bpr.hasil.gov.my (Login, Kemaskini & Semak Status Rayuan)

Maklumat berkenaan bpr.hasil.gov.my sudah tidak lagi relevan. Untuk permohonan Sumbangan Tunai Rahmah yang terkini, sila layari portal rasmi STR 2023 di bantuantunai.hasil.gov.my. Sila ambil maklum bahawa bantuan terbaru ialah STR 2023 dan bukannya BTR 2023. Pautan btr.hasil.gov.my juga tidak wujud.

Kami faham, ramai yang keliru dengan portal bpr.hasil.gov.my. Walaupun ada manual dari LHDN, namun ia terbatas untuk permohonan Bantuan Prihatin Rakyat sahaja. FAQ juga tidak banyak membantu.

Jadi, kami mengambil inisiatif untuk memberikan gambaran keseluruhan mengenai Bantuan Prihatin Rakyat dari kacamata rakyat sebagai pemohon yang memohon melalui MyBPR.

1. Portal bpr.hasil.gov.my

Seperti bantuan-bantuan BR1M, BSH dan BPN sebelum ini, terdapat banyak proses yang perlu dilalui oleh setiap pemohon. Dari mata kasar, nampak seperti cukup mudah. Mohon, tunggu kelulusan dan semak bayaran. Namun, hakikatnya tidak sebegitu.

Kami di The Rohani membina blok-blok bagi menunjukkan gambaran keseluruhan dalam permohonan Bantuan Prihatin Rakyat. Ini adalah penting untuk memudahkan anda memahami setiap proses permohonan dari awal sehingga akhir. Dan setiap proses ini akan kami jelaskan secara terperinci.

 

2. Daftar di bpr.hasil.gov .my

Pertama sekali, apabila anda mendengar pengumuman tentang bantuan yang terkini seperti Bantuan Prihatin Rakyat, anda perlu membuat pendaftaran. Ini adalah penting untuk melancarkan proses permohonan.

Berikut ialah langkah ringkas untuk mendaftar BPR. Untuk panduan lengkap, boleh rujuk cara daftar BPR yang lebih terperinci.

  1. Layari portal rasmi Bantuan Prihatin Rakyat di bpr.hasil.gov.my
  2. Isikan No MyKad
  3. Tekan butang Semak
  4. Akan keluar ralat ini “ID pengenalan anda belum didaftarkan. Sila ke halaman Daftar Akaun untuk mendaftar”
  5. Klik Daftar Akaun
  6. Anda akan dipaparkan dengan beberapa Soalan Keselamatan untuk memastikan anda adalah pemilik akaun yang sah
  7. Sila jawab semua soalan yang diberikan
  8. Antara Soalan Keselamatan tersebut ialah:
    • Soalan pertama: Apakah poskod yang telah didaftarkan?
    • Soalan kedua: Apakah nombor pengenalan pasangan anda yang telah didaftarkan?
  9. Jika soalan tidak berkaitan dengan permohonan, sila masukkan TIADA
  10. Selepas menjawab dua (2) Soalan Keselamatan ini, anda boleh teruskan proses dan cara daftar BPR
  11. Di bahagian PENDAFTARAN BPR, sila semak dan masukkan maklumat berikut:
    • Nama
    • No Pengenalan
    • Kata Kunci Keselamatan
  12. Untuk Kata Kunci Keselamatan, masukkan apa-apa sahaja kata kunci yang mudah untuk anda kenal atau identify apabila masuk login BPR nanti. Ini bukan Kata Laluan atau password.
  13. Seterusnya, anda perlu menjawab lima (5) soalan lagi yang akan diberikan
  14. Antara soalan tersebut ialah:
    • Apakah tahun kelahiran ayah anda?
    • Apakah tahun kelahiran ibu anda?
    • Apakah warna kegemaran anda?
    • Apakah haiwan kegemaran anda?
    • Apakah lagu kegemaran anda?
    • Apakah buku kegemaran anda?
    • Apakah nama panggilan anda ketika kecil?
    • Apakah sukan kegemaran anda?
    • Apakah buah kegemaran anda?
  15. Soalan dan jawapan ini penting apabila anda mahu reset password jika terlupa. Jadi, jangan main-main di bahagian ini.
  16. Sila screenshot dan simpan untuk rujukan akan datang
  17. Tekan butang Teruskan
  18. Sekarang, masukkan Kata Laluan
  19. Untuk kekuatan password yang tinggi, masukkan gabungan huruf kecil, huruf besar, nombor dan simbol; sehingga indikator di bawah itu bertukar menjadi hijau
  20. Seterusnya, tekan butang Daftar
  21. Akan keluar makluman “Akaun telah berjaya didaftarkan. Sila ke halaman Log Masuk untuk ke menu BPR”
  22. Pendaftaran BPR selesai

 

3. Login bpr.hasil.gov .my

Selepas daftar, baru login Log masuk. Ikuti panduan ringkas untuk login BPR seperti di bawah:

  1. Ada boleh terus guna pautan ini untuk Log Masuk Bantuan Rakyat: https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Isikan No MyKad
  3. Tekan butang Semak
  4. Jika tidak ada apa-apa masalah dalam proses login, anda akan boleh terus Log Masuk ke dalam sistem

Selepas login BPR, anda boleh melakukan pelbagai perkara.

Antaranya ialah:

  • Buat permohonan BPR
  • Kemaskini BPR
  • Rayuan BPR
  • Semakan BPR, samada untuk status kelulusan dan status pembayaran

 

4. Cara mohon BPR melalui bpr.hasil.gov.my

Selepas daftar dan login, barulah mudah untuk buat permohonan BPR.

Sila ikuti langkah-langkah di bawah yang ringkas untuk buat proses permohonan baru BPR. Rujuk cara mohon BPR untuk panduan yang lebih terperinci.

  1. Untuk direct link Permohonan Baru, boleh terus klik sini: https://bpr.hasil.gov.my/PermohonanBPR.aspx
  2. Permohonan BPR ini terbahagi kepada 3 bahagian yang boleh dilihat di bahagian atas laman iaitu:
    • Permohonan
    • Pengesahan
    • Hantar
  3. Kita mulakan dengan bahagian Permohonan terlebih dahulu
  4. Untuk bahagian yang pertama iaitu Permohonan, sila lengkapkan Maklumat Pemohon seperti berikut:
    • No MyKad (tekan butang Semak untuk sahkan Nombor Kad Pengenalan)
    • Nama
    • Umur
    • Jantina
    • No Telefon Rumah
    • No Telefon Bimbit
    • Pekerjaan
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon dan Pasangan)
    • Status Perkahwinan
    • Alamat
    • Poskod
    • Negeri
    • Bandar
    • Nama Bank
    • No Akaun Bank
    • Alamat Emel
  5. Masih lagi di bahagian Permohonan, anda dikehendaki muat naik atau upload Dokumen Sokongan seperti:
    • Sijil Kahwin
    • Sijil Cerai
    • Sijil Kematian Pasangan
    • Pengesahan Pasangan
    • Pengesahan Bank
  6. Seterusnya, tekan butang Muat Naik
  7. Untuk Maklumat Wakil, pilih salah satu:
    • Ada Wakil
    • Tiada Wakil
  8. Kita mulakan dengan bahagian Permohonan terlebih dahulu
  9. Tekan butang Teruskan
  10. Sekarang, anda berada di bahagian Pengesahan
  11. Akan ada mesej “Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian Simpan / Hantar”
  12. Masukkan Captcha seperti yang tertera
  13. Klik Sahkan Captcha
  14. Di bahagian Akuan Pengesahan, sila tick ruangan tersebut
  15. Ini bermaksud anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
  16. Klik butang Hantar jika anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
  17. Permohonan BPR 2021 sudah selesai

 

Macam mana nak tahu permohonan BPR diterima?

Jika sudah berjaya Log Masuk, teruskan dengan panduan di bawah untuk melihat status semakan samada permohonan BPR telah dihantar dan diterima:

  1. Setelah berjaya Log Masuk Bantuan Prihatin Rakyat 2021, anda akan dapat lihat paparan “Selamat Datang, NAMA ANDA”
  2. Contohnya, “Selamat Datang, MUHAMMAD AKRAM BIN SABTU”
  3. Anda akan lihat butang-butang berikut:
    • Profil
    • Semakan Status
    • Kemaskini Permohonan
    • Cetakan
    • Peti Mel
    • Maklum Balas
  4. Tekan butang Peti Mel
  5. Tekan perkataan Surat di bahagian atas
  6. Kini anda akan dapat lihat Senarai Surat
  7. Anda akan dapat lihat Subjek Permohonan BPR 2021
  8.  Tekan Permohonan BPR 2021
  9. Akan keluar contoh paparan seperti ini
    • “Dengan ini permohonan anda telah berjaya dihantar. Sila rujuk BPR untuk semakan permohonan:Nombor MyKad Pemohon: 780202-01-5555
      Nama Pemohon: MUHAMMAD AKRAM BIN SABTU
      Tarikh & Masa: 25/01/2021 15:30 PM”
  10. Semakan permohonan dihantar / diterima oleh LHDN sudah selesai

 

5. Kemaskini BPR melalui bpr.hasil.gov.my

Sila ikuti langkah-langkah ringkas di bawah untuk buat proses kemaskini BPR. Untuk yang lebih terperinci, rujuk cara kemaskini BPR.

  1. Layari laman utama portal rasmi untuk login BPR di sini: https://bpr.hasil.gov .my
  2. Tekan pautan Log Masuk pada bahagian Menu atas sebelah kanan
  3. Masukkan No MyKad iaitu Nombor Kad Pengenalan anda
  4. Tekan butang Semak
  5. Akan keluar soalan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”
  6. Jika yang terpapar ialah kata kunci anda, tekan Ya
  7. Masukkan Kata Laluan anda
  8. Tekan butang Log Masuk
  9. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan dapat Log Masuk ke dalam sistem
  10. Akan terpapar beberapa butang yang anda dapat lihat:
    • Profil
    • Semakan Status
    • Kemaskini Permohonan
    • Cetakan
    • Peti Mel
    • Maklum Balas
  11. Untuk update, tekan Kemaskini Permohonan
  12.  Sila kemaskini sekiranya ada maklumat diri anda yang sudah berubah dari sebelum ini
  13. Maklumat yang paling selalu berubah ialah:
    • Nombor Akaun Bank
    • Status Perkahwinan
    • Nombor Telefon
    • Maklumat Anak

 

6. Rayuan BPR

Rayuan BPR ini hanya untuk pemohon yang ditolak pada awalnya kerana tidak menepati kriteria. Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat ini juga adalah untuk mana-mana individu yang mendapat status TIDAK LULUS setelah buat semakan BPR.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk rayuan BPR. Untuk langkah-langkah ringkas, rujuk seperti di bawah:

  1. Layari laman web rasmi BPR di sini: bpr.hasil.gov.my
  2. Klik pautan Log Masuk
  3. Isikan No MyKad dalam ruangan yang disediakan
  4. Tekan butang Semak
  5. Sahkan kata kunci keselamatan anda
  6. Jika ya, klik butang Ya
  7. Jawab semula SOALAN KESELAMATAN yang dipaparkan
  8. Tekan butang Teruskan
  9. Setelah berjaya masuk ke dalam portal MyBPR, klik butang Semakan Status
  10. Sila pastikan status adan adalah TIDAK LULUS
  11. Teruskan dengan tekan butang Permohonan Rayuan
  12. Tunggu status menunjukkan Berjaya
  13. Klik Papar Rayuan untuk melihat rayuan yang telah dihantar sebentar tadi
  14. Ambil gambar dan simpan untuk rujukan pada masa akan datang

 

7. Semakan BPR (Permohonan Lulus / Gagal)

Untuk panduan lebih lanjut, sila rujuk semakan kelulusan BPR. Untuk langkah-langkah ringkas, rujuk seperti di bawah:

  1. Seperti biasa, sila Log Masuk bpr.hasil.gov.my terlebih dahulu.Tekan butang Semakan Status
  2. Jika anda berstatus LULUS, anda akan dapat lihat paparan lain bahagian pertama iaitu:
    • BPR
      • Ada butang Maklumat BPR. Boleh muat turun maklumat tersebut.
    • Amaun Keseluruhan BPR Diterima
      • Contohnya RM800.00
  3. Jika anda berstatus LULUS, anda akan dapat lihat paparan lain bahagian kedua iaitu:
    • Jadual Bayaran
      • Ada butang Maklumat Bayaran BPR. Boleh muat turun maklumat tersebut.
    • Paparan jika anda tidak download adalah seperti berikut:
      • Tarikh Kredit
      • No. Pengenalan Akaun Dikredit
      • Fasa
      • Jumlah Dikredit
      • Status Kredit
      • Nama Bank
      • No Akaun
      • Kod Tidak Berjaya
      • Nombor Siri
      • Tarikh Tunai
  4. Jika anda berstatus GAGAL, anda akan dapat lihat paparan kod tidak lulus / gagal
  5. Untuk mengetahui samada duit BPR sudah masuk atau belum, pastikan Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Berjaya Kredit
  6. Jika Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Gagal Kredit, sila baca cara dapatkan No Baucar BPR untuk tebus di BSN.
  7. Tekan butang Kembali untuk kembali ke paparan sebelum ini
  8. Tekan butang Papar Borang untuk memaparkan keseluruhan Semakan Status ini

 

8. Semakan pembayaran BPR 

Semakan pembayaran BPR boleh dibuat melalui bank masing-masing. Anda perlu menyemak baki dalam akaun dan memastikan duit BPR sudah masuk.

 

9. Maklumat lanjut berkenaan BPR

Jika anda adalah salah seorang yang sudah baca cara login BPR di bpr.hasil.gov.my, namun masih lagi mempunyai masalah untuk Log Masuk dan dalam masa yang sama ingin tahu maklumat lanjut berkenaan pendaftaran BPR, permohonan BPR, kemaskini dan lain-lain lagi, sila hubungi nombor hotline BPR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:

  • 1-800-88-2747

Alternatif lain, sila hubungi nombor hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:

  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

Anda juga boleh cuba hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

  • 03- 89111000

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian berkenaan portal bpr.hasil.gov.my ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk membuat kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat yang terbaru ini..

Hanya sedikit sahaja nasihat kami kepada semua pemohon-pemohon Bantuan Prihatin Rakyat ini. Janganlah terlalu berharap kepada bantuan ini, bimbang akan kecewa nanti.

Benar, kita memang layak. Namun, tak semestinya bantuan ini ditakdirkan untuk kita. Andainya rezeki tidak menyebelahi kita, janganlah marah-marah. Berlapang dada itu lebih baik

Apa-apa pun, kita cuba dahulu. Semoga berhasil.

Insya Allah, dipermudahkan segala urusan.

Semoga bermanfaat.

83 thoughts on “bpr.hasil.gov.my (Login, Kemaskini & Semak Status Rayuan)”

  1. Mcm mna mhu tukar ic silap taip apa punya terok lhdn ni..lansung tk dpt tukr guna online..sial betol mcm ni

    Reply
  2. Nak tanya..
    Kalau pemohon tidak lulus sebab pasangan dapat gkp..
    Tetapi anak anak layak.. Bermaksud anak dapat duit ta

    Reply
  3. BPR dimohon atas nama dan ACC isteri serta menerimanya sejak berkahwin tahun 2014.saya cuba semak kelayakan untuk mohon bantuan Jaringan Perihatin Rakyat tetapi didapati tidak layak .apakah yang perlu saya buat

    Reply
  4. FASA 1 bantuan lulus Dan masuk . tapi bila semak FASA 2 kenapa tiba2 kata tak lulus Dan alasan nya saya tak menepati syarat berstatus Bujang. Bila masa pula saya kawin ni wahai2 pegawai2 sekalian. Gaji pun masih gaji part timer bukan nya dah dapat kerja tetap. Saya pelik la.. Masih ada jawatan kosong ka kat office bpr ni kalau ada nak juga minta kerja sana yela mana tau korang perlu staff lebih . jangan risau course saya ambik dulu ada juga study part management or admin tu. Pakai windows pun sya lancar penglihatan pun masih OK

    Reply
  5. Gd mrng…sir.. Madame..
    When i went to check my bsn bank account i still get bpr payment..
    Pls check an email to me..tq

    Reply
  6. Yg dihormati kenapa Sya BPR k2 tak lulus…..atas alasan penerima GKP…kenapa waktu buat GKp tak letak syarat Klau dpt GKP tak dpt BPR, sedangkan BPR untk yg bkluarga…dan gkp untk yg bniaga…..

    Reply
  7. Sebelum ni Saya XX- 5817 Lulus Fasa 1 layak dapat / BPR…Tetapi pada bulan May . Saya Tadak Lulus alasan pasangan dapat GKP…pada hal Pasangan ( Isteri punya Agency ) Pendapatan Bercukai tahun 2020 hanya Rm 10,074.
    Umur Saya 62+ sudah bersara, Saya merayu dan sila dibertimbangkan lagi. Tk.

    Reply
  8. Saya telah membuat rayuan tentang bpr Dan bpn untuk fasa 3,tetapi belum mendapat respond drpd lhdn Dan semakan amount belum dimasukkan ke dalam account saya

    Reply
  9. how do i submit my brother who is a OKU recepient new BSN account for his BPR payment? Name- Goh Teik Hoe
    IC # 521105075257
    BSN account # 0710641100006537

    Reply
  10. saya sudah membuat rayuan bpr tetapi dia suruh rujuk cawangan LHDNM berhampiran tatapi call lhdn tutup. Apa harus dibuat

    Reply
  11. dear Sir My appeal Was. Rejected. REASON was I Have to pengesahan my wife documents. Yesterday tried to book appointment but was full. I went to utckomtar penang this morning. There was a lot of people and could not get in. Today is last day. What can i do.
    Please help.

    Reply
  12. Tolong,Mohon Bantuan ,saya telah membuat rayuan .Saya×××5142 lulus fasa 1 layak dapat /Bpr…tetapi pada bulan May.Saya tidak lulus alasan .Surat Cerai .saya telah membuat rayuan sayal tidak bohong .tetapi bila saya mahu long masuk semak lulus tak .Mohon Bantuan Saya tidak kerja selama 6bulan dulu kerja Restoren makan .saya buang kerja alasan Boss Covid 19 lagi tidak mampu bayar sewa rumah .Tolong Mohon Bantuan .Saya amat takut risau kalau tidak lulus saya nak pergi mana….

    Reply
  13. Mohamad Nazir Hashim=
    Status BPR saya tidak lulus alasan dari LHDN yg saya sudah berkahwin info jabatan agama islam.Saya terkejut …wal hal borang permohonan rayuan BSH saya pun pada tahun lepas tidak lulus atas alasan,,kod yg sama.Saya tak paham dari jabatan agama negeri mana yg mengatakan yg saya sudah berkahwin…????Semasa buat,isi borang permohonan BPN status perkahwinan saya tulis,taip BUJANG..tidak pernah sekali pun bernikah,berkahwin sampai ke hari nie…!!!!Sekarang saya sudah tiada perkerjaan..tiada sumber pendapatan..bagaimana saya nk mengharungi hari hari yg mendatang ini…..??????

    Reply
  14. Saya memohon Kerajaan /LHDN memberi peluang RAYUAN kali ke 2 kepada yang ketinggalan dlm urusan BPR, disbbkn document yg tidak lengkap,urusan terjejas kerana pkpd,keliru dgn bantuan kjaan BSH atau BPR, biasanya (carry forward) rupanya kena updated Jan 2021, jd sy ketinggalan dlm bantuan BPR ni, sy masih mengharapkn LHDN mbenar kn sy mgisi borang rayuan, sy menuntut bantuan BPR yg pertama n seterusnya, sy layak menerima bantuan tersebut. Sy rasa ramai lg rakyat akan kecewa kalau kjaan tak memberi peluang keatas bantuan BPR. Sekian Terima Kasih

    Reply
  15. Sy nama Kamalakannan saya tak dapat duit bantuan dari dulu kenapa saya tak dapat apa saya nak buat tolong bagi tau saya

    Reply
  16. Saya btl2 dh rasa kecewa dgn kerajaan sy dh lama tiada pendapatan bila mohon bantuan smua x lulus rayuan pn di tolok, sy btl2 rasa skit hati, jika pejabat hasil btl2 cek jika duit dari bank mna2 keluar masuk blh la x layak pn, ni satu sen pun akaun bank sy xde keluar masuk nk mkn pn x blh bla mintak bantuan x dpt dh 2 x hntr rayuan di tolak, mcm mna la kerajaan bt pemilihan org yg layak semuanya x btl

    Reply
  17. Saya btl2 dh rasa kecewa dgn kerajaan sy dh lama tiada pendapatan bila mohon bantuan smua x lulus rayuan pn di tolok, sy btl2 rasa skit hati, jika pejabat hasil btl2 cek jika duit dari bank mna2 keluar masuk blh la x layak pn, ni satu sen pun akaun bank sy xde keluar masuk nk mkn pn x blh bla mintak bantuan x dpt dh 2 x hntr rayuan di tolak, mcm mna la kerajaan bt pemilihan org yg layak semuanya x btl

    Reply

    Reply
  18. 64 tahun, Malaysia sepatutnya ,sudah mempunyai dana yang cukup untuk bantu semua rakyat Malaysia.JANGAN MEMALUKAN NEGARA, KERANA, RAKYAT MALAYSIA HANYA 32 JUTA SAHAJA. ,

    Reply
  19. Political Malaysia, making the political soo much richest???
    But why , can’t help the people ,as only ” one time ” in 64 year’s.

    Reply
  20. Maafkan saya bertanya bagaimana ingin set semula user name , security Question dan kata laluan untuk memudahkan pengguna membuat semakan status bantuan yang layak di Portal LHDN atau adakah boleh membuat pendaftaran baharu sahaja , akaun lama batalkan ..

    Reply
  21. Saya dulu dapat bantuan yang berkeluaga. Kenapa boleh bertukar menjadi bujang. Dan lepas tu. Sampai sekarang saya tidak sudah mendapat bantuan sudah 5 tahun tidak mendapat bantuan.

    Reply

Leave a Comment