Check BPR 2021 (Semak Status Bayaran & Permohonan Lulus)

Untuk memudahkan anda, kami akan menjelaskan cara untuk anda check status BPR yang boleh disemak melalui portal bpr.hasil.gov.my. Sila baca dan fahami setiap proses semakan yang terlibat iaitu penerimaan permohonan, status permohonan lulus atau gagal, semakan status pembayaran BPR dan duit masuk ke dalam akaun bank.

Izinkan kami berkongsi.

1. Check permohonan BPR diterima

Jika anda adalah salah seorang individu yang telah mohon BPR dan juga kemaskini BPR untuk update status perkahwinan dan jumlah anak yang terkini, sila pastikan bahawa permohonan dan pengemaskinian tersebut telah diterima oleh LHDN.

Ikuti panduan di bawah:

  1. Log Masuk BPR di sini: bpr.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan nombor MyKad
  3. Klik SEMAK
  4. Jika tiada masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam MyBPR
  5. Seterusnya, klik PETI MEL > SURAT > PERMOHONAN BPR 2021
  6. Lihat paparan yang menunjukkan permohonan berjaya dihantar dan diterima.

Walau bagaimanapun, jika anda adalah pemohon baru BPR Hasil yang belum pernah mendaftar serta memohon BSH, BPN dan BPN 2.0, sila buat pendaftaran BPR. Sila buat semakan samada tarikh pendaftaran dan permohonan masih lagi dibuka atau tidak.

 

2. Semakan status permohonan BPR (Lulus)

Hanya ada dua sahaja status permohonan BPR iaitu samada LULUS atau GAGAL.

Jadi, ini bermakna walaupun permohonan BPR anda telah selamat diterima, itu bukan satu janji bahawa anda akan lulus Bantuan Prihatin Rakyat ini secara automatik. Anda masih lagi perlu buat semakan status kelulusan BPR melalui portal bpr.hasil.gov.my

Ikuti panduan di bawah:

  1. Login BPR melalui pautan ini: https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan nombor MyKad
  3. Klik SEMAK
  4. Kalau semuanya berjalanlancar dan tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam MyBPR
  5. Tekan butang Semakan Status
  6. Semak samada anda berstatus LULUS atau GAGAL

Jika LULUS, sila baca artikel di bawah ini untuk melihat status pengkreditan BPR pula.

Jika GAGAL, sila baca bagaimana cara untuk buat rayuan BPR.

 

3. Check status bayaran BPR (Berjaya Kredit)

Walaupun LULUS permohonan, anda perlu check status samada anda mendapat status samada Berjaya Kredit atau Gagal Kredit. Sila buat semakan status bayaran BPR melalui portal BPR.

Ikuti panduan di bawah:

  1. Login BPR melalui pautan ini: https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan nombor MyKad
  3. Klik SEMAK
  4. Kalau semuanya berjalan lancar dan tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam MyBPR
  5. Tekan butang Semakan Status
  6. Jika anda berstatus LULUS:
    1. Anda akan dapat lihat paparan lain bahagian pertama iaitu BPR
    2. Ada butang Maklumat BPR. Boleh muat turun maklumat tersebut.
    3. Amaun Keseluruhan BPR Diterima, contohnya RM800.00
    4. Anda juga akan dapat lihat paparan lain bahagian kedua iaitu Jadual Bayaran
    5. Ada butang Maklumat Bayaran BPR yang anda boleh download
    6. Jika tidak, boleh lihat paparan maklumat dakan Jadual Bayaran seperti berikut:
      • Tarikh Kredit
      • No. Pengenalan Akaun Dikredit
      • Fasa
      • Jumlah Dikredit
      • Status Kredit
      • Nama Bank
      • No Akaun
      • Kod Tidak Berjaya
      • Nombor Siri
      • Tarikh Tunai
  7. Pastikan Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Berjaya Kredit
  8. Jika Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Gagal Kredit, sila dapatkan No Baucer BPR

 

4. Link untuk Log Masuk BPR

Sila ambil maklum bahawa anda mungkin tidak dapat akses link ini kerana terlalu ramai yang cuba login. Untuk mengelakkan dari kesesakan yang disebabkan oleh jumlah pelawat yang tinggi, adan disarankan untuk Log Masuk pada waktu puncak. Contoh 2.00 atau 3.00 pagi.

Ikuti langkah-langkah yang ringkas seperti di bawah:

  1. Layari pautan Log Masuk Bantuan Rakyat di sini: https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan No MyKad anda
  3. Pastikan No MyKad yang dimasukkan adalah dalam 12 digit
  4. Isikan tanpa tanda sempang (-) atau dash 
  5. Contohnya, jika Nombor MyKad ialah 750202-11-5355, masukkan 750202115355
  6. Tekan butang Semak
  7. Selepas berjaya masuk, anda boleh buat semakan kelulusan permohonan dan juga check status pembayaran BPR

 

Akhir kalam

Berdasarkan gambarajah yang kami kongsikan di atas, proses semakan ini adalah berperingkat, iaitu dari fasa penerimaan, kelulusan dan juga pembayaran.

Jadi, anda tak perlu marah-marah dan menyalahkan pihak LHDN kerana semuanya perlukan masa. Ada kalanya, pembayaran jadi lambat masuk akaun bank kerana pihak bank itu sendiri.

Apa-apa pun, banyakkan bersabar dan sama-sama kita berdoa agar hidup kita semua dipermudahkan.

Semoga bermanfaat.

11 thoughts on “Check BPR 2021 (Semak Status Bayaran & Permohonan Lulus)”

  1. maaf ye ..saya terlpa kata laluan bagai mane saya nak tahu permohonan saya Lulu’s ke tidak..

    Reply
  2. Bpr sye gagal di kreditkan. Nombor boucer pon tk di letakkan.. mcm mne sye nk tebus duit bpr tu ye??

    Tebus di kaunter BSN dengan membawah i/c sendiri dan yg penting ibu jari tangan..
    Tapi mesti buat temu janji dlu .
    Jadi pergi dulu di BSN yg berhampiran utk buat temu janji.
    Tq..

    Reply

Leave a Comment