Ini bukan lagi andaian. Ini bukan lagi jangkaan. Ternyata benar, kerajaan telah menyediakan satu lagi portal baharu untuk login BKC di bkc.hasil.gov.my atas tujuan semakan kelulusan dan semakan bayaran Bantuan Khas Covid.
Izinkan kami berkongsi.
Makluman:
- Pada 6 September 2021, tepat jam 12.01am, anda tidak akan boleh login lagi
- Ini kerana sistem BKC masih lagi belum dibuka sepenuhnya
- Jika sudah dibuka nanti, sila login untuk semak kelulusan BKC
- Jika lulus, buat semakan pembayaran BKC pula
- Untuk semak samada sudah dapat bayaran atau belum, join group Telegram Komuniti B40 #kitajagakita di sini: https://t.me/joinchat/dS26mOoq-64yMzM1
1. Login BKC (Terus guna direct link)
Sila ambil perhatian. Berkemungkinan besar, pautan ini akan jem sebab terlalu ramai yang cuba masuk. Nasihat kami, sila masuk pada waktu bukan puncak (contohnya 1 pagi dan ke atas) bagi mengelakkan kesesakan di bkc.hasil.gov .my
Tambahan lagi, jika anda betul-betul cuba login pada 6 September 12.01am, anda memang tidak akan dapat akses apa-apa lagi. Ini kerana pihak BKC masih lagi belum membuka sistem lagi.
Sekiranya sudah dibuka nanti, ikuti langkah-langkah yang ringkas untuk log masuk BKC seperti di bawah:
- Layari laman web rasmi BKC di sini: https://bkc.hasil.gov.my
- Namun, untuk memudahkan urusan, boleh terus guna direct link untuk Log Masuk Bantuan Rakyat di sini: https://bkc.hasil.gov.my/Account/Login
- Untuk terus buat semakan, ini satu lagi direct link untuk buat semakan: https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx
- Masukkan No MyKad anda
- Pastikan No MyKad yang dimasukkan adalah dalam 12 digit
- Isikan tanpa tanda sempang (-) atau dashÂ
- Contohnya, jika Nombor MyKad ialah 940404-14-5355, masukkan 940404145355
- Tekan butang Semak
- Sekiranya semua berjalan lancar dan tidak ada apa-apa masalah, maklumat berkenaan kelulusan dan bayaran BKC akan terpapar
2. Akaun BKC disekat?
Jika anda mempunyai kesukaran untuk login dan menerima ralat Anda telah gagal menjawab soalan keselamatan lebih dari 3 kali. Akaun anda telah disekat, janganlah panik. Apa yang anda perlu buat ialah tunggu dalam masa lebih kurang 15 minit. Selepas itu, cuba log masuk sekali lagi.
3. Masalah Log Masuk BKC
Berikut ialah antara beberapa masalah yang selalu dihadapi semasa cuba login BKC:
- Portal BKCÂ jem, tak boleh masuk
- Sila ambil maklum bahawa aliran trafik ke portal BKC mungkin sangat tinggi dan mengalami kesesakan.
- Anda mungkin tidak boleh masuk kerana terlalu ramai yang cuba login BKC dalam masa yang sama.
- Kami sarankan anda cuba akses pada waktu malam. Lebih baik lagi, jam 1 pagi dan ke atas.
- Keluar error “ID pengenalan belum didaftarkan”
- Sekiranya ini berlaku, ini bermakna anda belum pernah mendaftar BPR
- Untuk makluman, jika tidak pernah daftar BPR, anda tidak akan dapat bantuan BKC
- Kata Laluan salah
- Ada kemungkinan anda terlupa password sebelum ini.
- Jangan menggelabalh. Jika ini berlaku, sila klik link Terlupa Kata Laluan?  sebelum mencuba Log Masuk BKC
- Soalan Keselamatan akan dipaparkan, bermula dengan Soalan Pertama
- Sila jawab Soalan Keselamatan mengikut jawapan yang anda pilih semasa buat pendaftaran BPR sebelum ini
- Klik butang Seterusnya untuk soalan yang selanjutnya
- Jawab kelima-lima Soalan Keselamatan
- Ikut arahan yang diberikan sehingga selesai
Maklumat lanjut berkenaan BKC
Jika anda adalah salah seorang yang sudah baca cara login BKC, namun masih lagi mempunyai masalah untuk Log Masuk dan dalam masa yang sama ingin tahu maklumat lanjut berkenaan pendaftaran BKC, permohonan BKC, kemaskini dan lain-lain lagi, sila hubungi nombor hotline BKC di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:
- 1-800-88-2747
Anda juga boleh cuba hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:
- 03- 89111000
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian cara login BKC melalui portal bkc.hasil.gov.my ini dapat memudahkan lagi urusan anda
Semoga bermanfaat.
Selamat petang,saya adalah Encik Leong.Leong Siong Sing.Saya ingin membuat semakan permohonan BKC.No IC saya adalah 720501-14-5167