Semakan Bayaran BPR 2021 (Check Tarikh Pembayaran & Status)

Semakan Bantuan Prihatin Rakyat ada beberapa jenis. Antaranya ialah semakan kelulusan BPR, semakan rayuan dan juga semakan bayaran. Jadi, dalam artikel di bawah ini, kami akan berkongsi cara untuk buat semakan bayaran BPR. Sangat penting bagi yang selalu login untuk check status BPR, asyik bertanya duit bila dapat dan masuk dalam akaun bank.

Izinkan kami berkongsi.

1. Semakan status bayaran BPR di bpr.hasil.gov.my

Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk buat semakan BPR bagi kedua-dua kategori Bujang dan Isi Rumah:

  1. Layari portal rasmi BPR di sini: https://bpr.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  3. Tekan butang Cari
  4. Isikan Captcha seperti yang terpapar
  5. Tekan butang Semak.
  6. Akan keluar paparan:
    • Nama
    • No MyKad
    • Status Permohonan
  7. Jika anda berstatus LULUS, anda akan dapat lihat paparan lain bahagian pertama iaitu:
    • BPR
      • Ada butang Maklumat BPR. Boleh muat turun maklumat tersebut.
    • Amaun Keseluruhan BPR Diterima
      • Contohnya RM800.00
  8. Jika anda berstatus LULUS, anda akan dapat lihat paparan lain bahagian kedua iaitu:
    • Jadual Bayaran
      • Ada butang Maklumat Bayaran BPR. Boleh muat turun maklumat tersebut.
    • Paparan jika anda tidak download adalah seperti berikut:
      • Tarikh Kredit
      • No. Pengenalan Akaun Dikredit
      • Fasa
      • Jumlah Dikredit
      • Status Kredit
      • Nama Bank
      • No Akaun
      • Kod Tidak Berjaya
      • Nombor Siri
      • Tarikh Tunai
  9. Jika anda berstatus GAGAL, anda akan melihat paparan kod tidak lulus / gagal

 

2. Semakan duit BPR masuk dalam akaun bank (Status pengkreditan)

Kalau sudah dapat status LULUS, jangan terlalu bergembira. Tunggu sehingga kerajaan memasukkan duit dalam akaun bank. Ini kerana kadang-kadang berlaku kelewatan pengkreditan mengikut bank.

Dikatakan bahawa selalunya duit bantuan akan masuk ke dalam akaun Bank Simpanan terlebih dahulu. Selepas itu, barulah bank-bank lain.

 

3. Kalau status LULUS, tapi Gagal Kredit BPR, perlu buat apa?

  1. Jika Status Kredit ialah ialah Gagal Kredit, ini bermakna ada masalah untuk masukkan duit ke dalam akaun bank.
  2. Sila baca cara dapatkan No Baucer BPR untuk buat penunaian di BSN.
  3. Tekan butang Kembali untuk kembali ke paparan sebelum ini
  4. Tekan butang Papar Borang untuk memaparkan keseluruhan Semakan Status ini

Secara ringkasnya, status Gagal Kredit menunjukkan bahawa tidak ada kemasukan duit BPN ke dalam akaun bank yang anda masukkan semasa permohonan tempohari.

Selain duplikasi permohonan, ada beberapa kemungkinan kegagalan kredit. Duit tidak dapat dimasukkan ke dalam bank mungkin kerana:

  • Akaun bank tidak aktif
  • Nombor akaun bank yang salah
  • Tersilap masukkan nombor akaun bank
  • Nama pemilik bank akaun tidak sama dengan nama pemohon BPN

Jangan risau sekiranya mendapat satus Gagal Kredit.

Sila dapatkan Nombor Siri dari dalam portal BPR dan pergi ke mana-mana cawangan BSN terdekat. Anda boleh memberikan Nombor Siri dan mendapatkan duit secara tunai.

 

4. Maklumat duit masuk, tarikh pembayaran BPR

Dikatakan bahawa duit BPR akaun mula dimasukkan pada bulan Mei 2021. Walau bagaimanapun, masih lagi belum ada tarikh rasmi yang diberikan oleh pihak kerajaan.

Berikut ialah jumlah duit bantuan BPR yang bakal diterima.

#1 Gaji kurang RM2,500 (bujang)

Individu bujang berpendapatan RM 2,500 ke bawah akan menerima bantuan RM350.

 

#2 Gaji kurang RM2,500

Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM 1,200, manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM 1,800

 

#3 Gaji antara RM2,501 hingga RM4,000

Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM 2,501 hingga RM 4,000 dan mempunyai sehingga seorang anak, bantuan BPR sebanyak RM 800 akan disalurkan. Manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan menerima bantuan sebanyak RM 1,200

 

#4 Gaji antara RM4,001 hingga RM5,000

Kerajaan turut akan membantu kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan antara RM 4,001 hingga RM 5,000. Kategori ini akan menerima RM500 bagi yang mempunyai sehingga seorang anak dan bantuan RM 750 kepada isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih

 

Akhir kalam

Untuk makluman, bila BPR masuk itu adalah bergantung kepada pihak bank. Jadi, jangan terkejut jika ada yang sudah terima duit awal berbanding yang lain.. Tarikh bayaran BPR mungkin berbeza-beza. Yang masih belum terima apa-apa, diharap bersabar.

Diharapkan agar buat semakan status bayaran BPR sebelum pergi cucuk duit di ATM. Ini adalah untuk mengelakkan kekecewaan.

Semoga bermanfaat.

25 thoughts on “Semakan Bayaran BPR 2021 (Check Tarikh Pembayaran & Status)”

  1. Sy dah mohon BPR sy dpt duit bujang rm150 shj tapi SKRG sy tak dpt duit ada sms tidak lulus kenapa sy b40 pun tak dpt duit sy baru operation kanser sy mohon mysalam pun blm lagi hospital pun surat ada

    Reply
  2. Apa ni..18may Sy cek msih dlm proses pengkreditkan 21may berjaya kredit tpi tarikh sna 11may dah berjaya kredit..apa mksud ni..skrg 28may tak masuk2 lg..

    Reply
  3. Sy sudah berkahwin dan memang pernah menerima BPR1.0 sebelum ini dari dulu..tetapi belum ada anak..Adakah masih boleh terima BPR2.0?

    Reply

Leave a Comment