Transaction Declined Reject Code 0089 (Masalah Instant Transfer)

Kami andaikan anda adalah seorang pengguna Maybank dan cuba buat Instant Transfer melalui Maybank2u. Lalu, anda kita mengalami masalah, iaitu ada error Transaction Declined Reject Code 0089.

Apa nak buat?

Pertama sekali, bertenang.

Yang kedua, izinkan kami kongsi kenapa berlaku sedemikian dan cara-cara untuk solve problem ini.

 

Kenapa Transaction Declined Reject Code 0089?

Apabila anda menerima ralat atau error Reject Code 0089 untuk Instant Interbank Fund Transfer, ini menunjukkan ada sedikit masalah connection dengan bank penerima. 

Jangan risau, bukan anda seorang. Ada ramai lagi yang meluahkan ketidakpuashatian di Facebook.

Benar, besar kemungkinan, bank penerima tidak dapat menerima pindahan Instant Transfer.

Sebaiknya, anda perlu buat semakan dengan bank penerima jika masalah ini berlanjutan dan asyik berulang setiap bulan.

Walau apa pun masalah, tidak perlu kita bising dengan semua orang.

Lebih baik cari penyelesaian bukan?

Cara selesaikan error Transaction Declined Reject Code 0089

Proses pindahan wang menggunakan Instant Transfer adalah dilakukan dengan segera pada waktu anda menyelesaikan urusan transaksi.

Namun, jika masih lagi menerima error seperti di atas, berikut ialah beberapa cara yang boleh menyelesaikan perkara ini:

Tukar kepada pindahan Interbank GIRO

Walau bagaimanapun, pindahan Interbank GIRO bukanlah secara serta merta. Rujuk sini untuk maklumat tentang berapa lama tempoh transfer duit berlainan bank.

Pada hari tidak bekerja, iaitu Sabtu dan Ahad, sebarang transaksi IBG yang dilakukan pada BILA-BILA masa sahaja (tidak termasuk Instant Transfer), tempoh waktu duit akan diterima adalah seperti berikut:

  • Waktu wang diterima: Pada hari bekerja seterusnya, jam 11.00 pagi
  • Bayaran balik untuk transaksi yang tidak berjaya: Pada hari bekerja seterusnya, jam 5.00 petang

 

Cuba clear cache web browser untuk selesaikan Transaction Declined Reject Code 0089

Sila Google dan ikut langkah clear cache mengikut browser yang anda gunakan. Jika gunakan Google Chrome, buat carian “how to clear cache Google Chrome”. Setelah selesai, cuba sekali lagi.

 

Tukar web broswer

Kalau anda gunakan Google Chrome, cuba tukar kepada Safari. Jika tidak, cuba gunakan Firefox atau Opera.

 

Akhir kalam

Jika anda masih lagi mengalami masalah “Transaction Declined Reject Code 0089” yang sama, boleh cuba hubungi Maybank Group Customer Care di talian 1-300-88-6688. Ini adalah talian khusus jika anda berada di Malaysia

Jika anda berada di luar neara, sila hubungi +603 7844 3696

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment