BPR Fasa 2 Bila Masuk? (Ini Tarikh Dapat Duit 2021, Ikut Bank)

Artikel ini adalah untuk anda yang asyik tertanya-tanya duit BPR Fasa 2 bila masuk. Usah bimbang, rujuk tarikh pembayaran seperti di bawah hanya selepas anda check status Bantuan Prihatin Rakyat secara online di bpr.hasil.gov.my.

1. Tarikh bila duit BPR Fasa 2 2021 dijangka masuk

Berikut ialah tarikh pembayaran BPR: yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini. Jadi, tunggu sahaja tarikh yang dimaklumkan dan tidak perlu tanya lagi bila dapat duit BPR Fasa 2.

A) Kategori individu bujang, isi rumah dan warga emas

  • Tarikh bayaran: 7 – 12 Mei 2021
  • Selain bujang dan isi rumah, kategori ini juga termasuk warga emas
  • Duit BPR akaun terus dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing

B) Untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank

  • Tarikh bayaran: 17 Mei 2021
  • Duit BPR akaun dibayar melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Pihak Bank Simpanan Nasional akan mengeluarkan panduan SOP
  • Ini adalah untuk mengekang penularan wabak Covid-19

C) Untuk penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank

  • Tarikh bayaran: 17 Mei 2021
  • Lokasi pembayaran akaun diumumkan oleh kerajaan
  • Bayaran BPR ini akan disekalikan dengan bayaran BPN 2.0

Sila buat semakan BPR Fasa 2 ini untuk mengetahui status kelulusan dan bayaran selepas mengetahui tarikh-tarikh ini.

2. Bila duit BPR Fasa 2 masuk dalam akaun bank?

Tarikh pengkreditan BPR Fasa 2 telah dimaklumkan seperti di atas. Mengikut pengalaman seperti sebelum-sebelum ini, pemegang akaun BSN akan menerima lebih awal dari bank-bank lain.

Jika anda salah seorang dari penerimanya, minta jasa baik untuk komen di ruangan komen untuk mengesahkan penerimaan duit BPR Fasa 2.

Berikut ialah pengemaskinian dari maklumat yang kami terima dari pembaca:

Bank Bila Masuk? Area Yang Dah Dapat Duit
Maybank / Maybank Islamic Masuk awal, 6 Mei 2021 Kuala Lumpur
BSN Dijangka 7 Mei 2021 Akan dikemaskini
Bank Islam Dijangka 7 Mei 2021 Akan dikemaskini
RHB / RHB Islamic Bank Dijangka 7 Mei 2021 Akan dikemaskini
Ambank / AmIslamic Bank Dijangka 7 Mei 2021 Akan dikemaskini
Agro Bank Dijangka 7 Mei 2021 Akan dikemaskini
Hong Leong Bank Dijangka 7 Mei 2021 Akan dikemaskini
Affin Bank / Affin Islamic Bank Dijangka 7 Mei 2021 Akan dikemaskini
Bank Rakyat Dijangka 7 Mei 2021 Akan dikemaskini
CIMB Bank / CIMB Islamic Bank Dijangka 7 Mei 2021 Akan dikemaskini
Bank Muamalat Dijangka 7 Mei 2021 Akan dikemaskini
Public Bank /Public Islamic Bank Dijangka 7 Mei 2021 Akan dikemaskini

 

3. Check balance akaun bank, bila dapat duit BPR Fasa 2

Sila buat semakan pembayaran BPR melalui portal bpr.hasil.gov.my dengan segeran untuk mendapatkan pengesahan status Berjaya Kredit. Namun, jangan terus bergegas ke ATM untuk keluarkan duit. Sila semak baki duit dalam bank secara online.

Berikut antara panduan untuk check baki duit dalam akaun bank-bank yang terpilih:

Bank Link
Maybank / Maybank Islamic Semak baki duit Maybank
BSN Semak baki duit BSN
Bank Islam Semak baki duit Bank Islam
RHB / RHB Islamic Bank Semak baki duit RHB
Ambank Semak baki Ambank
Agro Bank Semak baki Agrobank
Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic Semak baki Hong Leong Bank
Affin Bank / Affin Islamic Bank Semak baki Affin Bank
Bank Rakyat Semak baki Bank Rakyat

 

4. Tarikh bayaran BPR Fasa 1

Ini hanyalah sekadar throwback.

Untuk anda yang tak ingat bula duit BPR Fasa 1 dapat, ini tarikh bayaran duit bantuan yang diterima.

A) Kategori individu bujang dan isi rumah

  • Tarikh pembayaran bermula pada 24 Februari 2021
  • Duit BPR akaun terus dimasukkan ke dalam akaun bank masing-masing

B) Untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank

  • Tarikh pembayaran bermula pada 25 Februari 2021
  • Duit BPR akaun dibayar melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

C) Untuk penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank

  • Tarikh pembayaran bermula pada dari 1 Mac 2021 sehingga 1 April 2021
  • Lokasi pembayaran akaun diumumkan oleh kerajaan
  • Bayaran BPR ini akan disekalikan dengan bayaran BPN 2.0

 

Akhir kalam

Kami harap perkongsian tarikh pembayaran BPR ini dapat melegakan kerisauan anda. Jangan bimbang. Kami yakin kerajaan akan masukkan duit bantuan ini sebelum Hari Raya 2021. Jadi, jangan asyik tanya bila duit BPR masuk. Biarkan kerajaan menjalankan tugas mereka.

Semoga dipermudahkan urusan kita semua.

Semoga bermanfaat.

35 thoughts on “BPR Fasa 2 Bila Masuk? (Ini Tarikh Dapat Duit 2021, Ikut Bank)”

  1. Akaun BSN@MAYBANK AREA MIRI BELUM MASUK..KNPA KAT ATAS CKAP MAYBANK DLU MASUK TAPI BILA DI CEK BELUM JUGA MASUK..BSN PUN BELUM KNPA???

    Reply
  2. Rakyat nakkan tarikh bila pembayaran dah masuk ke akaun bank, apa lah.. “akan dikemaskini” tu tarikh ke? Menyakitkan hati saja..

    Reply
  3. Saya maybank status lulus,dalam proses pembayaran katanya,sehari 6 kali check ,xmasuk ii smpai harini,sedih betul rasa,harini dah 11 lagi 2 hari nk raya x masuk ii lagi,fitrah pun x bayar lagi,nk tlong buat la cara nk tlong

    Reply
  4. sembang mulai 7mei yg mana ad acc bank dh masuk .. TAPI sampai harini 11 mei tak masuk2 lagi pun .. duit diharapkan untuk tambah2 beli barang utk anak2 .. lusa mauu rayaa dahh kottttt .. aduhhhh laaaaaa .,.

    Reply
  5. Saya punya pun x masuk lagi. Adik ipar saya dah masuk . Kata 7mei sampai 12 mei . Adik ipar saya cimb ayah dia maybank dah masuk .

    Reply
  6. sy bnk bsn.blm msuk.status dlm proses pengkreditan.kemudian dgar2 kat wasap group kata skrg bpr msuk akaun suami pula?betulker?

    Reply
  7. Status Lulus,tpi gagal kredit..ckp la awal2 utk tukar bank masuk akaun suami,naya pak abu..kena beratur pjg kt bsn..kerajaan dlu..guna akaun isteri..ni x de ckp ape2 pown tup2 kena guna akaun suami..haishhh..menyusahkan!

    Reply
  8. Berjaya kredit bpr aku smlm..tpi kenapa blum msk lgi???yg lain dh msuk..aku blm..knp lmbt eh??dh nak hbis bln mei dah,dh lh skrg msa tgh suntuk..😇xpa sis sbr tggu sja lah..hrp jgn lama

    Reply
  9. Saya nk tye masa fasa 1 sy dapat tapi fasa 2 x dpt bila nak check status permohonan n nk login dia cakap saya tak mohon lagi abis duit tu datang dari mana masa bulan februari tu

    Reply

Leave a Comment