Adakah anda antara orang yang tak sabar-sabar dan selalu ingin tahu duit i-Sinar bila masuk akaun bank? Jangan bimbang, duit tetap masuk. Cuma perlu login i-Sinar dan semak tarikh bayaran i-Sinar dahulu.
Izinkan kami berkongsi berkenaan bila dapat duit i-Sinar seperti di bawah.
Kandungan
Duit i-Sinar bila masuk?
Menurut sumber Berita Harian, pembayaran bulan pertama iSinar berjumlah RM10.07 bilion.
Kategori 1
Kategori 1: 11 Januari 2021
Pembayaran iSinar untuk Kategori 1 ini akan dibuat secara berperingkat bermula 5 Januari 2021. Dikatakan bahawa tarikh sebenar ialah 11 Januari 2021. Namun, ramai yang berkongsi bahawa duit iSinar sudah masuk dalam akaun.
Kategori 2
Kategori 2: Pertengahan Februari 2021
Pembayaran iSinar untuk Kategori 2 pula belum dimuktamadkan lagi. Namun, mengikut sumber KWSP, tarikh bayaran dijangka pada pertengahan Februari 2021.
Bagi mana-mana permohonan yang masih belum diluluskan, anda sebenarnya berada di dalam kriteria Kategori 2. Anda perlu buat permohonan semula apabila dibuka secara rasmi untuk Kategori 2 pada 11 Januari 2021.
Jangan terlalu taksub tentang bila duit i-Sinar masuk. Mohon dahulu. Itu lebih penting.
Duit iSinar masuk bank mana?
Sila ambil perhatian bahawa KWSP tidak akan memberikan wang tunai untuk tujuan pembayaran iSinar. Duit anda akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang anda pilih semasa buat permohonan pengeluaran tempohari.
Berikut ialah senarai bank-bank yang tersenarai:
- Affin Bank Berhad
- Agrobank
- Al Rajhi Bank (M) Berhad
- Alliance Bank
- Ambank (M) Berhad
- Bank Muamalat (M) Berhad
- Bank Rakyat
- Bank Islam (M) Berhad
- BSN
- CIMB Bank Berhad
- Citibank Berhad
- EON Bank Berhad
- HSBC Bank (M) Berhad
- Hong Leong Bank
- Kuwait Finance House
- Maybank
- OCBC Bank (M) Bhd
- Public Bank Bhd
- RHB Bank BHd
- Standar Chartered
- UOB (M) Bhd
Jangan simpan maklumat tentang bila i-Sinar masuk seorang diri. Jika duit i-Sinar anda sudah masuk ke dalam akaun, mohon kongsikan di ruangan komen.
Berapa jumlah duit i-Sinar yang akan masuk?
Ini bukan macam BPR atau BPN2.0 di mana jumlah yang akan diterima adalah yang ditetapkan kerajaan.
Bagi iSinar KWSP, ia adalah mengikut syarat dan kelayan yang telah ditetapkan. Anda akan terima duit mengikut berapa amaun yang anda pilih sendiri. Jika tersilap masukkan amaun, sila buat kemaskini i-Sinar secepat mungkin. Jika belum mohon, sila mohon i-Sinar cepat-cepat, sebelum terlambat.
#1 Kategori baki > RM90,000 dalam Akaun 1
- Jika anda mempunyai baki duit KWSP lebih daripada RM90,000 dalam Akaun 1, anda boleh buat pengeluaran pendahuluan sebanyak 10%.
- Jumlah maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000.
- Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan ke dalam akaun bank secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.
- Pengeluaran bulanan seterusnya ialah pada jumlah maksimum RM10,000 sebulan
- Jadi anda akan terima RM10,000 dahulu dan bulan seterusnya ialah RM10,000 setiap bulan.
Senario pengeluaran bagi yang ada duit < RM90,000
- Contoh pertama, jika ada mempunyai baki sebanyak RM100,000 dalam Akaun 1, anda cuma dibenarkan untuk mengeluarkan RM10,000 sahaja melalui iSinar KWSP. Kenapa cuma RM10,000? Ini kerana jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan cuma RM10,000 sahaja.
- Contoh kedua, jika ada mempunyai baki sebanyak RM500,000 dalam Akaun 1, anda dibenarkan untuk mengeluarkan RM50,000. Ini kerana 10% dari RM500,00 ialah RM50,000. Itu adalah yang maksimum. Tidak boleh lebih.
- Contoh ketiga, jika ada mempunyai baki sebanyak RM800,000 sekalipun dalam Akaun 1, anda cuma boleh keluarkan RM60,000 juga. Tapi, 10% dari RM800,000 kan RM80,00? Kenapa tak boleh keluarkan sebanyak itu? Seperti dimaklumkan, ini kerana RM60,000 itu adalah yang maksimum. Tidak boleh lebih.
#2 Kategori baki < RM90,000 dalam Akaun 1
- Jika anda mempunyai baki duit KWSP RM90,000 dan ke bawah dalam Akaun 1, had maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM9,000 sahaja.
- Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.
- Pengeluaran bulanan seterusnya ialah pada tahap maksimum RM 1,000 sebulan.
- Jadi, anda anda menerima bayaran pertama sebanyak RM4,000 dan seterusnya RM1,000 setiap bulan.
Senario pengeluaran bagi yang ada duit < RM90,000
- Contoh pertama, jika ada mempunyai baki sebanyak RM4,500 dalam Akaun 1, anda cuma dibenarkan untuk mengeluarkan RM4,400 sahaja melalui iSinar KWSP. Ini kerana baki minimum dalam akaun yang perlu ditinggalkan ialah RM100.
- Contoh kedua, jika ada mempunyai baki sebanyak RM10,000 dalam Akaun 1, anda cuma dibenarkan untuk mengeluarkan RM9,000 sahaja. Ini kerana RM9,000 itu adalah yang maksimum. Tidak boleh lebih.
- Contoh ketiga, jika ada mempunyai baki sebanyak RM80,000 sekalipun dalam Akaun 1, anda cuma boleh keluarkan RM9,000 juga. Seperti dimaklumkan, ini kerana RM9,000 itu adalah yang maksimum. Tidak boleh lebih.
Maklumat lanjut berkenaan iSinar
Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai, permohonan, kemaskini, semakan, tarikh bayaran i-Sinar atau apa-apa sahaja persoalan yang masih belum ada jawapan, sila hubungi iSinar HOTLINE di taian berikut:
- 03-8922 4848
- Beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan)
- Dibuka dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.
Talian ini akan dibuka bermula 21 Disember 2020.
Akhir kalam
Tahniah pada yang sudah terima duit pembayaran iSinar. Bagi yang masih menunggu bila i-Sinar masuk, bersabarlah. Pastikan anda sudah buat semakan i-Sinar. Bimbang tunggu lama-lama, rupanya tidak mendapat kelulusan.
Teruskan check status i-Sinar melalui portal i-Sinar di https://isinar.kwsp.gov.my
Diharapkan agar perkongsian tarikh pembayaran i-Sinar ini dapat melegakan hati anda. Bila sudah dapat duit nanti, jangan berbelanja sesuka hati. Simpan untuk masa depan.
Semoga bermanfaat.
Masuk dah ka 11/1
Saya Affendi anak juan nak tnya pasal duit sudah masuk ke akuan ke belum
Cek duit masuk sebelum 15hb…boleh bg tarikh yang betul2 x..
Bayaran saya hari ni 11hb January..tapi belum masuk. HLB
Hong leong bank pn belum masuk..bayar 11hb January..x masuk2 juga
Ahh belum masuk lagi. Lol
Hlb belum masuk lg knp
sama jugak dgn saya….dalam rekod akaun-i sepatutnye pengkreditan ke akaun terus hari ini (12.1.2020) untuk payment pertama. tapi duit masih tak de lagi dalam bank. (MAYBANK). hmmmmmmmmm….
Hong leong bank bila masuk
Samalh baru lpas cek tadi Blum masuk juga am bank
pukul 12 tghari tadi saya check, tp belum masuk. pemberitahuan status saya duit akan masuk sebelum 15hb
Sy sebelum 9hb sudah masuk 5hb..awal 3 hari..
Adik saya sebelum 15 masih tiada masuk
Dalam system 12hb masuk tapi samapai sekarang tak masuk… Pelik tapi benar
Hong leong bile akan masok….dlm hari ke Lima Saya apply…
Hong leong tarik bile akan masok….dlm hari ke Lima Saya apply…
Maybank bila masuk
Bila maybank akan dpt duit.dlm semakan status seblm 14januari masuk duit.tapi tak ada 😒😒😒
Pembayaran isinar melalui Arahan Bayaran (PO) mcm mna tu?Perlu ka dtg kwsp atau tunggu arahan dari bank tertentu untuk buat pembayaran?