Semakan Baucer BPN 2.0 (Pembayaran Tunai di BSN)

Situasinya begini. Anda tahu anda lulus BPN. Tapi akibat akaun bank tidak aktif atau tersilap isi nombor akaun bank, duit BPN tidak masuk dalam akaun bank yang sepatutnya. Anda dapat status GAGAL KREDIT. Jadi, bagaimana mahu buat semakan no baucer BPN untuk ambil secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Izinkan kami berkongsi.

Cara buat semakan baucer BPN 2.0

Berikut ialah cara untuk buat semakan baucer BPN 2.0. Apa-apa pun, sila login portal Bantuan Prihatin Nasional terlebih dahulu.

  1. Layari https://bpn.hasil.gov.my
  2. Anda kini berada di bahagian Semakan Status
  3. Masukkan Nombor MyKad di ruangan tertera
  4. Pastikan tidak masukkan dash atau sempang (-)
  5. Contohnya, jika Nombor Kad Pengenalan ialah 890505-14-5555, masukkan 890505145555 sahaja
  6. Tekan butang Cari
  7. Anda kini sudah masuk ke dalam sistem BPN untuk semakan no baucer
  8. Anda akan lihat maklumat berikut:
    • Nama
    • Fasa
    • Jumlah Bayaran
    • Status Kredit
    • Tarikh Tunai
    • Nama Tunai Bank
    • Nama Bank
    • No Akaun Bank
    • Kod Tidak Berjaya
    • No Baucar
  9. Pastikan Status Kredit ialah GAGAL KREDIT
  10. Kalau Status Kredit anda ialah BERJAYA KREDIT, anda tidak akan terima No Baucer BPN 2.0 kerana duit BPN akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank.
  11. Seterusnya, sila beri perhatian pada tulisan di bawah sekali iaitu No Baucar BPN
  12. Sila dapatkan No Baucer BPN seperti yang terpapar di situ
  13. Jika No Baucer BPN masih belum keluar, sila semak di lain hari

Untuk penerangan lebih terperinci, sila baca cara dapatkan no baucer BPN 2.0. Pastikan anda tahu tarikh bila dapat tunaikan baucer BPN 2.0.

 

Contoh semakan no baucar BPN

Berikut ialah screenshot untuk semakan no baucer BPN.

Cuma dalam contoh di bawah ini, Status Kredit ialah BERJAYA KREDIT.

Jika ada masalah, anda akan dapat lihat GAGAL KREDIT.

Seterusnya, jika GAGAL KREDIT, anda akan nampak No Baucar.

 

Akhir kalam

DIharapkan agar perkongsian cara semakan baucer BPN 2.0 ini dapat membantu anda.

Walau bagaimanapun, dalam kes-kes tertentu, jika BPN status Dalam Proses, anda perlu menunggu terlebih dahulu. Ini kerana permohonan anda sedang dalam proses semakan kelayakan oleh LHDN.

Selepas selesai proses semakan, barulah boleh buat semakan sekali lagi untuk mengetahui keputusan samada anda Lulus atau Gagal.

Kami harap anda bertenang dan bersabar menunggu keputusan kelulusan.

Jika ada rezeki, tak ke mana.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment