Cara Pembayaran BSH 2020 (Fasa 1, Bantuan Sara Hidup)


Bagi anda yang sudah buat permohonan dan hanya menunggu duit yang akan dimasukkan oleh kerajaan, izinkan kami berkongsi cara pembayaran BSH 2020 yang terkini.

Sebelum cucuk duit di ATM, sila rujuk tarikh pembayaran BSH 2020 terlebih dahulu.

Sedikit mengenai BSH 2020

Sebelum kami berkongsi sedikit maklumat tentang cara pembayaran BSH 2020, izinkan kami memberikan sedikit informasi berkenaan BSH bagi tahun 2020 ini.

Seperti yang dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya, BSH kini diteruskan untuk tahun 2020.

Pada pembentangan Bajet 2020, apa yang menarik ialah BSH untuk golongan bujang diperkenalkan semula dengan pemberian wang tunai sebanyak RM300 kepada mereka yang layak.

Ini adalah satu penambahan kepada pemberian sebelum ini yang banyak menyasarkan pemohon isi rumah.

Untuk pemohon isi rumah, pembayaran Bantuan Sara Hidup dilakukan sebanyak tiga kali.

Berdasarkan maklumat yang kami ada, saka sebarang informasi mengenai BSH adalah tertakluk kepada format untuk BSH 2019.

 

MAKLUMAN: KAMI BUKAN DARI BSH, LHDN MALAYSIA ATAU KEMENTERIAN KEWANGAN. KAMI HANYA MEMBUAT SEDIKIT KAJIAN DAN BERKONGSI INFORMASI YANG DIPEROLEHI DARI LAMAN WEB KERAJAAN YANG BERKAITAN.

 

Cara pembayaran BSH 2020

Secara ringkasnya, cara pembayaran BSH terbahagi kepada dua, iaitu pengkreditan terus ke dalam akaun bank dan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

 

Cara pembayaran BSH #1:  Duit masuk terus ke akaun bank

  • Hanya pemohon yang layak sahaja akan menerima duit BSH melalui bank yang didaftar semasa permohonan.
  • Pastikan nombor akaun betul
  • Buat semakan hanya apabila tarikh pembayaran BSH 2020 diumumkan
  • Kerajaan Malaysia akan membuat proses pengkreditan terus ke dalam akaun bank pilihan masing-masing
  • Berikut ialah bank yang akan membuat proses pengkreditan terus ke dalam akaun penerima.Bank-bank yang boleh proses pembayaran BSH 2020 ialah:
    • Affin Bank
    • Agro Bank
    • Alliance Bank Malaysia Berhad
    • Am Bank Berhad
    • Al Rajhi Bank
    • Bank Islam Malaysia Berhad
    • Bank Rakyat
    • Muamalat Malaysia Berhad
    • Bank Simpanan Nasional
    • CIMB Bank Berhad
    • Citibank Berhad
    • Hong Leong Bank
    • Hongkong Shanghai Bank Malaysia Bhd
    • Maybank (Klik untuk baca cara buat Maybank2u untuk terima BSH 2020)
    • OCBC Bank
    • Public Bank Berhad
    • RHB Bank Berhad
    • Standard Chartered Bank Malaysia Bhd
    • United Overseas Bank (Malaysia) Berhad

 

Cara pembayaran BSH #2:  Ambil wang tunai di kaunter BSN

  • Hanya pemohon yang layak akan menerima duit BSH juga secara tunai
  • Ini adalah khusus untuk pemohon yang tidak memasukkan akaun bank semasa proses permohonan
  • Juga khas untuk pemohon yang memilih untuk menerima duit secara  tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Bagi pemohon yang tiada akses Internet dan hanya ada Bank Simpanan Nasional, mereka juga boleh terima bayaran BSH secara tunai. Ini termasuk kepada golongan yang berada di pedalaman Sabah dan Sarawak.
  • Buat semakan dan ambil wang tunai hanya apabila tarikh pembayaran BSH 2020 diumumkan

 

Tarikh pembayaran BSH 2020

Bayaran untuk BSH adalah mengikut 3 fasa yang telah ditetapkan, iaitu fasa pertama, fasa kedua dan fasa ketiga.

Fasa 1, 2020

Tarikh pembayaran BSH: 20 Januari 2020 (Isnin)

  • Mulai 20 Januari 2020, pemohon yang layak akan menerima duit BSH melalui bank yang didaftar semasa permohonan tempohari.
  • Kerajaan akan membuat proses pengkreditan terus ke dalam akaun bank pilihan masing-masing

Tarikh pembayaran BSH: 1 Februari 2020 (Sabtu)

  • Mulai 1 Februari 2020, pemohon yang layak akan menerima duit BSH juga.
  • Namun, bukan melalui bank yang diproses seara pengkreditan terus ke dalam akaun bank.
  • Tarikh ini adalah khusus untuk pemohon yang memilih untuk menerima duit secara  tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Tarikh ini juga termasuk untuk pemohon yang berada di pedalaman Sabah dan Sarawak.

 

Fasa 2, 2020

Tarikh: (Masih belum ditetapkan. Namun, dijangka pada bulan Mei 2020)

 

Fasa 3, 2020

Tarikh: (Masih belum ditetapkan. Namun, dijangka pada bulan Ogos 2020))

 

Persoalan popular tentang  cara pembayaran BSH 2020

Benar, informasi yang sahih terdapat di laman web LHDN Malaysia.

Walau bagaimanapun, agar sukar untuk mendapat maklumat terkini kerana tidak dijumpai bila Google. Tambahan lagi, navigasi yang agak sukar.

Atas dasar kesukaran untuk mencari , kami compile dan susun segala pertanyaan pembaca mengenai cara pembayaran BSH 2020.

 

Kalau tiada akaun bank, boleh terima pembayaran BSH 2020?

Jangan risau sekiranya anda tidak mempunyai akaun bank tetapi ingin buat permohonan BSH dan menerima duit BSH.

Dikhabarkan bahawa pembukaan bank secara automatik akan dibuat oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) mengikut persetujuan dan akuan anda sebagai pemohon yang dinyatakan dalam permohonan BSH anda.

Sebelum ini, iaitu pada tahun-tahun sebelumnya, bagi sesiapa yang tidak mempunyai akaun bank langsung, mereka akan terima surat yang diposkan ke alamat rumah masing-masing, supaya pergi ke bank untuk ambil wang tunai.

Anda dikehendaki untuk membawa surat tersebut untuk ditunaikan di mana-mana cawangan BSN berhampiran.

Untuk tidak membuang masa, dan memudahkan urusan, kami sarankan pemohon ikut dan baca cara daftar akaun BSN online.

 

Bank apa yang terima pembayaran BSH 2020?

Nampak macam BSN ialah bank pilihan untuk terima bayaran BSH 2020.

Hakikatnya, tidak semestinya pemohon perlu ada akaun BSN.

Jika anda ada bank-bank lain yang disenaraikan di bawah, pemohon boleh juga guna untuk terima pembayaran BSH 2020.

Ada 19  bank yang boleh memproses dan buat pembayaran Bantuan Sara Hidup kepada anda.

Bank-bank tersebut ialah:

  • Affin Bank
  • Agro Bank
  • Alliance Bank Malaysia Berhad
  • Am Bank Berhad
  • Al Rajhi Bank
  • Bank Islam Malaysia Berhad
  • Bank Rakyat
  • Muamalat Malaysia Berhad
  • Bank Simpanan Nasional
  • CIMB Bank Berhad
  • Citibank Berhad
  • Hong Leong Bank
  • Hongkong Shanghai Bank Malaysia Bhd
  • Maybank
  • OCBC Bank
  • Public Bank Berhad
  • RHB Bank Berhad
  • Standard Chartered Bank Malaysia Bhd
  • United Overseas Bank (Malaysia) Berhad

 

Kalau muflis atau bankrap, boleh terima BSH?

Orang muflis, tidak boleh akses akaun bank langsung.

Jadi bagaimana untuk terima pembayaran Bantuan Sara Hidup?

Sila semak di  Jabatan Insolvensi Malaysia untuk mendapatkan kebenaran khas bagi pengeluaran dan pembayaran BSH 2020.

 

Benarkah cara pembayaran BSH 2020 guna eWallet?

Baru-baru ini, kerajaan melancarkan eTunai Rakyat untuk merancakkan lagi penggunaan cashless di kalangan masyarakat di Malaysia.

Untuk menggalakkan lagi, kerajaan akan memberi RM30 kepada semua permohon baru eTunai Rakyat. Pemohon boleh memilih samada untuk menggunakan Touch N Go eWallet, Boost atau GrabPay.

Oleh kerana penggunaan eWallet akan lebih meluas pada masa akan datang, ada desas-desus yang mengatakan, kerajaan akan mula menggunakan eWallet untuk pembayaran Bantuan Sara Hidup.

Kami akan kemaskini lagi jika maklumat ini benar.

 

Akhir kalam

Cara pembayaran Bantuan Sara Hidup 2020

Buat masa ini, tarikh rasmi pembukaan serta tarikh akhir permohonan Bantuan Sara Hidup untuk tahun 2020 masih belum diumumkan oleh kerajaan.

Ini bermakna tarikh akhir kemaskini dan juga tarikh bayaran juga masih belum diumumkan.

Kami harap, dengan perkongsian cara pembayaran BSH 2020 ini dapat memberikan sedikit informasi untuk anda.

Untuk mendapatkan sebarang update tentang tarikh-tarikh ini, anda boleh merujuk ke laman web https://bsh.hasil.gov.my/

Jika anda seorang bekas tentera, boleh lawati JHEV online untuk senarai skim bantuan veteran ATM yang ada.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • penerima duit bsh melalui hongleong bank
  • bsh bujang 2020
  • pembayaran bsh 2020
  • bank bank bsh 2020
  • bila bank sabah boleh buka 2020
  • bsh bank apa oleh
  • bsh bank apa
  • tiada bank bsh
  • bsh 2020 pemohonan baru hanya menggunakan bank bsn
  • bpn bagi penerima akaun bank muamalat

Leave a Comment