Tarikh Bayaran BPR Fasa 2 2021 (Baki Pembayaran Bujang / Isi Rumah)

Bagi anda yang masih ternanti-nanti bila tarikh bayaran BPR Fasa 2 dan bila duit Bantuan Prihatin Rakyat masuk, izinkan kami berkongsi cara untuk check status BPR dan juga tarikh yang dinanti-nantikan.

Selepas ini, jangan asyik tanya bila duit BPR masuk. Semoga menjawab segala persoalan berkenaan tarikh keramat ini.

1. Tarikh bayaran BPR Fasa 2

Permulaan tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat dijangkakan berbeza-beza mengikut kategori. Ini adalah sama dengan tarikh bayaran semasa Fasa 1 tempohari.

Buat masa ini, kerajaan masih lagi belum mengumumkan tarikh bayaran Fasa 2 secara rasmi. Namun, dikatakan pembayaran akan dibuat sebelum Hari Raya 2021.

Kami akan kemaskini maklumat sejurus menerima maklumat terkini. Semakan BPR lebih afdal dilakukan selepas mendapat tarikh-tarikh keramat ini.

A) Kategori untuk isi rumah, individu bujang dan warga emas

  • Tarikh pembayaran: 7 – 12 Mei 2021
  • Duit BPR akaun terus dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing

B) Untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank

  • Tarikh pembayaran: 17 Mei 2021
  • Duit BPR akaun dibayar melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Pihak BSN akan keluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa

C) Untuk penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank

  • Tarikh pembayaran: 17 Mei 2021
  • Lokasi pembayaran akaun diumumkan oleh kerajaan
  • Bayaran BPR ini akan disekalikan dengan bayaran BPN 2.0

 

2. Duit BPR Fasa 2 2021 bila masuk akaun bank?

Dapat tahu tarikh sahaja tidak guna. Yang penting, bila duit BPR masuk bukan? Bila boleh dapat?

Sekadar ingin mengingatkan, kalau sudah tahu tarikh bayaran, jangan lupa untuk buat semakan bayaran BPR melalui portal bpr.hasil.gov.my untuk mengesahkan bahawa anda mendapat status LULUS dan Berjaya Kredit.

Seterusnya, kalau sudah mendapat kedua-dua status tersebut, sila semak baki dalam akaun bank.

Berikut ialah link untuk buat semakan baki akaun secara online mengikut bank-bank yang terpilih:

  1. Maybank (maybank2u.com.my)
  2. BSN (mybsn.com.my)
  3. Bank Islam (bankislam.biz)
  4. RHB (rhb.com.my)
  5. Ambank (ambank.amonline.com.my)
  6. Agrobank (agrobank.com.my)
  7. Hong Leong Bank (hongleongconnect.my)
  8. Affin Bank (affinonline.com)
  9. Bank Rakyat (irakyat.com.my)

Untuk makluman, tarikh pengkreditan wang BPR ke dalam akaun-akaun bank ini adalah tidak seragam. Ada yang dapat duit awal dan ada yang lewat. Mohon bersabar.

 

3. Tarikh bayaran BPR Fasa 1

Sekadar throwback.

Untuk yang terlupa, berikut ialah tarikh bayaran BPR Fasa 1. Duit masih ada lagi atau sudah habis?

A) Kategori individu bujang dan isi rumah

  • Tarikh permulaan pembayaran ialah 24 Februari 2021
  • Duit BPR akaun terus dimasukkan ke dalam akaun bank masing-masing

B) Untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank

  • Tarikh permulaan pembayaran ialah 25 Februari 2021
  • Duit BPR akaun dibayar melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

C) Untuk penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank

  • Tarikh permulaan bayaran ialah dari 1 Mac 2021 sehingga 1 April 2021
  • Lokasi pembayaran akaun diumumkan oleh kerajaan
  • Bayaran BPR ini akan disekalikan dengan bayaran BPN 2.0

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian tarikh bayaran BPR ini dapat melegakan kerisauan anda. Jangan bimbang. Kami yakin kerajaan akan masukkan duit bantuan ini sebelum Hari Raya 2021.

Semoga dipermudahkan urusan kita semua.

Semoga bermanfaat.

4 thoughts on “Tarikh Bayaran BPR Fasa 2 2021 (Baki Pembayaran Bujang / Isi Rumah)”

  1. Celaka bpr ketika pemerintahan pn..duit msuk sehari sblum raya nk buat menatang ape ni setan???

    Reply

Leave a Comment