Cara Semak Baki Akaun CIMB Online (Check Balance di cimbclicks.com.my)

Untuk melihat berapa banyak duit tinggal dalam akaun, jemput ikuti cara semak baki akaun CIMB Bank ini. Boleh check balance di cimbclicks.com.my.

Izinkan kami berkongsi.

1. Cara semak baki akaun CIMB online banking (cimbclicks.com.my)

Berikut ialah cara untuk buat semakan baki duit dalam akaun CIMB Bank secara online:

  1. Layari laman web rasmi CIMB Bank online banking di sini: https://www.cimbclicks.com.my
  2. Tekan butang Login to Clicks di bahagian atas sebelah kanan
  3. Sebagai alternatif, anda juga boleh klik direct link ini: https://www.cimbclicks.com.my/clicks/
  4. Isikan ruangan Enter User ID
  5. Tekan butang Login
  6. Sahkan perkataan yang terpapar, samada ia adalah sama dengan perkataan yang anda cipta semasa daftar CIMB Clicks suatu masa dahulu
  7. Jika betul, sila tick Yes, this is my SecureWord
  8. Isikan ruangan Enter Password
  9. Tekan butang Login
  10. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan dapat masuk ke dalam sistem perbankan online CIMB Clicks
  11. Seterusnya, akan ada beberapa paparan menu di sebelah kiri:
    • My Dashboard
    • My Accounts
    • Pay & Transfer
    • Top Up
    • Apply & Invest
    • Rewards
    • Services
  12. Klik My Accounts
  13. Anda akan berada di bahagian My Accounts Overview
  14. Akan ada paparan mengikut jenis akaun yang anda ada dengan CIMB Bank. Antaranya ialah:
    • Deposits
      • Current / Savings
      • Fixed Deposits / FRIA-i / Investment Accounts-i
    • Credit Cards
  15. Baki untuk setiap akaun akan ada di bahagian kanan
  16. Selesai

 

2. Cara semak baki akaun CIMB Bank guna aplikasi CIMB Clicks Malaysia

Aplikasi ini adalah untuk pengguna iPhone dan Android.

  1. Install dan download CIMB Clicks Malaysia melalui Apple App Store atau Google Play Store
  2. Buka aplikasi CIMB Clicks Malaysia
  3. Isikan User ID
  4. Isikan Password
  5. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan boleh masuk ke dalam siste Internet banking CIMB Bank
  6. Seterusnya, anda akan melihat beberapa menu di sebelah kiri seperti:
    • DuitNow QR
    • Top Up
    • Payments
    • Transfer
    • Accounts
    • Apply
    • Invest
    • Insights
  7. Klik Accounts
  8. Baki duit CIMB Bank anda akan terpapar di sini
  9. Selesai

 

3. Bolehkah buat semakan baki akaun CIMB Bank melalui SMS?

Kami berusaha gigih membuat carian di Google dan laman web rasmi CIMB Bank untuk mencari jawapan kepada persoalan ini. Lebih menyedihkan, keputusan carian dari laman web lain ternyata misleading tak tidak memberikan panduan sebenar.

Jadi, kami sarankan anda gunakan kaedah semakan secara online seperti yang dikongsikan di atas.

 

4. Ada masalah untuk check balance di CIMB Bank melalui cimbclicks.com.my?

Sekiranya anda mempunyai kesukaran untuk login CIMB Clicks mahupun tidak jumpa cara untuk semak baki akaun CIMB Bank, boleh hubungi CIMB Bank Consumer Call Centre di talian berikut:

  • 03-6204 7788
  • Talian ini dibuka setiap hari, 24 jam, 7 hari seminggu

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian cara semak baki akaun CIMB Bank secara online di cimbclicks.com.my dan menggunakan aplikasi CIMB Clicks Malaysia ini akan memudahkan lagi urusan perbankan anda.

Selain check balance, anda juga boleh melakukan urusan-urusan perbankan yang lain seperti tukar password CIMB Clicks, permohonan untuk tukar no telefon CIMB Clicks. dan juga cara semak baki loan kereta CIMB.

Semoga bermanfaat.

4 thoughts on “Cara Semak Baki Akaun CIMB Online (Check Balance di cimbclicks.com.my)”

Leave a Comment