Semak Baki Akaun Bank Islam Melalui Online (Check Balance)

Macam mana nak tahu duit bantuan kerajaan seperti BPR, BPN 2.0 dan lain-lain sudah masuk dalam bank? Kalau anda guna Bank Islam, mudah sahaja. Izinkan kami berkongsi cara semak baki akaun Bank Islam melalui online yang cukup ringkas.

Apa-apa pun, jika anda masih belum mempunyai akaun Bank Islam online banking di bankislam.biz, jemput baca cara daftar Bank Islam terlebih dahulu.

Sekiranya terlupa hanya ingin tahu nombor akaun, sila baca cara semak no akaun Bank Islam.

Semak baki Bank Islam melalui online

Sila ikuti panduan di bawah untuk check balance duit dalam akaun anda. Pastikan anda berjaya login Bank Islam dan boleh akses kesemua fungsi yang ada.

  1. Layari laman web Bank Islam IB https://www.bankislam.biz
  2. Pada laman utama Bank Islam IB ini, tekan butang INTERNET BANKING LOGIN.
  3. Pada laman seterusnya, masukkan username anda pada ruangan USER ID.
  4. Tekan butang Login.
  5. Kemudian, masukkan password anda pada ruangan Password dan sahkan Private Image yang tertera, sama ada milik akaun anda ataupun tidak.
  6. Tekan Login.
  7. Login ke akaun anda berjaya. Anda akan tiba di paparan utama laman akaun online banking
  8. Ada beberapa pilihan menu di bahagian atas seperti:
    • My Accounts
    • Terms Deposit & Investment
    • Funds Transfer
    • Payments / Services
  9. Klik pada My Accounts untuk teruskan semak baki akaun Bank Islam secara online
  10. Seterusnya, pilih Account Summary.
  11. Anda akan mendapat paparan penuh semua akaun Bank Islam anda.
  12. Paparan ini mengandungi jenis akaun anda, nombor akaun anda serta baki semasa akaun tersebut.
  13. Klik pada setiap transaksi untuk melihat butiran lanjut

Cara di atas boleh digunakan untuk kedua-dua mobile dan desktop computer melalui browser seperti Chrome dan Safari. Tidak perlu download apa-apa mobile app.

 

Maklumat lanjut

Sekiranya ada menghadapi masalah untuk login atau mempunyai pertanyaan untuk buat semakan baki, sila hubungi hotline Bank Islam seperti di bawah:

  • General Line: 03-2088 8000
  • Contact Centre: 03-26 900 900

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian cara semak baki akaun Bank Islam ini dapat memudahkan lagi urusan perbankan anda.

Untuk akaun-akaun bank tempatan yang lain, boleh rujuk panduan untuk menyemak baki seperti berikut:

Semoga bermanfaat.

Semoga bermanfaat.

14 thoughts on “Semak Baki Akaun Bank Islam Melalui Online (Check Balance)”

  1. Adakah merbahaya jika kita beri kata laluan,bagaimana jika saya sarankan keselamatan tertinggi cnth:nama,mykad,foto,imbasan wajah lebih kepada mata,suara satu perkataan dalam agama masing²,saya yakin satu perkataan sebutan tidak sama halkum bursuara.no akaun bank peminta..tidak termasuk imbasan ibu jari kerana faktor tertentu jika pada sesentuh skrin dengan kertas.maaf terima kasih

    Reply
  2. Askm…saya nak cek baki bank Islam saya…satu lagi soalan ingin saya tanya mengapa account bank saya dinyatakan tiada sebarang account dalm bank Islam…sebelum ni saya berurusan dengan bank Islam tiada masalah…

    Reply
  3. Untuk maklumat tuan Saya buat semakan cek baki account sedangkan 3 hari duit transfer masuk tapi dalam account tiada duit transfer masuk.. hanya berbaki sebelum ini..

    Reply

Leave a Comment