Cara Semak Baki ASB Online (Check Balance di MyASNB & Maybank2u)

Menjelang tahun baru, pasti penyimpan serta pelabur di Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang akan beratur panjang di kaunter untuk menyemak penyata kewangan. Maklumlah, pada hujung tahun adalah masa untuk pengguna menuai hasil simpanan mereka. Di sini kami akan kongsikan cara semak baki ASB online yang mudah di laman myasnb.com.my dan maybank2u.com.my.

Langkau terus artikel ini sekiranya anda ingin mengetahui cara keluarkan duit ASB anda.

1. Semak baki ASB online di myasnb.com.my

Pada era modenisasi ini hampir semua perkhidmatan menawarkan servis secara online, ini termasuk juga dengan ASB. Berikut adalah langkah-langkah untuk register ASB online.

Untuk persediaan:

  1. Pergi ke mana-mana cawangan ASB atau ejen ASNB berhampiran.
  2. Daftar nombor telefon bimbit anda di kaunter atau ejen untuk pengesahan TAC number.

Seterusnya:

  1. Layari laman web MyASNB di sini: https:/myasnb.com.my
  2. Di halaman utama, klik pada butang Daftar Di Sini.
  3. Baca terma dan syarat.
  4. Tick pada kotak setuju sekiranya anda menerima terma dan syarat yang ditetapkan.
  5. Seterusnya, isikan maklumat peribadi yang dipinta.
  6. Pilih jenis kad pengenalan anda isikan nombor kad pengenalan di ruangan tersedia.
  7. Pilih salah satu produk ASNB yang anda miliki.
  8. Klik pada butang Seterusnya.
  9. Setelah semua maklumat selesai diisikan, semak nombor telefon anda yang tertera.
  10. Klik pada Permintaan TAC.
  11. Pengesahan nombor TAC anda akan dihantarkan melalui SMS.
  12. Isikan 6 digit TAC number yang dihantarkan di ruangan tersedia.
  13. Seterusnya, isikan maklumat akaun seperti cipta ID pengguna, frasa keselamatan dan sebagainya.
  14. Setelah maklumat akaun diisi dengan lengkap, klik pada butang Tamat.
  15. Anda akan diberikan kata laluan sementara setelah proses pendaftaran tamat.
  16. Gunakan kata laluan sementara untuk login kali pertama.
  17. Kemaskini kata laluan baru anda setelah proses login berjaya dilakukan.
  18. Tahniah, kini anda boleh semak baki ASb anda secara online.
  19. Baki ASB anda akan tertera di halaman utama setelah berjaya login ASNB

 

2. Semak baki ASB online di aplikasi Maybank2u

Untuk semakan secara online, anda boleh melakukan semakan di telefon pintar anda menerusi aplikasi Maybank2u. Pastikan anda telah pun mempunyai akaun Maybank2u untuk meneruskan semakan cara ini.

  1. Muat turun dan dapatkan aplikasi Maybank2u di telefon pintar anda.
  2. Pilih pada pautan iOS atau Android
  3. Buka aplikasi Maybank2u ditelefon pintar anda.
  4. Login akaun Maybank2u anda.
  5. Di halaman utama, klik pada Account di bahagian atas.
  6. Pilihan Select Account Type akan terpampang di skrin telefon anda.
  7. Pilih Wealth.
  8. Klik View di akaun ASNB anda.
  9. Baki ASB anda akan terpapar bersama maklumat akaun.

 

3. Ada masalah semasa pendaftaran MyASNB?

Sekiranya anda mempunyai sebarang kesulitan untuk semak baki ASB online, anda boleh hubungi pihak khidmat pelanggan mereka di sini atau call 03 – 7730 8899.

Waktu beroperasi mereka adalah

  • Isnin – Ahad (Kecuali cuti umum): 8AM- 10PM

 

Akhir kalam

Pihak kami berharap agar perkongsian cara semak baki ASB secara online ini dapat membantu anda dalam menguruskan transaksi wang simpanan anda di ASB.

Yang belum daftar ASB online, jangan tunggu lama-lama.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Cara Semak Baki ASB Online (Check Balance di MyASNB & Maybank2u)”

Leave a Comment