BPR Fasa 2 Bila Dapat? (Tarikh Duit Masuk Mei 2021, Ikut Bank)

BPR Fasa 2 Bila Dapat? (Tarikh Duit Masuk Mei 2021, Ikut Bank)

Perkongsian kami kali ini adalah untuk anda yang asyik tertanya-tanya duit BPR Fasa 2 bila dapat. Usah risau, anda hanya perlu semak tarikh bayaran BPR Fasa 2 dan tunggu duit masuk dalam akaun. Namun, jangan lupa buat semakan BPR untuk melihat status Lulus dan Berjaya Kredit secara online di bpr.hasil.gov.my.

1. Boleh dapat duit BPR Fasa 2 2021 sebelum Raya?

Berikut ialah tarikh pembayaran yang telah diumumkan oleh kerajaan. Nampak gayanya, jika semua berjalan lancar, semua pemohon yang Lulus dan mendapat status Berjaya Kredit akan menerima duit sebelum Hari Raya.

Namun, ini hanyalah terpakai untuk mana-mana pemohon yang memilih cara untuk pengkreditan terus ke dalam akaun bank seperti BSN, Maybank dan lain-lain lagi.

Tarikh akhir pengkreditan seperti yang dimaklumkan adalah pada 12 Mei 2021, iaitu satu hari sebelum Hari Raya.


A) Untuk individu bujang, isi rumah dan warga emas

  • Tarikh bayaran: 7 – 12 Mei 2021
  • Selain bujang dan isi rumah, kategori ini juga termasuk warga emas
  • Duit BPR akaun terus dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing

B) Untuk penerima yang tak ada akaun bank

  • Tarikh bayaran: 17 Mei 2021
  • Duit BPR akaun dibayar melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Pihak Bank Simpanan Nasional akan mengeluarkan panduan SOP
  • Ini adalah untuk mengekang penularan wabak Covid-19

C) Untuk penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank

  • Tarikh bayaran: 17 Mei 2021
  • Lokasi pembayaran akaun diumumkan oleh kerajaan
  • Bayaran BPR ini akan disekalikan dengan bayaran BPN 2.0

Sila check BPR Fasa 2 ini untuk mengetahui status kelulusan dan pembayaran selepas mengetahui tarikh-tarikh yang disebutkan di atas.

Mengikut pengalaman sebelum ini, tarikh bayaran Bantuan Prihatin Rakyat mungkin akan berbeza-beza mengikut kategori samada bujang,  isi rumah dan warga emas.

 

2. Bila tarikh masuk duit BPR Fasa 2 dalam akaun bank?

Tarikh pengkreditan BPR Fasa 2 adalah seperti yang dimaklumkan seperti di atas. Namun, harus diingat, tarikh tersebut hanyalah jangkaan sahaja. Mungkin ada yang dapat awal, mungkin ada yang akan dapat duit BPR selepas Hari Raya.

Berdasarkan pengalaman pembaca seperti sebelum-sebelum ini, pemegang akaun BSN akan menerima lebih awal dari bank-bank lain. Manakala, pemegang akaun Hong Leong Bank / Hong Leong Islamic Bank akan menerima yang paling lambat.


Wallahualam. Dengar boleh, percaya jangan. Ini hanyalah sekadar sumber dari perkongsian pembaca dari segi penerimaan BSH, BR1M, BPN dan BPN 2.0.

Jika anda salah seorang dari penerima duit bantuan BPR ini, minta jasa baik untuk komen di ruangan komen untuk mengesahkan penerimaan duit BPR Fasa 2.

Berikut ialah pengemaskinian dari maklumat yang kami terima dari pembaca:

1. Maybank / Maybank Islamic

  • Bermula 7 Mei 2021

2. BSN

  • Bermula 7 Mei 2021

3. Bank Islam

  • Bermula 7 Mei 2021

4. RHB / RHB Islamic Bank

  • Bermula 7 Mei 2021

5. Ambank / AmIslamic Bank

  • Bermula 7 Mei 2021

6. Agro Bank

  • Bermula 7 Mei 2021

7. Hong Leong Bank

  • Bermula 7 Mei 2021

8. Affin Bank / Affin Islamic Bank

  • Bermula 7 Mei 2021

9. Bank Rakyat

  • Bermula 7 Mei 2021

10. CIMB Bank / CIMB Islamic Bank

  • Bermula 7 Mei 2021

11. Bank Muamalat

  • Bermula 7 Mei 2021

12. Public Bank /Public Islamic Bank

  • Bermula 7 Mei 2021

 

3. Jumlah duit BPR yang bakal diterima

Jangan asyik nak tahu BPR Fasa 2 2021 bila dapat. Anda perlu ambil tahu berapa jumlah bayaran yang akan akan terima juga.


Jadi, kami asingkan maklumat tentang pembayaran mengikut kategori seperti di bawah supaya lebih mudah untuk anda rujuk.

Sila ambil maklum bahawa jumlah bayaran ini adalah untuk memohon yang memang dapat duit BPR Fasa 1.

A) Kategori Bujang

  • Untuk BPR Fasa 1, anda akan terima bantuan sebanyak RM150
  • Untuk BPR Fasa 2 pula, akan akan menerima bayaran sebanyak RM200
  • Tiada pembayaran untuk BPR Fasa 3
  • Jumlah keseluruhan ialah RM350
  • Kategori bujang ini termasuk warga emas yang belum berkahwin, iaitu yang berumur 59 tahun dan ke bawah

 

B) Kategori Isi Rumah (Pendapatan bawah RM2,500)

  1. Jika tiada anak atau hanya mempunyai satu (1) anak sahaja:
    • Untuk BPR Fasa 1, anda akan terima bantuan sebanyak RM300
    • Untuk BPR Fasa 2, akan akan menerima bayaran sebanyak RM400
    • Untuk BPR Fasa 3 pula, akan akan dapat pembayaran sebanyak RM500
    • Jumlah keseluruhan ialah RM1,200
  2. Jika mempunyai dua (2) anak atau lebih:
    • Untuk BPR Fasa 1, jumlah bantuan ialah RM300
    • Untuk BPR Fasa 2, jumlah bantuan ialah RM400
    • Untuk BPR Fasa 3 pula, jumlah bantuan ialah RM1,100
    • Jumlah keseluruhan ialah RM1,800
  3. Kategori Isi Rumah  ini termasuk warga emas yang sudah berkahwin, iaitu yang berumur 60 tahun dan ke atas

 

C) Kategori Isi Rumah (Pendapatan antara RM2,501 – RM4,000)

  1. Jika tiada anak atau hanya mempunyai satu (1) anak sahaja:
    • Untuk BPR Fasa 1, anda akan terima bantuan sebanyak RM300
    • Untuk BPR Fasa 2, akan akan menerima bayaran sebanyak RM300
    • Untuk BPR Fasa 3 pula, akan akan dapat pembayaran sebanyak RM200
    • Jumlah keseluruhan ialah RM800
  2. Jika mempunyai dua (2) anak atau lebih:
    • Untuk BPR Fasa 1, jumlah bantuan ialah RM300
    • Untuk BPR Fasa 2, jumlah bantuan ialah RM300
    • Untuk BPR Fasa 3 pula, jumlah bantuan ialah RM600
    • Jumlah keseluruhan ialah RM1,200
  3. Kategori Isi Rumah  ini termasuk warga emas yang sudah berkahwin, iaitu yang berumur 60 tahun dan ke atas

 

D) Kategori Isi Rumah (Pendapatan antara RM4,001 – RM5,000)

  1. Jika tiada anak atau hanya mempunyai satu (1) anak sahaja:
    • Untuk BPR Fasa 1, anda akan terima bantuan sebanyak RM300
    • Untuk BPR Fasa 2, akan akan menerima bayaran sebanyak RM100
    • Untuk BPR Fasa 3 pula, akan akan dapat pembayaran sebanyak RM100
    • Jumlah keseluruhan ialah RM500
  2. Jika mempunyai dua (2) anak atau lebih:
    • Untuk BPR Fasa 1, jumlah bantuan ialah RM300
    • Untuk BPR Fasa 2, jumlah bantuan ialah RM250
    • Untuk BPR Fasa 3 pula, jumlah bantuan ialah RM200
    • Jumlah keseluruhan ialah RM750
  3. Jika pemohon adalah warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas, dan tiada anak atau hanya mempunyai satu (1) anak sahaja:
    • Untuk BPR Fasa 1, anda akan terima bantuan sebanyak RM300
    • Untuk BPR Fasa 2, akan akan menerima bayaran sebanyak RM100
    • Untuk BPR Fasa 3 pula, akan akan dapat pembayaran sebanyak RM200
    • Jumlah keseluruhan ialah RM600

 

4. Semak baki akaun bank, sahkan dapat duit BPR Fasa 2

Sila buat semakan bayaran BPR melalui portal bpr.hasil.gov.my dengan segera untuk mendapatkan pengesahan status Berjaya Kredit. Namun, jangan terus bergegas ke ATM untuk keluarkan duit. Sila semak baki duit dalam bank secara online.

Berikut antara panduan untuk check baki duit dalam akaun bank-bank yang terpilih:

1. Maybank / Maybank Islamic

 

2. BSN

 

3. Bank Islam

4. RHB / RHB Islamic Bank

 

5. Ambank / AmIslamic Bank

6. Agro Bank

7. Hong Leong Bank

8. Affin Bank / Affin Islamic Bank

9. Bank Rakyat

10. CIMB Bank / CIMB Islamic Bank

  • Layari cimb.com.my

11. Bank Muamalat

  • Layari i-muamalat.com.my

12. Public Bank /Public Islamic Bank

  • Layari pbebank.com

 

Akhir kalam

Kami harap perkongsian dan persoalan tentang duit BPR Fasa 2 bila dapat ini dapat melegakan kerisauan anda. Jangan risau sangat. Kami yakin kerajaan akan masukkan duit bantuan ini sebelum Hari Raya 2021. Jadi, jangan asyik tanya bila duit BPR masuk. Biarkan kerajaan menjalankan tugas mereka.

Semoga dipermudahkan urusan kita semua.

Semoga bermanfaat.


Artikel Berkaitan

BPR Fasa 2 Bila Dapat? (Tarikh Duit Masuk Mei 2021, Ikut Bank)

Leave a Comment