Cara Aktifkan Semula Akaun Maybank (Daftar Semula)

Mesti stress bila nak masuk Maybank2u, tapi tak lepas-lepas. Kemungkinan besar, username anda sudah tidak lagi valid. Izinkan kami berkongsi cara aktifkan semula akaun Maybank dengan mendaftar semula Maybank2u atas faktor akaun tidak aktif, sudah lama tidak login ataupun disekat.

Langkau artikel ini kalau mahu baca cara buat Maybank2u untuk kali pertama. Dan untuk pengalaman baru dengan aplikasi baru, jemput baca cara daftar Maybank MAE yang mempunyai fungsi e-wallet.

Cara aktifkan semula akaun Maybank

Cara untuk aktifkan dan daftar semula akaun Maybank adalah seperti berikut:

  1. Anda perlu menelefon pihak perkhidmatan pelanggan Maybank. Perkhidmatan pelanggan boleh dihubungi dari seluruh negeri di Malaysia. Untuk makluman anda, perkhidmatan pelanggan ini beroperasi 24 jam dalam tujuh hari termasuklah hari cuti.
  2. Cara mendaftar dan aktifkan semula Maybank2u boleh dilakukan melalui talian perkhidmatan pelanggan 1-300 88 6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).
  3. Seterusnya, anda perlu nyatakan masalah anda secara terperinci.
  4. Pihak perkhidmatan pelanggan akan meminta beberapa maklumat bagi mengesahkan bahawa anda adalah pemegang akaun yang sah. Maklumat yang diperlukan untuk aktifkan semula akaun Maybank adalah seperti berikut:
    • Nama penuh
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Nombor telefon
    • Alamat semasa membuka akaun
    • Nombor akaun
    • Nombor kad ATM Maybank (16 digit)
  5. Seterusnya, pihak bank akan menyuruh anda untuk log masuk di Maybank2u untuk memastikan akaun anda telah aktif.
  6. Untuk membolehkan anda log masuk, sebagai langkah untuk aktifkan semula akaun Maybank, anda perlu menukar semula kata laluan secara online.
  7. Anda perlu klik pada laman web Maybank2u dan klik pada FORGOT LOGIN DETALS di bawah butang login Maybank yang baru. Bukan Maybank Classic.
  8.  Seterusnya anda perlu memilih jenis kad yang perlu anda aktifkan seperti:
    • Debit Card
    • Credit Card
    • Charge Card
    • Prepaid Card
    • Access Number
  9. Seterusnya, anda perlu memasukkan 16 digit nombor yang ada pada kad ATM anda. Masukkan pin kad ATM dan klik Submit.
  10. Klik pada reset password, masukkan kata laluan baru.
  11. Klik pada request OTP dan tunggu sehingga nombor OTP dihantar ke telefon anda.
  12. Masukkan nombor OTP dan klik Confirm.
  13. Akhir sekali, log masuk akaun Maybank2u anda seperti biasa menggunakan kata laluan yang baru.
  14. Jika masih lagi mempunyai masalah, boleh hubungi Maybank.

 

Akhir kalam

Kami berharap agar perkongsian cara aktifkan semula akaun Maybank ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk mendaftar semula.

Sekadar makluman, selain menghubungi talian perkhidmatan pelanggan, anda juga boleh menghantar mesej privasi di akaun Facebook Maybank https://web.facebook.com/Maybank atau menghantar emel ke alamat [email protected].

Langkahnya sama sahaja seperti cara di atas. Anda boleh menghubungi pihak Maybank dan memberitahu bahawa anda ingin mengaktifkan semula Maybank2u.

Anda juga boleh terus ke cawangan Maybank berdekatan dengan membawa kad pengenalan, kad ATM dan buku simpanan. Pihak bank akan membantu anda menyelesaikan masalah tersebut.

Kalau masih belum ada akaun, jangan bertangguh. Ikuti langkah-langkah dan cara buka akaun Maybank secara online ini. Tidak sampai setengah jam pun.

Terakhir, jemput juga baca cara transfer duit Maybank ke Maybank dan cara bank in duit Maybank ke akaun sendiri.

Semoga bermanfaat.

2 thoughts on “Cara Aktifkan Semula Akaun Maybank (Daftar Semula)”

  1. assalamualaikum saya nak tanya macam mana nak aktifkan balek akaun mybank2 U saya tak pandai

    Reply

Leave a Comment