Cara Transfer Duit Ke ASB (Melalui Maybank2u & CIMB Clicks Online)

Kami andaikan, anda ada duit lebih di dalam Maybank, CIMB dan RHB – dan anda mahu tambah pelaburan ASB. Usah bimbang, anda sudah sampai ke ruangan yang tepat. Kami akan kongsikan cara transfer duit ke ASB online seperti di bawah:

  • Cara transfer dari Maybank ke ASB
  • Cara transfer dari CIMB ke ASB
  • Satu lagi, cara transfer dari RHB ke ASB

Harus diingat, TIDAK ADA cara keluarkan duit ASB secara online ke Maybank2u, CIMB Clicks, RHB dan lain-lain lagi bank.

Maklumat berkaitan:

Tarikh Keluar Bonus ASB Dividen 2020

Pelaburan ASB itu penting

Pelaburan adalah sangat penting untuk mencapai matlamat kewangan, mengatasi inflasi dan menambah pendapatan. Selain itu, anda juga boleh diajar cara untuk menabung demi masa depan anda dan juga keluarga. Dalam Malaysia, salah satu instrumen pelaburan yang terbaik ialah Amanah Saham Bumiputera atau ASB.

Amanah Saham Bumiputera atau ASB merupakan sebuah unit amanah yang dikendalikan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Dengan purata dividen sebanyak 8% setahun, serta risiko yang rendah, Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah tempat terbaik untuk anda melabur.

Anda hanya perlu mendaftar akaun ASB anda dan deposit sejumlah wang sebagai permulaan. Pada hujung tahun, kadar dividen akan keluar dan akaun ASB anda akan menerima dividen berdasarkan kadar dividen tersebut.

Anda juga boleh melakukan pemindahan wang anda ke akaun ASB dengan mudah tanpa perlu mengeluarkan wang dan pergi ke kaunter ASB untuk deposit. Pindahan wang ini adalah untuk menambah wang pelaburan anda. Secara online, anda mampu melakukannya di hujung jari sahaja.

Sila rujuk cara transfer duit ke ASB seperti di bahagian bawah nanti.

Perlu ada perbankan Internet

Pertama sekali, anda perlu tahu akaun bank mana yang anda ingin pilih untuk memindahkan wang anda ke akaun ASB anda. Untuk melakukan pindahan wang secara online, anda perlu mempunyai akaun Internet Banking untuk bank yang anda ingin gunakan.

Melalui servis Financial Process Exchange (FPX), anda boleh melakukan pembayaran secara online menggunakan akaun semasa ataupun akaun simpanan bank anda. Antara bank yang anda boleh gunakan ialah:

Pertama sekali, anda perlu tahu bahawa kini, tiada lagi buku digunakan untuk memeriksa akaun ASB anda untuk melihat wang pelaburan anda. Sebaliknya, anda hanya perlu memeriksa akaun anda secara online sahaja menggunakan myASNB.

Dengan myASNB, anda bukan sahaja boleh memeriksa wang pelaburan anda, malah anda juga boleh membuat perkara lain seperti menambah wang pelaburan anda. Jadi, kita akan lihat bagaimana anda boleh memindahkan wang anda dari akaun bank ke akaun ASB menggunakan myASNB.

 

Transfer duit ke ASB, melalui Maybank2u ke MyASNB

  • Pastikan anda telah mempunyai akaun online Layari laman web https://www.myasnb.com.my/. Anda akan dibawa ke laman rasmi myASNB.
  • Bagi anda yang sudah mempunyai akaun myASNB, scroll ke bahagian kanan atas laman dan klik butang Log Masuk.
  • Pada laman seterusnya, pada ruangan Log Masuk Pengguna, masukkan ID pengguna anda.
  • Kemudian, tekan butang TERUSKAN.
  • Pada laman seterusnya, pada ruangan Kata Laluan, masukkan kata laluan anda.
  • Tekan butang TERUSKAN.
  • Anda akan berjaya akses ke akaun ASNB anda. Scroll ke bawah sehingga ke ruangan Jenis Unit Amanah.
  • Pilih antara Amanah Saham Bumiputera, ataupun pilih Amanah Saham Bumiputera 2 sekiranya anda ada membuka akaun ASB yang kedua. Tekan butang PELABURAN TAMBAHAN untuk salah satu daripada dua akaun tersebut.
  • Pada laman seterusnya, pada bahagian Nama Bank, pilih bank yang anda ingin gunakan untuk memindahkan wang anda.
  • Pada bahagian Akaun Bank, masukkan nombor akaun bank yang mengandungi wang tersebut.
  • Tekan butang SETERUSNYA.
  • Pada laman seterusnya, diterangkan kriteria pelaburan tambahan, bahawa minimum wang yang diperlukan untuk melakukan sebarang pelaburan tambahan adalah sebanyak RM100, dan tidak boleh kurang.
  • Tick pada kenyataan di bawah, tanda anda bersetuju kepada terma dan syarat yang diberikan.
  • Tekan butang SETERUSNYA.
  • Pada laman seterusnya, masukkan jumlah duit untuk pelaburan tambahan anda. Tekan butang SETERUSNYA.
  • Pada laman seterusnya, terdapat ruangan Captcha. Masukkan nombor dan abjad yang tertera di ruang yang disediakan.
  • Tekan butang SETERUSNYA.
  • Pada laman seterusnya, klik butang PROCEED TO PAY.
  • Periksa semula perincian transaksi anda pada laman seterusnya.
  • Pada laman seterusnya, pilih bank anda. Untuk Maybank, pilih Maybank2U.
  • Masukkan emel anda pada ruangan yang disediakan untuk menerima status transaksi.
  • Tekan butang Agree and Continue.
  • Secara automatik, paparan online banking Maybank2U akan tertera. Login seperti biasa.
  • Kemudian, akan tertera seksyen untuk FPX Payment. Semak semula kenyataan transaksi anda.
  • Kemudian, tekan butang Continue.
  • Pada laman seterusnya, tekan butang Request for TAC.
  • Anda akan menerima SMS daripada Maybank yang mengandungi nombor TAC.
  • Masukkan nombor TAC tersebut di ruang yang disediakan.
  • Tekan butang Confirm.
  • Akhir sekali, pada laman seterusnya, tekan butang Continue With Transaction. Transaksi anda berjaya.
  • Anda perlu periksa semula baki wang dalam myASNB anda sama ada meningkat atau tidak. Periksa juga baki dalam akaun Maybank2U anda.
  • Transfer duit ke ASB guna Maybank kini selesai

 

Anda juga boleh melakukan transaksi online secara terus ke akaun ASB anda tanpa perlu login ke akaun ASNB anda untuk melakukan transaksi. Sebagai contoh, mari kita lihat cara-caranya menggunakan CIMB Clicks.

 

Pindahkan duit ke ASB, melalui CIMB Clicks ke MyASNB

  • Login seperti biasa ke CIMB Clicks anda di laman web https://www.cimbclicks.com.my/clicks/#/
  • Kemudian, pada laman rasmi anda. Tekan butang Apply & Invest.
  • Menu di sebelah akan tertera. Scroll ke seksyen Investments. Pilih menu ASNB. Tekan butang Subscribe.
  • Akan tertera notification untuk FACTA Declaration. Tekan YES. Tekan butang Submit.
  • Pada ruang seterusnya, tekan butang Add New Account No.
  • Pada ruangan Manage ASNB Favourites, tekan butang Add Favourite.
  • Kemudian, keluar ruangan untuk anda isikan. Pada ruangan Select Fund Name, pilih jenis tabung unit amanah anda.
  • Kemudian, masukkan maklumat lain seperti Nickname dan juga Membership No.
  • Pada Select Member’s ID type, pilih New IC Number untuk memasukkan nombor kad pengenalan.
  • Pada ruangan Enter Member ID’s No, masukkan nombor kad pengenalan anda.
  • Masukkan juga nama anda di ruangan Enter Member’s Name.
  • Tekan butang Next.
  • Akan tertera pengesahan status anda. Tekan Request TAC untuk menerima nombor TAC secara SMS.
  • Masukkan nombor TAC tersebut. Tekan butang Confirm.
  • Pendaftaran anda berjaya. Anda perlu menunggu selama 24 jam untuk mendapatkan status pendaftaran anda.
  • Login semula ke akaun CIMB Clicks untuk melihat approval permohonan anda.
  • Sekiranya berjaya, masuk semula ke menu ASNB dan pilih Manage Favourite.
  • Pilih nickname untuk tabung anda dan tekan Next.
  • Pilih akaun CIMB yang anda ingin guna untuk pembayaran/pindahan wang. Masukkan juga nombor telefon anda.
  • Tick pada kotak terma & syarat sekiranya anda bersetuju. Kemudian, tekan butang Submit.
  • Pindahan wang anda berjaya. Periksa semula akaun myASNB anda untuk melihat jumlah wang pelaburan anda sekiranya meningkat.
  • Transfer duit ke ASB guna CIMB kini selesai

 

Tambah duit ke ASB, melalui RHB Now ke MyASNB

  • Layari laman web https://logon.rhb.com.my.
  • Login ke akaun RHB Now anda seperti biasa.
  • Setelah masuk ke paparan utama akaun RHB Now anda, scroll ke sebelah kiri dan tekan butang My Favourites.
  • Kemudian, sub menu akan keluar. Tekan butang Manage Favourite.
  • Pada laman seterusnya, pilih butang Add Favourites pada Other Biller.
  • Kemudian, pada ruangan Billers, masukkan nama ASB pada ruangan yang disediakan. Tekan butang Next.
  • Seterusnya, masukkan nama yang anda ingin guna untuk transaksi ini pada Preferred Name.
  • Masukkan juga jumlah wang yang ingin dipindahkan pada ruangan Account No.
  • Tekan butang Preview.
  • Akan keluar ruangan Security Code & One Time Password (OTP).
  • Anda akan menerima SMS daripada pihak RHB yang mengandungi OTP. Masukkan OTP tersebut pada ruangan One Time Password. Kemudian, tekan butang Submit.
  • Pindahan wang anda ke akaun ASB berjaya.
  • Cara transfer duit ke ASB guna RHB kini selesai

 

Akhir kalam

Kini, pelaburan ASB anda menjadi lebih mudah dengan online/Internet banking.

Pelaburan tambahan yang anda lakukan mampu memberikan pulangan yang memberangsangkan untuk kewangan anda pada masa hadapan.

Apa lagi? Cubalah sekarang!

Semoga bermanfaat.

35 thoughts on “Cara Transfer Duit Ke ASB (Melalui Maybank2u & CIMB Clicks Online)”

  1. hi… nak tanya. kalau cimb clicks tu, saya tak jumpa yg invesment utk asb? atau skrg ni ada perubahan pada cimb click punya web..

    Reply
  2. Semalam saya telah membuat transaksi pelaburan tambahan melalui Maybank2U sebanyak RM600 ke ASNB. Duit dalam akaun Maybank telah ditolak tetapi status transaksi melalu FPX adalah tidak berjaya. Hari ini jugak duit masih tidak masuk ke ASNB. Ada sesiapa tau?

    Reply
  3. Pstu masuk dk? Kmi transfer gak td, kat cimb dh successful, tp kt asb tkda apa pon. balance still sama.

    Reply
  4. sy pun sama,dh buat melalui cimb klik..dh brjaya..duit dh ditolak rm1k..tetapi dlm ekaun asnb maseh xbrtambah..xtau nk buat apa…

    Reply
  5. sy dh buat transfer rm1k melalui cimb klik..dh berjaya,duit dlm ekaun cimb pun dh ditolak rm1k..tetapi masalahnya duit dlm ekaun asnb xbertambah..masa dh lebih 24jam..ada sesiapa boleh tolong jawab?nk buat mcm mne?

    Reply
  6. buat lepas buat transaksi..alhamdulillah transaksi berjaya dan masuk ke dlm acc asb. thank u for sharing ya. its really helpful ingatkan kena ke kaunter juga kalau mau tambah duit

    Reply
  7. Saya tranfer rm100 guna maybank2u. Tp yang masuk rm70 je dalam asb. Lagi rm30 tak tahu kemana hilang. Ade siapa2 punya masalah yg sama?

    Reply
  8. Saya transfer rm100 dari cimb clicks ke asb.. Tapi check asb tak masuk pun rm100 tu ?.. Berapa hari ye proses nya? Saya try rm100 tu tak berani nak transfer banyak2..

    Reply
  9. Kenapa sy baca semua ada mslh ye…sy transfer duit dr acc maybnk masuk asb trus on the spot jadi je…dh banyak kali buat x pernah pulak masalah lambat atau sangkut…. alhamdulillah..

    Reply
  10. Kenapa owner page ni tak reply soalan orang yang bertanya?
    Saya baru je follow steps2 ni utk transfer duit dari CIMB ke ASB. duit dah tolak. tapi masih belum masuk Account ASB.
    Harap owner page boleh la berikan penjelasan. sebab saya baca banyak orang yang ada masalah yang sama di atas.

    Reply
  11. Cube tanya Bank terus kalau ade masaalah..banyak sangat soalan owner page takkan nak kene jawab semua macam pekerja bank pulak kan 😀

    Reply
  12. Bebal Kan acct asnb tu atas nama korang juga, duit yg di trnsfer ke acct asnb kmu tu sndiri bukan nya hilang cuma lambat masuk. Bebal2

    Reply
  13. Bebal Kan acct asnb tu atas nama korang juga, duit yg di trnsfer ke acct asnb kmu tu sndiri bukan nya hilang cuma lambat masuk. Bebal2 tubal

    Reply
  14. Maaf ye nak tanya berapa lama masa yang diambil untuk duit masuk dri cimb click ke asb ye..sebab transfer duit dah tolak..check kat asnb tak de pon.

    Reply
  15. Sy da transfer duit scara online dr cimb ke asb…setelah submit sy bru prasan no ahli pd buku biru yg dlu xsama dgn yg dlm borang semasa last urusan pelaburan sy di pjbt pos 2 hari lpas…agak2 masuk x duit tu dlm acc asb sy??

    Reply
  16. saya dh transfer online duit dari maybank2u ke asb , tapi kenapa x masuk ya ? sedangkan duit dalam maybank dh ditolak . mohon beri penjelasan

    Reply
  17. Sya dah rgstr no acc asb ank2 kan cimb…dah approved pun…tp sya mc xfaham, bahagian “manage favorite” flm acc asb….pautan kat mana nak klik? Tak jumpa

    Reply

Leave a Comment