bkc.hasil.gov.my (Login, Semakan dan Rayuan BKC 2021)


Untuk makluman, link untuk buat semakan bayaran BKC ini sudah rasmi. Seperti yang dijangka, kerajaan dan LHDN akan menggunakan portal baru iaitu bkc.hasil.gov.my

Walau bagaimanapun, mungkin juga Kerajaan akan menggunakan portal bpr.hasil.gov.my sedia ada.

Kami akan kemaskini sekiranya menerima maklumat yang terbaru.

1. Portal bkc.hasil.gov.my 2021

Seperti bantuan-bantuan BR1M, BSH, BPN dan BPR sebelum ini, ada beberapa proses yang perlu dilalui oleh setiap pemohon. Dari mata kasar, nampak seperti cukup mudah. Mohon, tunggu kelulusan dan semak bayaran. Namun, hakikatnya tidak sebegitu.

Setiap proses ini akan kami jelaskan secara terperinci.

 

2. Daftar di bkc.hasil.gov.my

Berikut ialah langkah ringkas untuk mendaftar BKC. Untuk panduan lengkap, boleh rujuk cara daftar BKC yang lebih terperinci.

  1. Layari portal rasmi Bantuan Khas Covid di bkc.hasil.gov.my
  2. Isikan No MyKad
  3. Tekan butang Semak
  4. Akan keluar ralat ini “ID pengenalan anda belum didaftarkan. Sila ke halaman Daftar Akaun untuk mendaftar”
  5. Klik Daftar Akaun
  6. Anda akan dipaparkan dengan beberapa Soalan Keselamatan untuk memastikan anda adalah pemilik akaun yang sah
  7. Sila jawab semua soalan yang diberikan
  8. Antara Soalan Keselamatan tersebut ialah:
    • Soalan pertama: Apakah poskod yang telah didaftarkan?
    • Soalan kedua: Apakah nombor pengenalan pasangan anda yang telah didaftarkan?
  9. Jika soalan tidak berkaitan dengan permohonan, sila masukkan TIADA
  10. Selepas menjawab dua (2) Soalan Keselamatan ini, anda boleh teruskan proses dan cara daftar BKC
  11. Di bahagian PENDAFTARAN BKC, sila semak dan masukkan maklumat berikut:
    • Nama
    • No Pengenalan
    • Kata Kunci Keselamatan
  12. Untuk Kata Kunci Keselamatan, masukkan apa-apa sahaja kata kunci yang mudah untuk anda kenal atau identify apabila masuk login BKC nanti. Ini bukan Kata Laluan atau password.
  13. Seterusnya, anda perlu menjawab lima (5) soalan lagi yang akan diberikan
  14. Antara soalan tersebut ialah:
    • Apakah tahun kelahiran ayah anda?
    • Apakah tahun kelahiran ibu anda?
    • Apakah warna kegemaran anda?
    • Apakah haiwan kegemaran anda?
    • Apakah lagu kegemaran anda?
    • Apakah buku kegemaran anda?
    • Apakah nama panggilan anda ketika kecil?
    • Apakah sukan kegemaran anda?
    • Apakah buah kegemaran anda?
  15. Soalan dan jawapan ini penting apabila anda mahu reset password jika terlupa. Jadi, jangan main-main di bahagian ini.
  16. Sila screenshot dan simpan untuk rujukan akan datang
  17. Tekan butang Teruskan
  18. Sekarang, masukkan Kata Laluan
  19. Untuk kekuatan password yang tinggi, masukkan gabungan huruf kecil, huruf besar, nombor dan simbol; sehingga indikator di bawah itu bertukar menjadi hijau
  20. Seterusnya, tekan butang Daftar
  21. Akan keluar makluman “Akaun telah berjaya didaftarkan. Sila ke halaman Log Masuk untuk ke menu BKC”
  22. Pendaftaran BKC selesai

 

3. Login bkc.hasil.gov .my

Selepas daftar, baru login Log masuk. Ikuti panduan ringkas untuk login BKC seperti di bawah:

  1. Layari laman utama portal rasmi BKC Hasil 2021 di https://bkc.hasil.gov .my
  2. Isikan No MyKad
  3. Tekan butang Semak
  4. Jika tidak ada apa-apa masalah dalam proses BKC login, anda akan boleh Log Masuk ke dalam sistem

Selepas login BKC, anda boleh melakukan pelbagai perkara. Antaranya ialah:

  • Buat permohonan BKC
  • Kemaskini BKC
  • Rayuan BKC
  • Semakan BKC, samada untuk status kelulusan dan status pembayaran

 

4. Mohon BKC melalui bkc.hasil.gov.my

Selepas daftar dan login, barulah mudah untuk buat permohonan BKC.

Sila ikuti langkah-langkah di bawah yang ringkas untuk buat proses permohonan baru BKC. Rujuk cara mohon BKC untuk panduan yang lebih terperinci.

  1. Layar laman web rasmi BKC di sini: https://bkc.hasil.gov.my
  2. Untuk direct link Permohonan Baru, boleh terus klik sini: https://bkc.hasil.gov.my/PermohonanBKC.aspx
  3. Permohonan BKC ini terbahagi kepada 3 bahagian yang boleh dilihat di bahagian atas laman iaitu:
    • Permohonan
    • Pengesahan
    • Hantar
  4. Kita mulakan dengan bahagian Permohonan terlebih dahulu
  5. Untuk bahagian yang pertama iaitu Permohonan, sila lengkapkan Maklumat Pemohon seperti berikut:
    • No MyKad (tekan butang Semak untuk sahkan Nombor Kad Pengenalan)
    • Nama
    • Umur
    • Jantina
    • No Telefon Rumah
    • No Telefon Bimbit
    • Pekerjaan
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon dan Pasangan)
    • Status Perkahwinan
    • Alamat
    • Poskod
    • Negeri
    • Bandar
    • Nama Bank
    • No Akaun Bank
    • Alamat Emel
  6. Masih lagi di bahagian Permohonan, anda dikehendaki muat naik atau upload Dokumen Sokongan seperti:
    • Sijil Kahwin
    • Sijil Cerai
    • Sijil Kematian Pasangan
    • Pengesahan Pasangan
    • Pengesahan Bank
  7. Seterusnya, tekan butang Muat Naik
  8. Untuk Maklumat Wakil, pilih salah satu:
    • Ada Wakil
    • Tiada Wakil
  9. Kita mulakan dengan bahagian Permohonan terlebih dahulu
  10. Tekan butang Teruskan
  11. Sekarang, anda berada di bahagian Pengesahan
  12. Akan ada mesej “Untuk teruskan proses permohonan, sila isi Captcha dan tandakan pengakuan untuk paparkan bahagian Simpan / Hantar”
  13. Masukkan Captcha seperti yang tertera
  14. Klik Sahkan Captcha
  15. Di bahagian Akuan Pengesahan, sila tick ruangan tersebut
  16. Ini bermaksud anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
  17. Klik butang Hantar jika anda bersetuju dengan syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan
  18. Permohonan BKC 2021 sudah selesai

 

Macam mana nak tahu permohonan BKC diterima?

Jika sudah berjaya Log Masuk, teruskan dengan panduan di bawah untuk melihat status semakan samada permohonan BKC telah dihantar dan diterima:

  1. Setelah berjaya Log Masuk, anda akan dapat lihat paparan “Selamat Datang, NAMA ANDA”
  2. Contohnya, “Selamat Datang, MUHAMMAD FAIZAL BIN RAHIM”
  3. Anda akan lihat butang-butang berikut:
    • Profil
    • Semakan Status
    • Kemaskini Permohonan
    • Cetakan
    • Peti Mel
    • Maklum Balas
  4. Tekan butang Peti Mel
  5. Tekan perkataan Surat di bahagian atas
  6. Kini anda akan dapat lihat Senarai Surat
  7. Anda akan dapat lihat Subjek Permohonan BKC 2021
  8.  Tekan Permohonan BKC 2021
  9. Akan keluar contoh paparan seperti ini
    • “Dengan ini permohonan anda telah berjaya dihantar. Sila rujuk BKC untuk semakan permohonan:Nombor MyKad Pemohon: 880202-01-5555
      Nama Pemohon: MUHAMMAD FAIZAL BIN RAHIM
      Tarikh & Masa: 27/07/2021 15:30 PM”
  10. Semakan permohonan dihantar / diterima oleh LHDN sudah selesai

 

5. Kemaskini melalui bkc.hasil.gov.my

Sila ikuti langkah-langkah ringkas di bawah untuk buat proses kemaskini BKC. Untuk yang lebih terperinci, rujuk cara kemaskini BKC.

  1. Layari laman utama portal rasmi untuk login BKC di sini: https://bkc.hasil.gov.my
  2. Tekan pautan Log Masuk pada bahagian Menu atas sebelah kanan
  3. Masukkan No MyKad iaitu Nombor Kad Pengenalan anda
  4. Tekan butang Semak
  5. Akan keluar soalan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”
  6. Jika yang terpapar ialah kata kunci anda, tekan Ya
  7. Masukkan Kata Laluan anda
  8. Tekan butang Log Masuk
  9. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan dapat Log Masuk ke dalam sistem
  10. Akan terpapar beberapa butang yang anda dapat lihat:
    • Profil
    • Semakan Status
    • Kemaskini Permohonan
    • Cetakan
    • Peti Mel
    • Maklum Balas
  11. Untuk update, tekan Kemaskini Permohonan
  12.  Sila kemaskini sekiranya ada maklumat diri anda yang sudah berubah dari sebelum ini
  13. Maklumat yang paling selalu berubah ialah:
    • Nombor Akaun Bank
    • Status Perkahwinan
    • Nombor Telefon
    • Maklumat Anak

 

6. Rayuan BKC

Rayuan BKC ini hanya untuk pemohon yang ditolak pada awalnya kerana tidak menepati kriteria. Rayuan Bantuan Khas Covid ini juga adalah untuk mana-mana individu yang mendapat status TIDAK LULUS setelah buat semakan BKC.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk rayuan BKC. Untuk langkah-langkah ringkas, rujuk seperti di bawah:

  1. Layari laman web rasmi BKC di sini: bkc.hasil.gov.my
  2. Klik pautan Log Masuk
  3. Isikan No MyKad dalam ruangan yang disediakan
  4. Tekan butang Semak
  5. Sahkan kata kunci keselamatan anda
  6. Jika ya, klik butang Ya
  7. Jawab semula SOALAN KESELAMATAN yang dipaparkan
  8. Tekan butang Teruskan
  9. Setelah berjaya masuk ke dalam portal MyBKC, klik butang Semakan Status
  10. Sila pastikan status adan adalah TIDAK LULUS
  11. Teruskan dengan tekan butang Permohonan Rayuan
  12. Tunggu status menunjukkan Berjaya
  13. Klik Papar Rayuan untuk melihat rayuan yang telah dihantar sebentar tadi
  14. Ambil gambar dan simpan untuk rujukan pada masa akan datang

 

7. Semakan BKC (Permohonan LULUS / GAGAL)

Untuk panduan lebih lanjut, sila rujuk semakan BKC bagi golongan Miskin Tegar, B40 dan M40. Semakan untuk golongan BKC bujang adalah sama sahaja dengan golongan Isi Rumah dan Warga Emas.

Untuk langkah-langkah ringkas, rujuk seperti di bawah:

  1. Seperti biasa, sila Log Masuk bkc.hasil.gov.my terlebih dahulu. Tekan butang Semakan Status
  2. Jika anda berstatus LULUS, anda akan dapat lihat paparan lain bahagian pertama iaitu:
    • BKC
      • Ada butang Maklumat BKC. Boleh muat turun maklumat tersebut.
    • Amaun Keseluruhan BKC Diterima
      • Contohnya RM800.00
  3. Jika anda berstatus LULUS, anda akan dapat lihat paparan lain bahagian kedua iaitu:
    • Jadual Bayaran
      • Ada butang Maklumat Bayaran BKC. Boleh muat turun maklumat tersebut.
    • Paparan jika anda tidak download adalah seperti berikut:
      • Tarikh Kredit
      • No. Pengenalan Akaun Dikredit
      • Fasa
      • Jumlah Dikredit
      • Status Kredit
      • Nama Bank
      • No Akaun
      • Kod Tidak Berjaya
      • Nombor Siri
      • Tarikh Tunai
  4. Jika anda berstatus GAGAL, anda akan dapat lihat paparan kod tidak lulus / gagal
  5. Untuk mengetahui samada duit BKC sudah masuk atau belum, pastikan Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Berjaya Kredit
  6. Jika Status Kredit dalam Jadual Bayaran adalah Gagal Kredit, sila baca cara dapatkan No Baucar BKC untuk tebus di BSN.
  7. Tekan butang Kembali untuk kembali ke paparan sebelum ini
  8. Tekan butang Papar Borang untuk memaparkan keseluruhan Semakan Status ini

 

8. Semakan bayaran BKC 

Semakan pembayaran BKC boleh dibuat melalui bank masing-masing. Anda perlu menyemak baki dalam akaun dan memastikan duit BKC sudah masuk selepas tarikh pembayaran BKC diumumkan.

Sila baca berkenaan semakan bayaran BKC untuk maklumat lebih lanjut.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian berkenaan portal bkc.hasil.gov.my ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk membuat kemaskini Bantuan Khas Covid yang terbaru ini..

Semoga bermanfaat.

39 thoughts on “bkc.hasil.gov.my (Login, Semakan dan Rayuan BKC 2021)”

  1. 1).Gaji potong 30% dari majikan.
    2).April 1/4/2021 dapat kerja baru.
    3).pendapatan isi rumah kurang.
    4).Isteri tidak kerja .
    5).Basic rate RM 2,240.00 di potong 30% jadi RM 1,568.00.

    Reply
  2. Saya chew kim lan K/p 580905086050 sudah buat banyak rayuan tapi selalu tak lulus “ada kedai” terkejut …tak pernah ada gaji sesen abang taruh nama saja kini tiada bekerja nak bayar bil utility bayar bank instalment rumah pun nak buat pinjaman dulu BN dapat bantuan kini 3 tahun tukar kerajaan tak dapat banyak susah hati ….terima kasih sudi dengar

    Reply
  3. Sy pun Tak dapat bantuan knp suami sy org bagaldis kej Tak Ada apa pun Tak Ada sy guna duit kwsp sy shj itu mkn mkn rmh Tak mapu bayar 4 blh Susah anak 2 org keci lagi Allah shj blh tlg amii….

    Reply
  4. Saya dh buat rayuan bpr bgi pengesahn prkhwinan..tpi smpai skrg stay tidak lulus..dlm keadaan covid ni sya dn suami trjejs dn kne kuarantin 2minggu..duit pmblnjaan xde..dn gji suami sikit..sya suri rumh..sya hrp rayuan sy diterima.

    Reply
  5. Saya tiada harta dan sudah 3 tahun buat permohonan tidak juga di layani dgn alasan permohonan saya tidak lengkap. Sebab saya tidak lengkapkan nama isteri dan surat perkhawinan. ? Sila jelaskan. Makasi.

    Reply
  6. Kenapa ini semua jika kerajaan betul membantu atau membuat rakyat pusing2 dalam lamanan web bkc yg tidak boleh kemaskini dan menggambil masa yg lama utk masuk .saya mempunyai dua org anak kehilangan kerja sudah satu tahun tapi yg di tunjukan dalam profile seorang shj bila log masuk ke laman web selalu suruh tukar password apa portal bkc ini menyusahkan shj .kami nak tahu lulus atau tidak shj kenapa susah sangat.
    ??????

    Reply
  7. Kenapa saya di bayar bujang sedangkan saya ni dah kahwin…bpr saya dapat kahwin pelik lah dengan lhdn ni dia semakan mcm mna hari tu lulus 800 lps dibayar 200 je keseluruhan adakah ini pemainan

    Reply
  8. Assalamualaikum.. Macam mana saya terlupa kata laluan nak semak status bkc3 tak dapat.. Ada cara lain tak nak cek status duit masuk ke belum

    Reply

Leave a Comment