawai bank untuk tujuan pemprosesan.

Cara penukaran nombor telefon Maybank

Terdapat 2 cara untuk mengemaskini dan menukar nombor telefon iaitu:

Tukar nombor telefon melalui ATM Maybank

  1. Anda harus ke cawangan Maybank yang berdekatan dengan kawasan tempat tinggal anda.
  2. Setelah tiba, anda terus ke salah satu mesin ATM yang disediakan.
  3. Masukkan kad ATM anda ke dalam ruangan yang disediakan.
  4. Kemudian, masukkan nombor pin anda.
  5. Pada paparan Menu Utama, anda harus pilih Maybank2u.
  6. Kemudian anda harus memilih Phone Banking dan kemudian klik pada ATM SMS Alerts.
  7. Berikutnya, klik pada kemas kini M2U TAC Mobile dan tekan Update M2U TAC Mobile.
  8. Kemudian daftarkan nombor telefon anda yang baru ke dalam ruangan yang disediakan.
  9. Selesai.

Tukar nombor telefon melalui cawangan Maybank

  1. Anda harus ke cawangan Maybank yang terdekat.
  2. Setelah anda tiba di cawangan tersebut, anda perlu ke kaunter dan minta borang permohonan untuk menukar nombor telefon bimbit anda.
  3. Isi dan lengkapkan borang permohonan tersebut.
  4. Apabila sudah selesai anda perlu menyerahkan borang tersebut kepada kakitangan Maybank.
  5. Selesai.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian ini akan memanfaatkan dan memudahkan urusan anda untuk mengemaskini nombor telefon anda.

Semoga bermanfaat.

19 thoughts on “Cara Tukar No Telefon Maybank (Kemaskini Perlu Guna SMS TAC)”

  1. sy ada masalah bila buat pembelian online ke pembayaran online no pengesahan masuk ke no tel lama yg sy tak pakai lg…mcmna sy nak tukar no tel sy ni..

    Reply
  2. saya sdh buat penukaran no tel d atm maybank tp bila sya daftar maybank2u no tel yg tertera untuk tac number masih lg no yg lama.. harap sya dpt d bantu..
    sekian..

    Reply

Leave a Comment