Cara Semak Baki Akaun Ambank (ambank.amonline.com.my)

Adakah anda baru sahaja berdaftar sebagai pelanggan Ambank? Masih kurang masih faham dengan panduan check balance akaun anda? Jadi, izinkan kami kongsikan cara semak baki akaun Ambank anda secara ringkas agar mudah difahami.

Persediaan

Anda bukan sahaja boleh gunakan cara konvensional seperti ke ATM sahaja untuk semak baki akaun.

Anda juga akan dikenakan caj tambahan sekiranya mengguakan mesin ATM selain ATM Ambank dan juga terpaksa keluar rumah.

Oleh itu, anda boleh gunakan cara semakan baki akaun secara online sekiranya tujuan emergency atau tidak sempat ke ATM.

Sekiranya anda masih belum berdaftar untuk online banking Ambank, sila baca artikel ini.

Cara semak baki akaun Ambank

Berikut merupakan tiga cara semak baki akaun Ambank iaitu melalui laman web AmOnline, mobile banking AmOnline dan ATM Ambank.

#1 Panduan semakan baki akaun melalui portal AmOnline

Pastikan anda telah berdaftar untuk online banking Ambank terlebih dahulu. Cara semak baki akaun melalui website AmOnline adalah seperti di bawah.

  1. Layari laman web https://ambank.amonline.com.my/web/
  2. Masukkan username pada ruangan Username.
  3. Sahkan Security Image yang tertera.
  4. Kemudian, masukkan password anda pada ruangan Password.
  5. Klik butang Login.
  6. Anda akan berjaya login ke akaun online banking Ambank anda.
  7. Cari menu My Account.
  8. Klik Saving & Curent.
  9. Maklumat penyata baki akaun secara lengkap akan terpapar.
  10. Selesai.

#2 Check balance akaun melalui aplikasi AmOnline mobile banking

Selain cara semakan baki akaun melalui laman web AmOnline, anda juga boleh check balance melalui mobile banking AmOnline. Tapi, pastikan anda telah muat turun dan register mobile banking terlebih dahulu sebelum menggunakan aplikasi ini. Caranya seperti di bawah.

  1. Buka aplikasi AmOnline anda.
  2. Masukkan username pada ruangan Username.
  3. Klik butang anak panah sebelah ruangan Username.
  4. Masukkan password pada ruangan Password.
  5. Sahkan Security Image yang tertera.
  6. Klik butang Login.
  7. Kemudian, klik menu kecil.
  8. Klik Summary.
  9. Klik Saving & Current.
  10. Baki penyata akaun yang lengkap akan terpapar.

#3 Cara semak baki akaun melalui ATM Ambank

Anda juga boleh semak baki akaun anda melalui ATM Ambank. Lawati cawangan ATM yang berdekatan dengan anda. Caranya seperti di bawah.

  1. Masukkan kad ATM Bank Rakyat ke slot kad.
  2. Tunggu hingga disahkan.
  3. Pilih bahasa yang diingini.
  4. Klik Teruskan sekiranya dikenakan sebarang caj bagi meneruskan ke proses penyemakan baki akaun anda.
  5. Anda akan tiba pada bahagian Sila Masukkan PIN.
  6. Masukkan PIN ATM pada ruangan yang diberi dengan menekan pada butang keypad ATM.
  7. Klik Enter/Masuk.
  8. Kemudian, tunggu sehingga diproses dan disahkan.
  9. Klik pada Pertanyaan Baki.
  10. Pilih akaun yang anda ingin semak.
  11. Baki akaun anda akan terpapar pada skrin ATM.
  12. Selesai.

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian tentang cara semak baki akaun Ambank telah memudahkan lagi urusan anda.

Jemput baca artikel tentang cara semak baki akaun Bank Islam dan BSN secara online.

Bagi pengguna ASB, anda boleh semak baki akaun anda secara online di MyASNB dan Maybank2u.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment