Izinkan kami buat andaian bahawa anda berhajat untuk membuat pengeluaran duit EPF Akaun 1 yang telah dibenarkan oleh kerajaan melalui inisiatif terbaru iaitu iSinar. Jadi, anda kini hanya mahu tahu link i-Sinar login untuk buat daftar i-Sinar dan seterusnya mohon i-Sinar KWSP.
Anda juga boleh Log Masuk i-Sinar portal untuk buat semakan selepas buat permohonan. Penting jika mahu tahu i-Sinar bila masuk dalam akaun bank. Ini kerana tarikh bayaran i-Sinar adalah sama sahaja untuk setiap pemohon. Tidak ada beza. Cuma cepat atau lambat sahaja.
Apa-apa pun, di bawah ini ialah perkongsian pautan dan juga cara untuk login i-Sinar.
Cara login i-Sinar portal (direct link)
Portal i-Sinar di https://isinar.kwsp.gov.my kini sudah dibuka.
Sila ikuti langkah-langkah yang ringkas seperti di bawah:
- Layari direct link untuk Log Masuk i-Sinar KWSP di sini: https://isinar.kwsp.gov.my
- Ada beberapa bahagian yang tertera seperti:
- PERMOHONAN
- PANDUAN PENGGUNA
- SEMAK STATUS
- Jika anda masih lagi belum daftar iSinar dan seterusnya mohon iSinar, sila isikan bahagian PERMOHONAN
- Boleh rujuk PANDUAN PENGGUNA bergambar yang disediakan oleh pihak KWSP
- Sekiranya anda sudah mendaftar dan buat permohonan i-Sinar, boleh terus klik SEMAK STATUS untuk melihat status kelulusan dan pembayaran.
- Walau bagaimanapun, pautan ini masih belum dibuka.
- Sila login i-Sinar untuk buat semakan status pada 4 Januari 2021 nanti.
Maklumat tambahan mengenai i-Sinar
- Sebelum dibenarkan membuat pengeluaran i-Sinar, anda pelru menghabiskan jumlah pengeluaran maksimum i-Lestari terlebih dahulu.
- Jika anda mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), anda akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.
- Jika anda mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), anda akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian cara login i-Sinar ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk membuat pendaftaran, permohonan dan pengeluaran duit EPF.
Hanya sedikit sahaja nasihat kami kepada semua pemohon-pemohon i-Sinar ini. Simpan duit elok-elok dan jangan membazir. Kalau perlu, kurangkan perbelanjaan dalam musim pandemik Covid-19 ini.
Insya Allah, dipermudahkan segala urusan.
Bagi yang terlupa nombor KWSP, jemput baca cara check KWSP guna no IC. Untuk lebih mudah, gunakan i-Akaun sahaja kerana anda juga boleh check penyata KWSP terkini secara online.
Terakhir, jika layak, anda juga boleh baca panduan BPR login yang baru dalam #bajet2021. Anda juga boleh dapatkan maklumat berkenaan Bantuan Prihatin Rakyat seperti cara daftar BPR dan cara mohon BPR.
Sekiranya semuanya berjalan lancar, jangan lupa baca cara check status i-Sinar. Sila juga baca cara kemaskini i-Sinar jika perlu.
Semoga bermanfaat.
Carian dari Google:
- i sinar
- kwsp login
Baki simpanan
Bagaimana cara mohon i-sinar on line menggunakan may kad
salam…
boleh ke memohon i sinar melalui pautan i akaun yg sudah berdaftar..???
adakah pautan i sinar d dlm akaun tersebut?
Bagaimana jikalau Kita sudah membuat pendaftaran I sinar tapi ingin membuat pembatalan,
Ini kerana amount Yang dipilih terlalu kecil Dari had maximum
Bagaimana sekiranya semasa memohon tetapi tersalah masukan email.
Saya tersalah masuk Amaoun
Bagaimana nak buat pembatalan pmohon i sinar..saya salah letak amaun..
Saya nak batalkn pmohonan i sinar..
Saya tersalah masuk amaun,mcam mana nak isi amaun lagi
Boleh call pejabat kwsp..kalau tersalah masukkan amaun
i would like to withdraw isinar
no comment
Saya tersalah masuk amaun bayaran pertama terlalu rendah,boleh tukar kepada maximum?
Saya dah cuba untuk daftar i sinar.dah banyak kali saya cuba.tapi kenapa nombor otp sampai sekarang saya belum dapat lagi.
Saya tukar no telfon,tak boleh daftar i sinar kena pergi pejabat kwsp ke mcm mana ya
KWSP,Saya tersalah masuk amaun.Saya hendak tukar amoun kepada 10k.sebab dalam system maksimum pilihan hanya 5k.
Saya tersilap amaun ,boleh tukar
Sy ada buat pengeluaran isinar. Sy cek telah lulus wang masuk sblum 14 Jen. Sy cek dlm akaun belum msuk lg yg sama tarikh semua dh msuk
Saya tersalah amaun macam mana nak tukar
Says buat permohonan tp retails masukkn jumlah pengeluaran n. Bolehkh tukar amaun kpd maksimum
Kata sebelum 15hb , harini dah 14 still takde , haih penat menunggu , nak guna utk keperluan ni
Asmkm..bgaimana cara nk wt kluar kwsp yg 10.000 tu ea..dah wt dah tpi x blh..sbb srh daftar nmbr fon kt pjbt kwsp..dah musim pkp ni