Cara Semak Baki Akaun Agrobank (Check Online & di ATM)

Adakah anda baru sahaja menjadi pelanggan Agrobank? Anda telah tiba pada laman yang betul. Jadi, izinkan kami kongsikan cara semak baki akaun Agrobank secara ringkas dan mudah difahami oleh anda.

Persediaan

Anda tidak perlu bersusah-payah ke ATM Agrobank untuk membuat semakan baki akaun anda.

Anda boleh membuat semakan baki anda melalui AGRONet.

Sekiranya anda masih belum berdaftar untuk online banking Agrobank, sila baca cara daftar dan login melalui Agrobank Online.

Cara Semak Baki Akaun Agrobank

Berikut merupakan dua cara semak baki akaun AgroBank iaitu melalui portal rasmi Agrobank Online dan ATM Agrobank.

#1 Panduan semak baki akaun melalui portal rasmi Agrobank Online

Pastikan anda telah berdaftar untuk online banking Agrobank terlebih dahulu. Cara semak baki akaun melalui website Agrobank Online adalah seperti di bawah.

  1. Layari laman web https://www.agrobank.com.my/.
  2. Pada sebelah atas skrin, pilih ELECTRONIC BANKING.
  3. Pilih AGRONet (Retail Internet Banking).
  4. Klik JOIN NOW.
  5. Anda juga boleh lihat sebelah kiri skrin, ada satu menu kecil.
  6. Anda boleh terus klik pada ikon RETAIL AGRONet untuk login ke online banking akaun anda.
  7. Pada bahagian AGROBANK Welcome To AGRONet, masukkan username anda pada ruangan Enter your username.
  8. Kemudian, klik Login bagi memulakan proses panduan semak baki akaun AgroBank.
  9. Sahkan Security Image dan Phrase anda.
  10. Sekiranya bukan Security Image dan Phrase anda, pastikan tidak teruskan transaksi anda.
  11. Tandakan pada kotak Yes, this is my Security Image. sekiranya gambar dan kata keselamatan anda padan.
  12. Masukkan password pada ruangan Password.
  13. Kemudian, klik Login bagi meneruskan panduan semakan baki AgroBank.
  14. Anda akan berjaya masuk ke laman online banking AgroBank anda.
  15. Pada sebelah kiri skrin, terdapat satu menu kecil.
  16. Klik Accounts and Banking.
  17. Klik Deposit Accounts/Ar Rahnu Accounts.
  18. Klik Account Detail.
  19. Klik butang Go sebagai langkah terakhir bagi cara semak baki AgroBank.
  20. Maklumat lengkap tentang baki akaun anda akan tertera.

#2 Check balance akaun melalui ATM Agrobank

Semak baki akaun anda melalui ATM AgroBank. Lawati cawangan ATM yang berdekatan dengan anda. Caranya seperti di bawah.

  1. Masukkan kad ATM AgroBank ke slot kad.
  2. Tunggu hingga disahkan.
  3. Pilih bahasa yang diingini bagi memulakan proses panduan semak balance AgroBank.
  4. Sekiranya anda pilih bahasa Melayu, anda akan tiba pada bahagian Sila Masukkan PIN.
  5. Masukkan PIN ATM pada ruangan yang diberi dengan menekan pada butang keypad ATM.
  6. Klik Enter/Masuk bagi teruskan proses semak baki akaun AgroBank.
  7. Kemudian, tunggu sehingga diproses dan disahkan.
  8. Klik pada Pertanyaan Baki.
  9. Klik pada Simpanan/Semasa.
  10. Baki akaun anda akan terpapar pada skrin ATM.
  11. Selesai.

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian tentang cara semak baki akaun Agrobank telah memudahkan lagi urusan anda.

Anda juga boleh semak baki akaun Bank Islam secara online.

Sila baca cara semakan baki pinjaman PTPTN.

Semoga bermanfaat.

2 thoughts on “Cara Semak Baki Akaun Agrobank (Check Online & di ATM)”

Leave a Comment