Cara Daftar i-Sinar KWSP (Tak Perlu Register EPF i-Akaun Online)

Cara daftar i-Sinar KWSP tidaklah sesusah mana kerana anda tak perlu register EPF i-Akaun pun. Boleh terus mohon iSinar dengan direct link. Cuma, anda perlu login i-Sinar nanti untuk buat semakan kelulusan permohonan.

Ikuti perkongsian berkenaan pendaftaran i-Sinar di isinar.kwsp.gov.my seperti di bawah.

Syarat i-Sinar dimansuhkan?

Dikatakan bahawa Kementerian Kewangan akan membenarkan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat tidak lama lagi. Jika benar, masih lagi perlu daftar dan mohon. Cuma tidak lagi perlu tunggu kelulusan.

Namun, perkara ini masih lagi dalam perbincangan.

Kami akan kemaskini laman ini sejurus menerima maklumat terbaru.

Cara daftar i-Sinar KWSP

Berikut ialah cara untuk membuat pendaftaran i-Sinar portal secara online dengan Nombor IC dan Nombor Telefon. Sejurus membuat pendaftaran, anda boleh terus memohon iSinar.

  1. Layari portal rasmi i-Sinar di sini: https://isinar.kwsp.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad / MyPR yang betul
  3. Pilih Kod Nombor Telefon Bimbit yang tersenarai:
    • 010
    • 011
    • 012
    • 013
    • 014
    • 015
    • 016
    • 017
    • 018
    • 019
  4. Masukkan Nombor Telefon Bimbit yang betul dan masih aktif
  5. Tekan butang TERUSKAN
  6. Tunggu Nombor OTP yang akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit yang anda masukkan tadi
  7. Masukkan Nombor OTP tersebut
  8. Tekan butang SAHKAN OTP
  9. Nombor OTP akan dihantar dalam masa 5 minit.
  10. Jika anda tidak terima selepas 5 minit, sila hantar request untuk hantar OTP sekali lagi.
  11. Jawab Soalan Keselamatan sekiranya tertera untuk pengesahan
  12. Jika semuanya berjalan lancar, anda akan berjaya masuk ke dalam sistem i-Sinar
  13. Ikuti Langkah 1: Amaun Pilihan, untuk tetapkan berapa banyak duit yang anda ingin keluarkan
    • Anda akan dapat lihat Amaun Kelayakan Keseluruhan yang anda boleh keluarkan
    • Gerakkan slider yang bulat itu ke kiri dan ke kanan untuk memilih jumlah amaun yang dikehendaki
    • Jika anda ingin keluarkan amaun maksimum, tarik slider ke hujung sebelah kanan
  14. Teruskan dengan Langkah 2: Jadual Bayaran, untuk tetapkan bayaran bulan pertama
    • Anda boleh gerakkan slider yang bulat itu ke kiri dan ke kanan untuk memilih jumlah bayaran yang dikehendaki untuk bulan pertama
    • Jika tidak, anda juga boleh tekan ikon tambah dan tolak mengikut kesesuaian
    • Setelah pilih bayaran bulan pertama, anda akan dapat lihat bayaran bulan seterusnya iaitu:
      • Bayaran Bulan Kedua
      • Bayaran Bulan Ketiga
      • Bayaran Bulan Keempat
      • Bayaran Bulan Kelima
      • Bayaran Bulan Keenam
    • Tekan butang TERUSKAN
  15. Teruskan dengan melengkapkan Maklumat Permohonan
    • Isikan Nama Penuh seperti dalam Kad Pengenalan
    • Isikan Nombor MyKad.
    • Isikan Nombor Telefon Bimbit
    • Isikan Alamat Email
    • Isikan Alamat Rumah
    • Isikan Poskod
    • Isikan Bandar
    • Pilih Negeri
  16. Teruskan dengan melengkapkan Maklumat Pembayaran
    • Pilih Bank untuk permohonan pengeluaran i-Sinar online yang tertera seperti berikut:
      • Affin Bank Berhad
      • Agrobank
      • Al Rajhi Bank (M) Berhad
      • Alliance Bank
      • Ambank (M) Berhad
      • Bank Muamalat (M) Berhad
      • Bank Rakyat
      • Bank Islam (M) Berhad
      • BSN
      • CIMB Bank Berhad
      • Citibank Berhad
      • EON Bank Berhad
      • HSBC Bank (M) Berhad
      • Hong Leong Bank
      • Kuwait Finance House
      • Maybank
      • OCBC Bank (M) Bhd
      • Public Bank Bhd
      • RHB Bank BHd
      • Standar Chartered
      • UOB (M) Bhd
    • Masukkan Nombor Akaun Bank (Simpanan / Semasa) yang dipilih tadi
    • Pastikan nombor akaun bank tersebut adalah akaun milik persendirian
    • Tidak boleh guna akaun bank orang alin
    • Pastikan nombor akaun bank tersebut masih aktif
    • Pastikan nombor akaun tersebut bukan akaun bersama (joint account)
    • Kesilapan dalam memberikan nombor akaun bank yang tidak aktif boleh menyebabkan duit i-Sinar tidak dapat dimasukkan
    • Kesilapan dalam memasukkan nombor akaun bank juga, walaupun akaun masih aktif, boleh menyebabkan masalah
    • Tekan butang TERUSKAN
  17. Teruskan dengan menyemak Maklumat Permohonan dan Maklumat Pembayaran
    • Tick pada bahagian Saya dengan ini mengesahkan bahawa saya telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan Perakaun Terma & Syarat yang ditetapkan.
    • Tick Saya bukan robot bagi meneruskan permohonan pengeluaran i-online
    • Akan keluar 16 petak gambar untuk dipilih
    • Ikut arahan untuk pilih semua petak yang mengandungi sesuatu gambar yang ditentukan
    • Contohnya: gambar lampu isyarat, lintasan pejalan kaki, gunung atau bukit dan lain-lain lagi
    • Jika tidak ada gambar, klik langkau
    • Pastikan pilihan semua selesai
    • Klik Hantar
  18. Pastikan keluar paparan yang tertulis “Terima kasih <nama penuh>. Permohonan anda telah diterima. Status permohonan boleh disemak mulai <tarikh yang tertera>”.
  19. Tekan butang CETAK & SIMPAN untuk simpan rekod permohonan i-Sinar anda
  20. Permohonan baru pengeluaran i-Sinar tanpa i-Akaun kini sudah selesai.

 

Akhir kalam

Kami sarankan agar anda semua register i-Akaun sebelum teruskan cara daftar i-Sinar KWSP. Ini kerana ia sangat memudahkan urusan permohonan.

Dengan i-Akaun juga, anda boleh semakan penyata KWSP online untuk melihat berapa baki yang tinggal.

Sekiranya semuanya berjalan lancar, jangan lupa baca cara check status i-Sinar. Sila juga baca cara kemaskini i-Sinar jika perlu.

Semoga bermanfaat.

21 thoughts on “Cara Daftar i-Sinar KWSP (Tak Perlu Register EPF i-Akaun Online)”

  1. Bodo ape kalau pertanyaan letak la adakah apakah kat depan ayat.bodo bodo xlepas nak login.sblm ni xupdate alamat then hantu tukar ke beg berkunci tb2 skrg da update 35 jln yhya Ahmad..mmg update sendiri tiap tiap bulan ke maklumat peribadi sy..mohon bantu

    Reply
  2. KESILAPAN NAK TUKAR AMOUNT JADI
    RM 9900.00 ATAU RM 9000.00. 0124799920
    CIMB BANK
    1900.00 JAN21 FEB21
    1220.00 FEB21-JUN21 SAMA BAYAR AMOUNT

    Reply
  3. Bagaimana nasib pemohon yang tersalah memohon jumlah (kurang daripada rm10,000.00) mengikut kelayakan pemohon? tolong bagi perhatian kepada kami please

    Reply
  4. Ben Rohan

    This is so inefficient. No call centre to help. All KWSP number is blocked. Not helping the people at all. It all should be automated. Very backward.

    I can’t even updated my phone number from Australia. No help. No guidance. I want to see my money not any Menteris money.

    Very frustrating and no wonder people are angry.

    Being lazy and stupid is an option.

    Website does not allow foreign numbers, I live here but I want to see my statement ,and apply for I sinar for my suffering parents in KL, what so hard about it.

    My suggestions
    1. Get the call centre people to work from home.
    2. Activate all KWSP number.
    3. Get the knowledgeable ‘kemaskini’ people to do the job.
    4. I don’t live in Malaysia , but my parents do. I need to get them my I sinar, but the system does not recognise my mobile number.
    5. Systems and procedures need to keep up with the time not be backdated and silly things like losing MH370 because someone was always sleeping on the job.

    Regards

    Ben

    Reply

Leave a Comment