Semakan BPR 2021 (Check Status Rayuan Permohonan & Bayaran)

Untuk makluman, terdapat 3 jenis semakan BPR yang anda boleh lakukan di portal bpr.hasil.gov.my iaitu penerimaan permohonan, kelulusan dan yang paling penting sekali ialah check status bayaran BPR.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila ikuti perkongsian kami seperti di bawah ini.

1. Semakan status penerimaan permohonan BPR

Bagi sesiapa yang telah buat permohonan BPR dan juga mengemaskini BPR untuk update status terkini, sila pastikan bahawa permohonan tersebut telah diterima oleh LHDN.

Ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Log Masuk BPR melalui pautan ini: https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan nombor MyKad
  3. Klik SEMAK
  4. Sekiranya tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam MyBPR
  5. Seterusnya, klik PETI MEL > SURAT > PERMOHONAN BPR 2021
  6. Anda akan dapat melihat paparan yang menunjukkan permohonan berjaya dihantar dan diterima.

Sekiranya anda adalah pemohon baru BPR Hasil yang belum pernah daftar BSH, BPN dan BPN 2.0, sila daftar BPR. Pastikan tarikh pendaftaran dan permohonan masih lagi dibuka.

 

2. Semakan status kelulusan BPR

Apabila permohonan BPR anda diterima, itu bukan bermakna anda akan lulus bantuan ini secara automatik. Anda masih lagi buat semakan BPR 2021 lulus atau tidak melalui portal LHDN online di  bpr.hasil.gov.my

Ikuti langkah-langkah untuk buat semakan permohonan BPR seperti di bawah:

  1. Login BPR melalui pautan ini: https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan nombor MyKad
  3. Klik SEMAK
  4. Sekiranya tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam MyBPR
  5. Tekan butang Semakan Status
  6. Semak samada anda berstatus LULUS atau TIDAK LULUS

Jika LULUS, sila baca artikel di bawah ini untuk melihat status pengkreditan BPR pula.

Jika GAGAL, sila baca bagaimana cara untuk buat rayuan BPR.

 

3. Semakan status pembayaran BPR di bpr.hasil.gov.my

Walaupun LULUS, anda perlu check status samada duit sudah dimasukkan ke dalam akaun bank atau tidak. Anda masih lagi perlu check status bayaran BPR melalui portal BPR.

Ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Login BPR melalui pautan ini: https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan nombor MyKad
  3. Klik SEMAK
  4. Sekiranya tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam MyBPR
  5. Tekan butang Semakan Status
  6. Jika anda berstatus LULUS:
    1. Anda akan dapat lihat paparan lain bahagian pertama iaitu BPR
    2. Ada butang Maklumat BPR. Boleh muat turun maklumat tersebut.
    3. Amaun Keseluruhan BPR Diterima, contohnya RM800.00
    4. Anda juga akan dapat lihat paparan lain bahagian kedua iaitu Jadual Bayaran
    5. Ada butang Maklumat Bayaran BPR yang anda boleh download
    6. Jika tidak, boleh lihat paparan maklumat dakan Jadual Bayaran seperti berikut:
      • Tarikh Kredit
      • No. Pengenalan Akaun Dikredit
      • Fasa
      • Jumlah Dikredit
      • Status Kredit
      • Nama Bank
      • No Akaun
      • Kod Tidak Berjaya
      • Nombor Siri
      • Tarikh Tunai
  7. Pastikan Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Berjaya Kredit
  8. Jika Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Gagal Kredit, sila dapatkan No Baucer BPR

 

4. Semakan rayuan BPR

Bagi anda yang membuat rayuan BPR kerana mendapat status TIDAK LULUS, anda juga boleh buat semakan untuk status terkini.

Kod TIDAK LULUS adalah seperti di bawah:

KOD TIDAK LULUS ALASAN
KOD 05 Tidak layak dalam kategori bujang
KOD 07 Anda atau pasangan anda gaji melebihi lebih Rm4 ribu sebulan
KOD 09 Gaji anda lebih dari RM2,000 sebulan
KOD 12 Anda didapati menjadi pengarah syarikat atau pemegang saham
KOD 13 Pasangan anda didapati menjadi pengarah syarikat atau pemegang saham
KOD 34 Anda didapati sudah tidak tinggal di Malaysia pada ketika ini

5. Link untuk Log Masuk BPR

Sila ambil maklum bahawa anda mungkin tidak dapat akses link ini kerana terlalu ramai yang cuba login. Untuk mengelakkan dari kesesakan yang disebabkan oleh jumlah pelawat yang tinggi, adan disarankan untuk Log Masuk pada waktu puncak. Contoh 2.00 atau 3.00 pagi.

Ikuti langkah-langkah yang ringkas seperti di bawah:

  1. Layari pautan Log Masuk Bantuan Rakyat di sini: https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Masukkan No MyKad anda
  3. Pastikan No MyKad yang dimasukkan adalah dalam 12 digit
  4. Isikan tanpa tanda sempang (-) atau dash 
  5. Contohnya, jika Nombor MyKad ialah 750202-11-5355, masukkan 750202115355
  6. Tekan butang Semak
  7. Selepas berjaya masuk, anda boleh buat semakan kelulusan permohonan dan juga check status pembayaran BPR

 

Akhir kalam

Berdasarkan gambarajah yang kami kongsikan di atas, proses semakan ini adalah berperingkat, iaitu dari fasa penerimaan, kelulusan dan juga pembayaran.

Jadi, anda tak perlu marah-marah dan menyalahkan pihak LHDN kerana semuanya perlukan masa. Ada kalanya, pembayaran jadi lambat masuk akaun bank kerana pihak bank itu sendiri.

Apa-apa pun, banyakkan bersabar dan sama-sama kita berdoa agar hidup kita semua dipermudahkan.

Semoga bermanfaat.

51 thoughts on “Semakan BPR 2021 (Check Status Rayuan Permohonan & Bayaran)”

  1. Asalamualaikum. Sy cuba kemaskini acc tpi tak boleh . Pasal soalan2 yg di soal mcm tak betul . Bila masuk jwapan semua tak kena. Harap maklum. Sy penerima bantuan..semua lulus. Jdi masih kah perlu sy kemaskini ? Harap maklum.

    Reply
  2. Bantu saya utk mengemaskini talian permohonan sedang kan BPN sy lulus tetapi mengapa pula BSH sy tiada rekod permohonan..sdgkan sy dh kemaskini keduanya..
    Sekian. T.ksh..
    Ibu tunggal ank 2 org dr melaka

    Reply
  3. Untuk makluman selama ni sy hanya dpt BPN saje tetapi BSH sy xpernh dapat meskipun dh berkali utk cuba mengemaskini BSH..😢

    Reply
  4. Tidak lulus.. Alasan tiada maklumat anak walhal da jelas² dlm borang tu ‘bujang’ blm bkwin, student lg sangat perlu duit.. Mohon semak balik yg status bujang tpi alasan tidak lulus sebab maklumat anak.. Terima kasih

    Reply
  5. BPR saya status LULUS tapi bila saya periksa tidak ada tertera no baucer BPR saya haribulan
    Yang ada cuma nama saya
    Amaun BPR yg saya terima sebanyak RM350/SAHAJA
    MACAM MANA SAYA NAK TUNAI KAN. DUIT BPR SAYA JIKA TIADA NO BAUCER UNTUK AMBIL DUIT DEKAT BSN ?
    BANTU LAH INSAN YG MEMERLUKAN

    Reply

Leave a Comment