Cara Semak Baki Akaun BSN Online (Check Balance MyBSN)


Jika ada orang yang baru bank in duit Bank Simpanan Nasional kita, macam mana cara semak baki akaun BSN melalui online Internet banking di www.mybsn.com.my?

Pastinya semua orang mahu login BSN dan mahu lihat amaun bertambah dan berganda-ganda.

Usah bimbang, mudah sahaja semua itu.

Izinkan kami berkongsi.

1. Cara semak baki akaun BSN melalui online di mybsn.com.my

Anda boleh menyemak baki akaun BSN anda secara online.

Walau bagaimanapun, pastikan anda telah mendaftar akaun online banking BSN anda dengan MyBSN. Setelah mendaftar, anda boleh login ke akaun anda.

Caranya adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web rasmi MyBSN di https://www.mybsn.com.my
  2. . Tekan MyBSN di browser anda, dan pilih pilihan yang teratas.
  3. Kemudian, anda akan tiba di laman untuk login. Pada ruangan Username, masukkan username untuk akaun anda.
  4. Kemudian, tekan butang Login.
  5. Masukkan maklumat lain seperti Online Image dan password untuk akaun anda.
  6. Pilih menu My Account.
  7. Seterusnya, pilih Account Balance.
  8. Maklumat baki anda akan tertera di skrin.

 

2. Cara semak baki akaun BSN guna SMS

  1. Pertama sekali, kunjungi mana-mana cawangan BSN yang terdekat dengan anda untuk mendaftar nombor telefon anda dengan akaun BSN anda.
  2. Kemudian, anda akan mendapat SMS yang mengandungi M-PIN serta 2 digit nombor UAC untuk mengaktifkan nombor telefon anda dengan akaun BSN anda. Nombor M-PIN ini penting untuk melakukan apa-apa urusan perbankan BSN anda secara SMS. Pastikan anda tidak mendedahkan M-PIN anda kepada orang lain.
  3. Untuk semak baki akaun BSN anda secara SMS,

Taip BAL<jarak>M-PIN, dan hantar ke 36898.

  1. Tunggu sebentar. Anda akan mendapat SMS daripada BSN, yang mengandungi baki akaun anda.

 

3. Check balance MyBSN guna ATM

  1. Pergi ke mana-mana mesin ATM yang terdekat dengan anda.
  2. Masukkan kad ATM anda pada slot yang disediakan. Pastikan slot tersebut mempunyai lampu menyala berwarna hijau sebelum anda ingin memasukkan kad ATM anda.
  3. Kemudian, masukkan nombor PIN untuk kad ATM anda.
  4. Seterusnya, menu akan tertera. Pilih Maklumat Baki, dan pilih Akaun Bank.
  5. Tunggu sehingga maklumat baki untuk akaun bank BSN anda tertera di skrin.

 

Akhir kalam

Kesimpulannya, terdapat lebih daripada satu cara semak baki akaun BSN. Jika salah satu tidak boleh, gunakan cara lain yang anda.

Sekiranya anda belum mendaftarkan nombor telefon anda, sila daftar BSN online dengan kadar segera.

Dengan mendaftar akaun online banking MyBSN, ia boleh memudahkan urusan transaksi seperti Instant Transfer BSN.

Antara contoh yang lain ialah untuk memudahkan urusan transfer duit BSN ke Maybank.

Pelbagai perkhidmatan disediakan oleh BSN, dan hanya terpulang pada anda untuk menggunakannya atau tidak dalam memudahkan urusan harian anda.

Semoga bermanfaat.

83 thoughts on “Cara Semak Baki Akaun BSN Online (Check Balance MyBSN)”

  1. Tolong semak akaun BSN saya kerana tidak boleh melihat baki dalam akaun bank BSN saya 1213841000015751

  2. Tahu mau acc BSN saya masi aktif kah atau tidak ? Sebab Duit KWSP suda masuk check total masih sama ?

Leave a Comment