Permohonan i-Sinar Tanpa Syarat (100% Lulus Pengeluaran KWSP)

Sumber dari Astro Awani mengatakan bahawa kerajaan akan mengumumkan keputusan berkenaan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat selepas Tahun Baru Cina 2021 iaitu pada hari Isnin, 15 Februari 2021.

Nota:

  • Pengeluaran baru duit KWSP diperkenalkan dan dinamakan i-Citra
  • Boleh baca cara mohon i-Citra untuk maklumat lanjut

Permohonan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat

Berikut ialah beberapa dapatan yang kami terima berdasarkan maklumat yang sedia ada di laman-laman web berita.

Syarat dimansuhkan, pengeluaran i-Sinar secara automatik

Sumber itu juga memberitahu bahawa Kementerian Kewangan telah mengesahkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan pengeluaran i-Sinar.

 

Kenapa syarat permohonan pengeluaran i-Sinar dimansuhkan?

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia berkata, pemansuhan itu dibuat selepas menerima maklumbalas dan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keputusan ini juga dibuat berdasarkan maklum balas pihak awam yang berharap agar kerajaan memahami kehendak rakyat.

Diharapkan agar keputusan memansuhkan syarat i-Sinar akan dapat membantu pencarum KWSP mendepani masalah COVID-19 ini.

 

Masih lagi perlu buat permohonan i-Sinar Kategori 2 atau tidak?

Mengikut pemahaman kami, apabila syarat dimansuhkan, maka ahli-ahli KWSP akan mendapat kelulusan secara automatik.

Walaupun semua permohonan akan diluluskan secara automatik, setiap ahli masih lagi perlu membuat permohonan pengeluaran i-Sinar lagi.

Kalau tidak mohon, macam mana pihak KWSP mahu luluskan?

 

Kelayakan permohonan i-Sinar sebelum ini

Sebelum ini, syarat kelayakan terbahagi kepada dua iaitu:

Kategori 1

Individu yang layak memohon iSinar mestilah orang yang:

  • Bekerja di sektor formal
  • Bekerja sendiri
  • Bekerja di dalam sektor ekonomi gig seperti GrabCar, GrabFood, Foodpanda, Lalamove dan lain-lain
  • Yang sudah lama tidak mencarum
  • Yang hilang pekerjaan
  • Suri rumah
  • Pekerja yang diberi notis cuti tanpa gaji

Senang cerita, mereka ini ialah golongan B40.

Syarat dan kriteria lain ialah:

  1. Anda tidak mencarum dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan
    • Contohnya, dua bulan lepas, majikan langsung tak mencarum duit KWSP anda. Duit company pun tak masuk, duit KWSP anda pun dia tak masukkan. Maka, anda boleh buat permohonan iSinar.
  2. Anda masih bekerja, tapi mengalamai pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020
    • Contohnya, jika gaji basic anda ialah RM1500, tiba-tiba dek kerana PKPB ini, gai berkurang menjadi RM1000. Maka, anda menepati kriteria untuk memohon iSinar.

Kategori 1 tidak perlu hantar apa-apa dokumen. Mereka boleh mohon dan tunggu kelulusan sahaja.

 

Kategori 2

Individu yang layak memohon iSinar mestilah orang yang masih bekerja. Jadi, kami andaikan:

  • Masih bekerja di sektor formal
  • Masih bekerja sendiri

Senang cerita, mereka ini golongan M40.

Syarat dan kriteria lain ialah anda masih bekerja, tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020

    • Ini termasuk pengurangan gaji
    • Pengurangan elaun
    • Pemotongan tuntutan lebih masa (overtime claim)
    • Pengurangan di atas perlu dibuktikan dengan dokumen

 

Apa yang bagusnya dengan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat?

Sebelum ini, terlalu banyak dokumen yang perlu disediakan oleh Kategori 2 untuk membuktikan pengurangan pendapatan seperti:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan
  • Notis berhenti kerja yang diberikan majikan
  • Surat pemotongan elaun
  • Surat pemotongan tuntutan kerja lebih masa (OT claim)

Jika dokumen seperti yang dinyatakan di atas tidak dapat disediakan, ahli dari Kategori 2 boleh sertakan supporting document yang lain seperti:

  • Penyata bank
  • Surat pengesahan majikan

Jadi, jika tidak lagi perlukan apa-apa syarat, maka ahli Kategori 2 hanya perlu buat permohonan sahaja.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian mengenai permohonan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat ini akan memudahkan lagi bagi yang termasuk dalam kumpulan Kategori 2.

Semoga bermanfaat.

17 thoughts on “Permohonan i-Sinar Tanpa Syarat (100% Lulus Pengeluaran KWSP)”

  1. Mahu tanya, utk i-sinar tanpa syarat ni, Klu sdh memohon bagi kategori 1, adakah perlu memohon lagi? Saya nk kemaskini amaun

    Reply
  2. saya ingin bertanya, saya sudah memohon i-sinar baru bru ini, tarikh permohonan 13/2/21 ..jawapan dalam proses dan kena submit dokumen sokongan , ada kah mmg kena submit dokumen sokongan? bukan kah sekarang ni ada lah i-sinar tanpa syarat? saya betol betol tak faham .

    Reply
  3. nak tanya sy sudah buat permohonan utk kategori 1 tapi tak lulus..nak buat permohonan baru tapi tak dapat sebab dia kata dah buat permohonan sebelum ni..habis tu mcm mana sy nak buat balik permohonan tu?

    Reply
  4. Ramai yang tanya soalan di atas. baca link di bawah ini ada perinciannya. semua soalan yang kamu tanya ada jawapannya. harap dapat membantu. yang gagal permohonan sebelum ini boleh memohon semula pada 8/3/2021 nanti.
    Terima kasih.

    Reply
  5. Saya nak semak KWSP.dulu dah pernah keluar bulan bulan dapat dan sekarang saya tak boleh semak sebab ni heset saya dah tukar

    Reply
  6. saya sudah menbuat pengeluaran sebelum 2021 sebanyak rm5150 tapi skrg masih ada baki rm1400 tapi untuk tahun 2021 Tidak sampai 10 ribu lagi.Tapi bila ingt menambah pengeluaran,dye cakap hnya boleh keluarkan 5150.perlukah saya ke pejabat kwsp untuk mengeluarkannya.atau syarat pengeluaran hanya untuk akaun 1 pada 2020 sahaja ke.Mohon penjelasan jika boleh.Kalau menyusahkan en xyah jawab xpe soalan sy

    Reply

Leave a Comment