Cara Semak Baki Akaun Public Bank Online (Check Balance di pbebank.com)

Kalau ada orang bank in duit Public Bank kita, mesti kita mahu tahu bila akan masuk bukan? Pasti mahu tahu berapa banyak duit yang masih berbaki. Jadi, kalau nak check balance, jemput ikuti cara semak baki akaun Public Bank ini.

Izinkan kami berkongsi.

1. Cara semak baki akaun Public Bank online banking (pbebank.com)

Berikut ialah cara untuk buat semakan baki duit dalam akaun Public Bank secara online:

  1. Layari laman web rasmi Public Bank online banking di sini: https://pbebank.com
  2. Klik butang Login di menu bahagian atas sebelah kanan
  3. Butang Login ini berwarna merah
  4. Akan keluar beberapa pilihan iaitu:
    • PBe
    • PB enterprise
    • Share Trading
    • PBe QR
  5. Klik PBe
  6. Isikan ruangan User ID
  7. Tekan butang Next
  8. Lihat Personal Login Phrase yang terpapar
  9. Jika Personal Login Phrase itu betul, pilih Yes
  10. Isikan ruangan Password
  11. Tekan butang Login
  12. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan masuk ke dalam sistem online banking PBe
  13. Seterusnya, akan ada beberapa paparan pilihan:
    • ACCOUNT
    • FUND TRANSFER
    • PAYMENT
    • INVESTMENT
    • PROFILE MAINTENANCE
    • E-STATEMENT REGISTRATION
    • EQUITY SEARCH
    • MAILBOX
    • CONTACT US
  14. Klik ACCOUNT
  15. Anda akan berada di bahagian Account Summary
  16. Akan ada paparan berikut:
    • Account No
    • Account Type
    • Currencty
    • Available Balance
    • Current Balance
  17. Lihat Available Balance untuk melihat baki yang ada
  18. Available Balance ialah baki jumlah duit yang anda boleh keluarkan sekarang
  19. Lihat Current Balance untuk melihat baki semasa anda
  20. Current Balance ialah baki jumlah duit yang masih lagi dipegang oleh bank dan belum masuk lagi ke dalam akaun kita
  21. Selesai

 

2. Cara semak baki akaun Public Bank guna aplikasi PB engage MY

Aplikasi ini adalah untuk pengguna iPhone dan Android.

  1. Install dan download PB engage MY melalui Apple App Store atau Google Play Store
  2. Buka aplikasi PB engage MY
  3. Isikan User ID
  4. Isikan Password
  5. Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan boleh masuk ke dalam siste Internet banking Public Bank
  6. Seterusnya, anda akan melihat beberapa menu di sebelah kiri seperti:
    • Home
    • Account
    • Fund Transfer
    • Payment
    • Prepaid Top-up
    • Cheque Management
    • Language
    • Contact Us
    • Calculator
  7. Klik Account
  8. Klik Savings & Current Account
  9. Baki duit Public Bank anda akan terpapar di sini
  10. Selesai

 

3. Bolehkah buat semakan baki akaun Public Bank melalui SMS?

Kami telah membuat carian di Google dan laman web rasmi Public Bank untuk mencari jawapan kepada persoalan ini.

Namun, tidak menjumpai langkah-langkah untuk menyemak baki akaun menggunakan SMS.

Kami sarankan anda gunakan kaedah semakan secara online seperti yang dikongsikan di atas. Apa-apa pun, kalau belum mendaftar, sila rujuk cara daftar Public Bank online.

 

4. Ada masalah untuk check balance di PBe Bank?

Sekiranya anda mempunyai kesukaran untuk login PBe Public Bank mahupun tidak jumpa cara untuk semak baki akaun Public Bank, boleh hubungi PBe Internet Banking Customer Support di talian berikut:

  • 03-2179 9999
  • Talian ini dibuka setiap hari dari 6 pagi sehingga 12 tengah malam

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian cara semak baki akaun Public Bank secara online di pbebank.com dan menggunakan aplikasi PB engage MY ini akan memudahkan lagi urusan perbankan anda.

Semoga urusan-urusan perbankan seperti Instant Transfer Public Bank ke bank-bank lain ataupun bayar loan kereta Public Bank dipermudahkan.

Semoga bermanfaat.

2 thoughts on “Cara Semak Baki Akaun Public Bank Online (Check Balance di pbebank.com)”

Leave a Comment