Semakan BKC 2021 (Check Pembayaran & Status Kelulusan Online)


Sudah masuk bulan Ogos 2021, tapi masih lagi belum ada bayang-bayang tentang tarikh bayaran BKC dan status duit yang bakal masuk. Bila boleh buat semakan BKC untuk mengetahui status kelulusan bagi yang layak dan juga bayaran?

Izinkan kami berkongsi.

1. Semakan status kelulusan BKC

Seperti BPR dan BSH, semua bantuan-bantuan kerajaan akan melalui fasa kelulusan dahulu. Walau bagaimanapun, memandangkan BKC ini adalah untuk insan terpilih sahaja, tidak diketahui samada perlu buat semakan untuk mengetahui status lulus atau gagal.

 

2. Semakan status bayaran BKC

Mengikut PDF FAQ PEMULIH Bantuan Khas Covid-19 BKC, individu yang layak tidak perlu mohon BKC. Perenggan terakhir di dalam PDF tersebut menyatakan bahawa cara-cara untuk buat semakan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Tidak dinyatakan samada semakan untuk kelulusan atau semakan bayaran BKC.

Kebiasaannya, maklumat status LULUS adalah bersekali dengan maklumat pengkreditan duit ke akan bank penerima.

Kita tunggu pengumuman dari Kerajaan berkenaan perkara ini.

 

3. Berapa jumlah amaun bantuan BKC yang akan diterima?

Amaun bantuan BKC adalah mengikut kategori:

Golongan Miskin Tegar
  • BKC Bujang: RM500
  • BKC Isi Rumah: RM1,300
  • BKC Warga emas: RM500
Golongan B40
  • BKC Bujang: RM200
  • BKC Isi Rumah: RM800
  • BKC Warga emas: RM200

 

Golongan M40
  • BKC Bujang: RM100
  • BKC Isi Rumah: RM250
  • BKC Warga emas: RM100

 

4. Cara bantuan BKC dibayar mengikut kategori

Memandangkan tidak ada fungsi kemaskini, penerima akan menerima bantuan BKC dalam bentuk wang tunai dengan cara berikut:

Golongan Miskin Tegar
  • Pembayaran terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan BPR 2021
Golongan B40
  • Pembayaran terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan BPR 2021
Golongan M40
  • Pembayaran terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam rekod percukaian dengan LHDN

 

5. Semakan pembayaran BKC ke dalam akaun bank

Sama seperti bantuan-bantuan terdahulu, jika anda mempunyai akaun bank yang aktif, duit bantuan akan terus dimasukkan terus ke dalam akaun bank.

Senarai bank-bank tempatan adalah seperti berikut:

  • Maybank
  • BSN
  • Bank Islam
  • RHB Bank
  • Ambank
  • Agro Bank
  • Hong Leong Bank
  • Affin Bank
  • Bank Rakyat
  • CIMB Bank
  • Bank Muamalat
  • Public Bank
  • Alliance Bank

 

5. Ada pertanyaan tentang BKC?

Dek kerana tiada laman web rasmi yang khusus untuk BKC, kami mengandaikan bahawa segala pertanyaan boleh diajukan Hotline BPR di talian berikut:

  • 1800 88 2747

 

 

Akhir kalam

Diharapkan agar membuat semakan status bayaran BKC sebelum pergi keluarkan duit di ATM. Pastikan betul-betul duit sudah masuk ke dalam akaun bank untuk mengelakkan kekecewaan.

Semoga bermanfaat.

21 thoughts on “Semakan BKC 2021 (Check Pembayaran & Status Kelulusan Online)”

  1. kenapa duit BKC belum lagi masuk ke account BSN saya?bila check kat semakan status lhdn berjaya kredit siap nama bank,account nombor dan semua data-data jg lengkap tapi bila check kat bank tidak ada pun duit yang masuk.

  2. Knpa gara2 isteri sy penerima gkp, sy dh jadi status (x layak)
    Bpr dan Bkc langsung x dapat!!?? ada kah maksud status gagal @ x layak ni x blh buat rayuan lagi?? Berapa lah sgt duit g.k.p
    tu smpaikn golongan B40
    x layak.. bkn semua penerima gkp ni org kaya!!!??

  3. bantuan bkc rm500 sudah masok akaun saya ke nama saya zakaria bin nyusuf semak status bayaran tambahan rm500 bila masok akaunbank

  4. saya cuba nak login untuk menyemak status pembayaran tapi tak boleh login,saya diminta untuk buat kan kata laluan yang baru,sya dah buat tapi hasil nya tak dapat login juga.

  5. Kenapa saya tak dapat bkc?
    Sedang kan saya masih tiada isteri yg meninggal dunia dah lebih 10 tahun lebih,tahrikh semua lengkap saya bagi tapi gagal tak lulus, dah 4 bulan lebih saya tak dapat

  6. Saya tidak dapat pon bkc..byk kali dah cuba masih tak dpt juga..bpr dulu pun sekali je dapat lepas tu tak dapat juga bkc ni pon susah nak dpt..

  7. Kenapa,status saya lulus bkc,,
    Tapi bila sye chek, tak ada pon, tak di kredit pon dalam acc saya,

Leave a Comment