Adakah anda sudah selesai daftar i-Sinar dan buat permohonan i-Sinar di isinar.kwsp.gov.my?
Jika sudah, Alhamdulillah. Dan jika sudah dapat duit, Alhamdulillah.
Namun, jika belum, kami akan kongsikan bukan sahaja cara buat pendaftaran dan permohonan, kami akan share sekali cara kemaskini i-Sinar dan buat semakan status i-Sinar.
Syarat i-Sinar dimansuhkan?
Dikatakan bahawa kerajaan akan membenarkan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat. Namun, masih lagi dalam perbincangan.
Kami akan kemaskini laman ini sejurus menerima maklumat terbaru.
Kandungan
#1 Login isinar.kwsp.gov.my
Sila ikuti panduan ringkas untuk login i-Sinar seperti di bawah:
- Layari direct link untuk Log Masuk i-Sinar KWSP di sini: https://isinar.kwsp.gov.my
- Ada beberapa bahagian yang tertera seperti:
- PERMOHONAN
- PANDUAN PENGGUNA
- SEMAK STATUS
- Jika anda masih lagi belum daftar i-Sinar dan seterusnya mohon i-Sinar, sila isikan bahagian PERMOHONAN
- Boleh rujuk PANDUAN PENGGUNA bergambar yang disediakan oleh pihak KWSP
- Sekiranya anda sudah mendaftar dan buat permohonan i-Sinar, boleh terus klik SEMAK STATUS untuk melihat status kelulusan dan pembayaran.
- Walau bagaimanapun, pautan ini masih belum dibuka.
- Sila login i-Sinar untuk buat semakan status pada 4 Januari 2021 nanti.
#2 Kemaskini i-Sinar guna borang pindaan
Kami singgah ke salah satu cawangan KWSP untuk bertanyakan tentang hal kemaskini dan cara tukar amaun i-Sinar. Mereka memberikan Borang Permohonan Pindaan Amaun i-Sinar.
Untuk buat secara online, jemput baca panduan kemaskini i-Sinar secara online.
Menurut pegawai yang bertugas, pemohon dinasihatkan untuk mengisi borang ini dan serahkan semula kepada cawangan. Pihak cawangan akan menghantar borang yang sudah siap diisi ke ibu pejabat KWSP. Tidak perlu buat apa-apa di isinar.kwsp.gov.my.
Untuk menjimatkan masa dan tidak perlu ke cawangan, kami akan memudahkan lagi urusan anda dengan menyediakan borang untuk dimuat turun.
Berikut panduan untuk kemaskini guna borang pindaan ini:
- Download dan print Borang Permohonan Pindaan Amaun i-Sinar dalam format PDF di sini.
- Tandakan X pada salah satu bahagian sahaja:
- Salah pilih amaun keseluruhan / Bayaran pertama
- Perbezaan jumlah Akaun 1 disebabkan Pemulihan IPD (Institusi Pengurusan Dana). Ini ialah wang yang kita redeem daripada Syarikat Amanah, samada Public Mutual, CWA, Kenangan atau sebagainya.
- Jadi, jika tersalah amaun, pilih yang sebelah kiri sahaja
- Masukkan maklumat berikut:
- Nama Penuh
- No Telefon Bimbit
- No MyKad / MyPR
- E-mel
- No Ahli
- Ambil nombor giliran dan bawa borang ke kaunter KWSP
- Turunkan cap ibu jari kanan atau kiri
- Permohonan kemaskini sudah selesai.
#3 Buat semakan i-Sinar di www.kwsp.gov.my
Berikut ialah cara untuk buat semakan i-Sinar melalui portal i-Sinar. Tidak kisah anda Kategori 1 atau Kategori 2, panduan di bawah ini sama sahaja.
- Layari laman web rasmi iSinar KWSP di sini: https://isinar.kwsp.gov.my
- Pergi ke bahagian bawah sekali
- Lihat butang SEMAK STATUS
- Anda kini boleh lihat maklumat seperti yang terpapar
Tahniah jika lulus. Anda anda buat semakan i-Sinar dan mendapat status tidak berjaya, jangan bersedih. Boleh hubungi KWSP untuk maklumat lanjut.
Maklumat lanjut berkenaan iSinar
Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai semakan i-Sinar di isinar.kwsp.gov.my atau apa-apa sahaja persoalan yang masih belum ada jawapan, sila hubungi iSinar HOTLINE di taian berikut:
- 03-8922 4848
- Beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan)
- Dibuka dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.
Talian ini akan dibuka bermula 21 Disember 2020.
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian padat berkenaan isinar.kwsp.gov.my ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk keluarkan duit di KWSP.
Hanya sedikit sahaja nasihat kami kepada semua pemohon-pemohon i-Sinar ini. Janganlah terlalu bergantung harap pada duit ini. Walaupun duit kita sendiri, perlu pandai berjimat cermat.
Sila alert dengan tarikh bayaran i-Sinar supaya asyik tidak tertanya-tanya i-Sinar bila masuk. Bimbang tidak perasan duit sudah masuk bank.
Apa-apa pun, jika sudah terima duit nanti, jangan pula berbelanja yang bukan-bukan. Utamakan diri sendiri dan keluarga dahulu.
Semoga bermanfaat.
Menukar no telefon
Mnukar nmbr tepon
Nak tukar nombor telefon isinar
Kenapa bulan februari ni sye tak masuk lagi i sinar sedangkan dia tulis i sinar masuk sebelum 13 hari ni dah berapa hari bulan.status permohonan telah diluluskan…
Saya nk tukar amaunt mcm mna yer.. Link mna yg ade utk tukar amaunt..
Cara nk tukar amaunt yg salah macam mana
Cara nk tukar amaunt cmnA
Kenapa bulan Februari saya dapat pembayaran kwsp akaun 2 cuma rm 190