Semakan Bayaran BKC 2021 (Check Tarikh Pembayaran & Status)

Sekarang kita sudah masuk bulan Ogos 2021. Bagi anda yang bakal menerima bantuan BKC ini, anda mesti menunggu bila boleh semakan bayaran BKC 2021 yang diumumkan oleh Kerajaan tempohari.

Untuk yang tidak tahu, anda tidak perlu mohon BKC. Sesiapa yang layak dari golongan Miskin Tegar, B40 dan M40 akan menerima Bantuan Khas Covid ini. Hanya perlu buat semakan BKC sahaja nanti untuk mengetahui status Lulus atau Gagal.

Izinkan kami berkongsi.

1. Semakan status bayaran BKC

Berdasarkan FAQ PEMULIH Bantuan Khas Covid-19 BKC sebelum ini, kaedah semakan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Walau bagaimanapun, semakan kami mendapati bahawa semakan kini sudah boleh dilakukan melalui portal BKC yang terbaru iaitu bkc.hasil.gov.my

Hanya perlu login BKC menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan.

 

2. Berapa bayaran BKC yang bakal diterima?

Kami pecahkan mengikut kategori seperti di bawah:

Golongan Miskin Tegar

  • Bujang: RM500
  • Isi Rumah: RM1,300
  • Warga emas: RM500

Golongan B40

  • Bujang: RM200
  • Isi Rumah: RM800
  • Warga emas: RM200

Golongan M40

  • Bujang: RM100
  • Isi Rumah: RM250
  • Warga emas: RM100

 

3. Semakan duit BKC masuk dalam akaun bank (Status pengkreditan)

Sekiranya anda sudah mendapat status LULUS, mohon agar tidak terlalu happy.  Status LULUS itu bukan bermakna duit sudah masuk ke dalam akaun. Anda perlu tunggu sehingga kerajaan memasukkan duit dalam akaun bank anda melalui proses pengkreditan.

Mengikut maklumbalas pembaca, selalunya duit bantuan akan dimasukkan ke dalam akaun Bank Simpanan terlebih dahulu. Selepas itu, barulah bank-bank lain seperti Maybank, CIMB, Bank Islam, Bank Rakyat dan lain-lain lagi.

Untuk makulmat, semakan untuk BKC bujang tidak ada beza dengan golongan Isi Rumah dan Warga Emas. Kaedahnya sama sahaja.

Berikut ialah panduan untuk semak baki akaun mengikut bank:

Bank Link
Maybank / Maybank Islamic Semak baki Maybank
BSN Semak baki BSN
Bank Islam Semak baki Bank Islam
RHB / RHB Islamic Bank Semak baki RHB
Ambank / AmIslamic Bank Semak baki Ambank
Agro Bank Semak baki Agrobank
Hong Leong Bank
Affin Bank / Affin Islamic Bank Semak baki Affin Bank
Bank Rakyat
CIMB Bank / CIMB Islamic Bank Semak baki CIMB Bank
Bank Muamalat Semak baki Bank Muamalat
Public Bank /Public Islamic Bank Semak baki Public Bank

4. Kalau status LULUS, tapi Gagal Kredit BKC, perlu buat apa?

Ini adalah langkah-langkah berdasarkan pengalaman penerimaan pembayaran BKC.

Jika Status Kredit ialah ialah Gagal Kredit, ini bermakna ada masalah untuk masukkan duit ke dalam akaun bank.

  1. Sila baca cara dapatkan No Baucer BKC untuk buat penunaian di BSN.
  2. Tekan butang Kembali untuk kembali ke paparan sebelum ini
  3. Tekan butang Papar Borang untuk memaparkan keseluruhan Semakan Status ini

Secara ringkasnya, status Gagal Kredit menunjukkan bahawa tidak ada kemasukan duit BKC ke dalam akaun bank yang anda masukkan semasa permohonan tempohari.

Selain duplikasi permohonan, ada beberapa kemungkinan kegagalan kredit. Duit tidak dapat dimasukkan ke dalam bank mungkin kerana:

  • Akaun bank tidak aktif
  • Nombor akaun bank yang salah
  • Tersilap masukkan nombor akaun bank
  • Nama pemilik bank akaun tidak sama dengan nama pemohon BPN

Jangan risau sekiranya mendapat satus Gagal Kredit.

Sila dapatkan Nombor Siri dari dalam portal BKC dan pergi ke mana-mana cawangan BSN terdekat.

Anda boleh memberikan Nombor Siri dan mendapatkan duit secara tunai.

 

5. Maklumat duit masuk, tarikh pembayaran BKC

Setakat ini, masih belum ada apa-apa makluman lagi berkenaan tarikh pembayaran BKC. Apa yang kami tahu, hanyalah pada bulan akhir bulan Ogos 2021.

Kami akan terus kemaskini maklumat di laman ini.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar buat semakan status bayaran BKC sebelum pergi cucuk duit di ATM. Ini adalah untuk mengelakkan rasa kecewa.

Semoga bermanfaat.

35 thoughts on “Semakan Bayaran BKC 2021 (Check Tarikh Pembayaran & Status)”

  1. saya tharan berasal dari klang selangor….keluarga saye terjejas dri pkp….tahap yg sangat2 truk…saye kehilangan kerja hampir 2tahun lebih…hanye buat mase niew mengharap kan duit bantuan saje…..saye mohon bantuan kepada keluarga saye…..
    011-2676-6360

    Reply
  2. Assalammualaikum,saya -FAIZALUDIN BIN SHAMSUDDIN/ No-Telefon -0175631815/kad-pengenalan- 770831085035/ Akaun Bank Simpanan Nasional.apakah saya layak.Terima kasih

    Reply
  3. Saya pesara ibu tunggal, umur 63 tahun ada seorang anak 24 tahun yg sudah diberhentikan kerja masa PKP pada penggal pertama 2020. Sehingga sekarang dia masih belum lagi dapat kerja. Kami juga kemelut dalam kesusahan dan betul-betul berharap agar dapat bantuan daripada kerajaan. Terima kasih.

    Reply
  4. salam sejahtera
    sy khairul dr dungun..
    psl pkp,xada kje,xada duit xpyhlah sy huraikan..warga malay semua tahu..cuma disini nk sy kongsikan mslah yg sy berkenaan status M40 & B40..sy berusia 49thn,hampir 3thn hilang kerja tetap..mulanya kerana kesihatan isteri sy dan kmdianya akibat Covic19..oleh krna tiada sijil nikah(kawin taba.thailand)ank sy daftarkan (bsh)status bujang…baru2 ni sy ke lhdn dungun utk kemaskini..(+- 2hb july) tp yg bertugas kata tarikh dah tutup..kena tggu thn dpn..jd dgn keadaan skrg kje yg sy ada cuma psg longkang rmh pprt(lps blnja dapor)..jd rasa terkilan bila yg lain B40 dpt 1500 sdg sy cuma 100..pd yg berkait dgn masalh sy ni hrp dpt luang ckit masa cuba selesaikan setakat yg tuan2 mampu..andainya gagal jgk,xperlah..sy anggap mmg setakat itu jelah rezki utk sy…0146252009

    Reply
  5. Bile la dpt duit bkc,dah la sorng dok mnanggung mkn minum,pampers ank,susu ank..naya kan ak je duit ak asik keluar…

    Reply
  6. Suami Sy baru kehilangan kerja potong rumput di sebabkan pkp kami ade 4 cahaya mata yg masih kecil n sekolah isteri KJ parttime cleaner dengan pendapatan sebulan rm350je nk tanggung kami ank beranak tidak mencukupi dengan pendapatan isteri

    Reply
  7. MISLEADING HEADLING ON GOOGLE TAB. D KATA SNA CLICK SNI TUK SEMAK KEPUTUSAN BKC. BUT WHEN CLICKED IN WEBSITE XDA CARA PUN HANYA ‘THEORY MAYBE’. U SHOULD CHANGE THE HEADLINE TITLE THAT APPEAR ON GOOGLE. DONT MISLEAD OTHER PEOPLE BY UR TITLE. DATE OR WHEN TO SEMAK BELUM KENA UMUM. OF COURSE ALL PEOPLE WANT TO SEMAK AND WANT TO KNOW ASAP. URE JUST AMBIL KESEMPATAN TO THOSE PEOPLE. U JUST ONLY WANT TRAFFIC BY CLICKBAIT. CHANGE THE TITLE!

    JUST BE HONEST AND DONT MISLEAD PEOPLE BY UR HEADLINE TITLE. OTHER THAN THAT UR INFO CONTENT ALREADY FILL WITH GOOD INFO BUT NOT AS WHAT MENTION ON HEADLINE TITLE

    Reply
  8. Saya seorg ibu tungal trpksa berkerja patime selepas diberhentikan kerja. Untuk bayar blit sewa. Tapi bantu saya.BSH. BpR. BKSS. Sampai sekarang Blum dpt2 lg. Bila cek nma. Tak ada dlm senarian. Ada yg tak ada rekod lh.. dh 2 tahun saya kna mcm ni. Kmas kini. Mohon rayuan. Tapi tak ada jawapan pun

    Reply
  9. Saya seorg ibu tungal trpksa berkerja patime selepas diberhentikan kerja. Untuk bayar blit sewa. Tapi bantu saya.BSH. BpR. BKSS. Sampai sekarang Blum dpt2 lg. Bila cek nma. Tak ada dlm senarian. Ada yg tak ada rekod lh.. dh 2 tahun saya kna mcm ni. Kmas kini. Mohon rayuan. Tapi tak ada jawapan pun. Saya betul2 nk bantuan mcm tu

    Reply
  10. Nk buat permohonan yg baru utk bsh,bpn,bpr dan bkc pun susah….dh la yg dpt srmuanya mesti dpt bsh bru boleh dpt bantuan kerajaan yg lain…sedangkan sy tak pernah dapat bantuan apa2pun…nk mohon bantuanpun susah…macam ada double standart…yg dpt mesti yg telah dapat bsh…mcmana dengan sy yg baru nk mohon bantuan kerajaan ni…dh la susah…nk mohonpn nk kena yg dh dapat bsh…jadi mcm sy ni xkan dapat apa2 bantuan la…mohon pihak yg berwajib utk memberi jalan pada org mcm sy ni

    Reply
  11. Sy sd menerima bsh bpn baru² ini serta tambahan 500 tu . dan sy bstatus lulus menerima bantuan dr kerajaan. sy mempunyai 2org anak kecil dn se berumah tgga . dlam mnangani pandemic ini kewangan sy dn kluarga adalah tdak mncukupi d sbbkn sy tdak dpat bkerja kerna susah nk dpatkan kerja dan sy pernah bniaga sy pn tdak dpat apa² keuntungan . Jd sy mohon dgn kerajaan agar mempercpatkn bantuan ini agar sy dpat mmbli susu pampers anak sy beras pn da nk hbis makanan pn ubi shj . . . T.kasih tuan harap dpt la mringankan beban keluarga kami

    Reply
  12. Assalamualaikum…wrt..,saya tahu semuanya adalah tanggungjawab dari pihak berkuasa untuk menilai tahap kedudukan rakyat tidak mengira berpangkat @ rakyat kampungan tetapi… sekurang-kurangnya berikan satu tanda jawapan yang sahih dan tepat untuk menghulurkan berapa banyak pun bantuan rakyat tidak akan merungut oleh kerana tarikh saluran bantuan yang diberikan agak berbunga-bunga dikira boleh menyebabkan masalah kebuluran yang agak jauh di pedalaman sanggup datang ke bandar malah pulang dengan perut kosong?tentu faham apa maksudnya kan..???saya mohon penjelasan sekali lagi tolong maklumkan kepada pihak yang tidak mencukupi untuk menampung keperluan keluarga”kais pagi makan pagi kais petang makan petang”hulurkanlah dengan sejujurnya serta seikhlasnya jika anda sudah mengetahui kedudukannya miskin tegar, papa kedana,tidak ada sumber pendapatan,jangan mudah mengambil kesempatan untuk menyeleweng hak orang-orang yang amat memerlukannya bagi meringankan bebanan yang ditanggung sepenuhnya daripada penduduk kampung orang seperti saya sekarang ini.. TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN OLEH PIHAK KERAJAAN.

    Reply
  13. Woww..kebanyakan soalan/komen kat sini seperti menganggap therohani.com badan kerajaan pula. Siap ada yg bg no ic tu tanya layak ke tidak.. baca ke idok artikel tu? hahaha.. maaf saja nak sibuk di komen.

    Reply
  14. bikin kecwa Lh cimb bank ne dlm jadual pembayaran bagi B40 6.9.2021 untuk M40 9.9
    2021.saya B40 n guna no acc cimb bank. sampi sekarang masi belum ada duit masuk lagi ke acc saya dh 3hari..

    Reply
  15. Saya dari pendalaman sarawak. Sudah 4 hari awal pagi saya ulang alik pegi ke atm cimb di bandaraya untuk membuat semakan serta mengeluarkan duit bkc jika sudah masuk dlm akaun. Tetapi sangat malang bagi saya belum masuk juga miskin tegar setakat 12tgh 9hb September. Terpaksa saya datang semula ke bandaraya besok pagi. Transportasi saya sudah habis rm200. ini di katakan keluarga tiri kepada keluarga malaysia. Terima Kasih PM ismail sabri.

    Reply

Leave a Comment