Semak Baki Akaun Bank Rakyat Online (Check di irakyat.com.my)

Jika anda mahu semak baki akaun dalam Bank Rakyat, anda boleh check balance duit dalam akaun melalui laman perbankan rasmi Bank Rakyat di irakyat.com.my. Izinkan kami berkongsi.

Sekiranya anda masih lagi belum berdaftar untuk online banking Bank Rakyat, sila daftar online banking Bank Rakyat terlebih dahulu.

1. Cara semak baki akaun Bank Rakyat secara online di irakyat.com.my

Seperti yang dimaklumkan, pastikan anda telah berdaftar untuk online banking Bank Rakyat sebelum menggunakan cara ini.

Cara untuk check balance Bank Rakyat adalah seperti di bawah:

  1. Layari laman web https://www.irakyat.com.my/
  2. Klik Login.
  3. Klik Personal Banking.
  4. Masukkan Username.
  5. Klik Login bagi memulakan panduan semak baki Bank Rakyat.
  6. Sahkan Secure Phrase untuk teruskan panduan check baki akaun Bank Rakyat.
  7. Klik Yes.
  8. Masukkan Password bagi sahkan password yang anda telah masukkan bagi proses semak baki Bank Rakyat.
  9. Klik Login.
  10. Klik Accounts Info.
  11. Klik Account Overview.
  12. Pada bahagian Saving and Current Account-i, anda boleh lihat account number, product name, ledger balance (RM) dan available balance (RM).
  13. Baki akaun anda terpapar di available balance (RM).

 

2. Cara semak baki akaun Bank Rakyat melalui ATM

Selain cara semak baki akaun secara online, anda juga boleh gunakan cara konvensional iaitu check melalui ATM. Lawati cawangan ATM yang terdekat.

Berikut merupakan untuk check balance Bank Rakyat:

  1. Masukkan kad ATM Bank Rakyat ke slot kad.
  2. Tunggu hingga disahkan.
  3. Pilih bahasa yang diingini bagi memulakan panduan semak baki akaun Bank Rakyat.
  4. Sekiranya anda pilih bahasa Melayu, anda akan tiba pada bahagian Sila Masukkan PIN.
  5. Masukkan PIN ATM pada ruangan yang diberi dengan menekan pada butang keypad ATM.
  6. Klik Enter/Masuk bagi teruskan panduan semak baki Bank Rakyat.
  7. Kemudian, tunggu sehingga diproses dan disahkan.
  8. Klik pada Pertanyaan Baki.
  9. Pilih akaun yang anda ingin semak.
  10. Baki akaun anda akan terpapar pada skrin ATM.
  11. Selesai.

 

3. Lain-lain perkhidmatan dari Bank Rakyat

  • Bank Rakyat juga telah menggantikan instant transfer dengan DuitNow. Anda boleh baca cara menggunakan DuitNow untuk mendapatkan maklumat lanjut.
  • Siapa kata jikalau blacklist tidak boleh mohon pinjaman peribadi? Bank Rakyat menawarkan pinjaman peribadi khasnya untuk individu yang disenaraihitamkan.
  • Bagi kakitangan kerajaan juga, Bank Rakyat menawarkan pinjaman peribadi. Sila baca untuk mendapatkan keterangan yang lanjut.

 

4. Maklumat lanjut Bank Rakyat

Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaa, sila hubungi customer service Bank Rakyat melalui Tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454.

Talian hotline ini dibuka 24 jam.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian tentang cara semak baki akaun Bank Rakyat secara online di irakyat.com.my dan juga ATM akan memudahkan lagi urusan anda.

Semoga bermanfaat.

18 thoughts on “Semak Baki Akaun Bank Rakyat Online (Check di irakyat.com.my)”

  1. saya nak semak baki akaun saya.nak kemas kini saja.saya nak beritahu kad saya ada tapi tidak boleh semak.saya tidak mahu duit saya tranfer kat mana mana dengan jelas.

    Reply

Leave a Comment