Kalau anda sudah mohon iSinar, tentu mahu tahu bila boleh dapat duit bukan? Namun, sebelum itu, izinkan kami berkongsi cara check status i-Sinar terlebih dahulu.
Anda perlu sahkan bahawa permohonan anda sudah mendapat kelulusan. Jika tidak lulus, anda tidak boleh dapat duit tersebut.
Cara check status i-Sinar
Berikut ialah cara untuk check status i-Sinar melalui portal i-Sinar.
- Layari laman web rasmi iSinar KWSP di sini: https://isinar.kwsp.gov.my
- Pergi ke bahagian bawah sekali
- Lihat butang SEMAK STATUS
- Sila ambil maklum bahawa butang SEMAK STATUS ini hanya akan mula aktif pada 4 Januari 2021
Semakan pembayaran iSinar
Anda perlu tahu, kelulusan itu satu hal. Manakala, pembayaran pula adalah satu hal yang lain.
Jika anda lulus permohonan iSinar, anda boleh jangkakan pembayaran mengikut tarikh yang telah ditetapkan mengikut kategori; samada Kategori 1 atau Kategori 2.
Jika anda tidak lulus permohonan iSinar, kami tidak pasti pula prosedurnya. Kami harap, KWSP akan membuka rayuan bagi mana-mana pemohohon yang mendapat status tidak lulus.
Boleh kemaskini iSinar?
Jika anda salah seorang yang tersilap masukkan jumlah amaun pengeluaran semasa permohonan tempohari, tidak ada cara untuk kemaskini semula.
KWSP telah memaklumkan bahawa anda perlu berhati-hati semasa membuat permohonan. Sila baca cara kemaskini i-Sinar untuk penerangan lebih lanjut.
Maklumat lanjut berkenaan iSinar
Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai iSinar yang masih belum ada jawapan, sila hubungi iSinar HOTLINE di taian berikut:
- 03-8922 4848
- Beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan)
- Dibuka dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.
Talian ini akan dibuka bermula 21 Disember 2020.
Akhir kalam
Bagi yang masih lagi belum memohon iSinar, tidak perlu tergesa-gesa untuk apply i-Sinar. Tak perlu ikut orang lain. Ini kerana permohonan adalah dibenarkan selama 6 bulan. Jadi, buat apa terburu-buru?
Kami nasihatkan agar anda rancanglah pengeluaran duit KWSP anda. Didoakan agar semua urusan pengeluaran iSinar berjalan lancar.
Semoga bermanfaat.
Chek pengeluaran i sinar
Harap lulus dan dikreditkan segara
My kwsp duai boleh masuk bank bsn akaun saya
Terima kasih i sinar
Lgi 2 hri genap sdh 1 bulan permohonan i-sinar KWSP tapi msih jga ‘PERMOHONAN DALAM PROSES’ dri 11hb Januari Sya sdh hntar permohonan…1 bln sdh msih dlm proses…
Knp saya pnya i sinar tk msuk lg
Bile nk I sonar saya nak IN niee…lambat nyeeee🤕🤕🤕🤕🤕🤕🤕🤕
My kwsp duai boleh masuk bank bsn akaun saya
Kenapa i-sinar tak masuk lagi dalam akaun bank saye lagi
Bila masuk ya eee
Bila masuk 10,000 tanggal berapa tunggu
Bila masuk duit i sinar ni
Assalamualaikum..selamat petag.kenapa saya punya sinar belum masok lagi.
My kwsp duai boleh masuk bank bsn akaun saya