iSinar KWSP (Syarat Kelayakan & Proses Pengeluaran i-Sinar)

Ramai sudah maklum bahawa program iSinar KWSP kini membenarkan pengeluaran duit caruman sebanyak RM10,000 dari Akaun 1. Kami akan kongsikan cara keluarkan duit KWSP Akaun 1 melalui iSinar seperti di bawah.

Apa syarat kelayakan untuk memohon iSinar?

Untuk makluman, pengeluaran duit KWSP Akaun 1 i-Sinar ini hanya untuk individu yang terjejas pendapatan akibat COVID-19 sahaja.

Jadi, jika anda tidak terjejas sangat dan saja-saja mahu keluarkan RM10k, itu adalah tidak dibenarkan. Sila baca betul-betul apa maksud terjejas seperti di bawah.

Mengikut kenyataan terbaru KWSP pada 2 Disember 2020, kriteria kelayakan terbahagi kepada 2 kategori:

#1 Kategori 1

Bila boleh mohon iSinar?

Bagi Kategori 1 iSinar, anda boleh mohon melalui i-Sinar portal bermula:

Isnin, 21 Disember 2020

Bila duit iSinar masuk?

Bagi Kategori 1 iSinar, anda akan terima duit bermula:

11 Januari 2021

Siapa yang layak?

Individu yang layak memohon iSinar mestilah orang yang:

  • Bekerja di sektor formal
  • Bekerja sendiri
  • Bekerja di dalam sektor ekonomi gig seperti GrabCar, GrabFood, Foodpanda, Lalamove dan lain-lain
  • Yang sudah lama tidak mencarum
  • Yang hilang pekerjaan
  • Suri rumah
  • Pekerja yang diberi notis cuti tanpa gaji

 

Apa kriteria pengeluaran iSinar Kategori 1?

Sekarang, anda sudah tahu siapa yang layak iaitu selalunya golongan B40. Sekarang, bagaimana pula dengan syarat dan kriterianya?

  1. Anda tidak mencarum dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan
    • Contohnya, dua bulan lepas, majikan langsung tak mencarum duit KWSP anda. Duit company pun tak masuk, duit KWSP anda pun dia tak masukkan. Maka, anda boleh buat permohonan iSinar.
  2. Anda masih bekerja, tapi mengalamai pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020
    • Contohnya, jika gaji basic anda ialah RM1500, tiba-tiba dek kerana PKPB ini, gai berkurang menjadi RM1000. Maka, anda menepati kriteria untuk memohon iSinar.

 

Apa dokumen sokongan yang perlu dihantar?

Ini kurang menarik.

Bagi Kategori 1 iSinar:

  • Anda tidak perlu sertakan apa-apa dokumen sokongan
  • Kelulusan anda adalah secara automatik mengikut data yang sedia ada dalam KWSP
  • Walau bagaimanapun, anda perlu memohon secara dalam talian bermula 21 Disember 2020

 

#2 Kategori 2

Bila boleh mohon iSinar?

Bagi Kategori 2 iSinar, anda boleh mohon lewat sedikit daripada Kategori 1 iaitu bermula:

Isnin, 11 Januari 2021

Bila duit iSinar masuk?

Bagi Kategori 2 iSinar, anda akan terima duit bermula:

Sebelum akhir Februari 2021

Siapa yang layak?

Individu yang layak memohon iSinar mestilah orang yang masih bekerja. Jadi, kami andaikan:

  • Masih bekerja di sektor formal
  • Masih bekerja sendiri

 

Apa kriteria pengeluaran iSinar Kategori 2?

Sekarang, anda sudah tahu siapa yang layak iaitu kebiasaannya golongan M40. Sekarang, bagaimana pula dengan syarat dan kriterianya?

  1. Anda masih bekerja, tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020
    • Ini termasuk pengurangan gaji
    • Pengurangan elaun
    • Pemotongan tuntutan lebih masa (overtime claim)
    • Pengurangan di atas perlu dibuktikan dengan dokumen

 

Apa dokumen sokongan yang perlu disertakan semasa permohonan iSinar?

Tidak seperti Kategori 1 yang lebih mudah permohonannya, Kategori 2 perlu menyediakan:

  • Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan
  • Notis berhenti kerja yang diberikan majikan
  • Surat pemotongan elaun
  • Surat pemotongan tuntutan kerja lebih masa (OT claim)

Jika dokumen seperti yang dinyatakan di atas tidak dapat disediakan, anda boleh sertakan supporting document yang lain seperti:

  • Penyata bank
  • Surat pengesahan majikan

 

Bila boleh tahu lulus atau tidak?

Tidak seperti Kategori 1, Kategori 2 perlu buat semakan status samada permohonan diluluskan atau tidak. Jadi, supaya pihak KWSP dapat memastikan semua permohonan dipertimbangkan, status lulus atau tidak akan dimaklumkan dalam masa 2-3 minggu selepas permohonan dibuat.

Jadi, kalau anda mohon pada 11 Januari 2021, keputusan akan diperolehi sekitar 25 Januari 2021 sehingga 1 Februari 2021.

Sila baca cara check status i-Sinar apabila sudah dimaklumkan nanti.

 

Bila tarikh boleh apply iSinar?

Mengikut kenyataan KWSP, semua ahli KWSP yang memenuhi kriteria kelayakan seperti di atas boleh memohon apply iSinar pada tarikh berikut:

Kategori 1

Isnin, 21 Disember 2020

Kategori 2

Isnin, 11 Januari 2021

 

Macam mana cara untuk apply iSinar KWSP?

Dinyatakan bahawa permohonan iSinar boleh dibuat dengan dua cara:

 

Apa dokumen yang diperlukan untuk mohon iSinar KWSP?

Sila rujuk perkongsian di atas. Hanya Kategori 2 sahaja yang perlu menyediakan dokumen sokongan.

 

Berapa banyak boleh keluarkan duit KWSP iSinar?

Dalam perkara ini, ada dua kategori. Sila rujuk anda berada di dalam kategori yang mana satu.

#1 Kategori baki > RM90,000 dalam Akaun 1

  • Jika anda mempunyai baki duit KWSP lebih daripada RM90,000 dalam Akaun 1, anda boleh buat pengeluaran pendahuluan sebanyak 10%.
  • Jumlah maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000.
  • Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan ke dalam akaun bank secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.
  • Pengeluaran bulanan seterusnya ialah pada jumlah maksimum RM10,000 sebulan

 

Senario pengeluaran bagi yang ada duit < RM90,000

  • Contoh pertama, jika ada mempunyai baki sebanyak RM100,000 dalam Akaun 1, anda cuma dibenarkan untuk mengeluarkan RM10,000 sahaja melalui iSinar KWSP. Kenapa cuma RM10,000? Ini kerana jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan cuma RM10,000 sahaja.
  • Contoh kedua, jika ada mempunyai baki sebanyak RM500,000 dalam Akaun 1, anda dibenarkan untuk mengeluarkan RM50,000. Ini kerana 10% dari RM500,00 ialah RM50,000. Itu adalah yang maksimum. Tidak boleh lebih.
  • Contoh ketiga, jika ada mempunyai baki sebanyak RM800,000 sekalipun dalam Akaun 1, anda cuma boleh keluarkan RM60,000 juga. Tapi, 10% dari RM800,000 kan RM80,00? Kenapa tak boleh keluarkan sebanyak itu? Seperti dimaklumkan, ini kerana RM60,000 itu adalah yang maksimum. Tidak boleh lebih.

 

#2 Kategori baki < RM90,000 dalam Akaun 1

  • Jika anda mempunyai baki duit KWSP RM90,000 dan ke bawah dalam Akaun 1, had maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM9,000 sahaja.
  • Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.
  • Pengeluaran bulanan seterusnya ialah pada tahap maksimum RM 1,000 sebulan.

 

Senario pengeluaran bagi yang ada duit < RM90,000

  • Contoh pertama, jika ada mempunyai baki sebanyak RM4,500 dalam Akaun 1, anda cuma dibenarkan untuk mengeluarkan RM4,400 sahaja melalui iSinar KWSP. Ini kerana baki minimum dalam akaun yang perlu ditinggalkan ialah RM100.
  • Contoh kedua, jika ada mempunyai baki sebanyak RM10,000 dalam Akaun 1, anda cuma dibenarkan untuk mengeluarkan RM9,000 sahaja. Ini kerana RM9,000 itu adalah yang maksimum. Tidak boleh lebih.
  • Contoh ketiga, jika ada mempunyai baki sebanyak RM80,000 sekalipun dalam Akaun 1, anda cuma boleh keluarkan RM9,000 juga. Seperti dimaklumkan, ini kerana RM9,000 itu adalah yang maksimum. Tidak boleh lebih.

 

Adakah perlu buat pembayaran balik iSinar KWSP?

Menurut Utusan, dakwaan bahawa pencarum perlu membayar balik iSinar adalah tidak benar. Amaun untuk menggantikan semula pengeluaran iSinar hanya akan diterima dari caruman pada masa akan datang.

Bukannya dari bayaran tunai. Diharapkan agar pencarum tidak terkeliru dan jangan percaya dengan dakwaan yang viral di media sosial.

 

Maklumat lanjut berkenaan i-Sinar

Jika anda mempunyai pertanyaan berkenaan kelayakan, pendaftaran, permohonan, kemaskini, semakan kelulusan, semakan pembayaran dan juga masalah-masalah lain, sila hubungi iSinar HOTLINE di taian berikut:

  • 03-8922 4848
  • Beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan)
  • Dibuka dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.

Talian ini akan dibuka bermula 21 Disember 2020.

 

Akhir kalam

Perlu diingat, tidak ada bayaran tunai yang perlu dibuat kepada KWSP semasa proses memohon iSinar Akaun 1. Sila semak akaun bank masing-masing untuk tahu duit i-Sinar bila masuk dengan menyemak baki pada tarikh bayaran i-Sinar yang dimaklumkan.

Sekiranya ada mana-mana pihak yang meminta bayaran untuk buat pengeluaran, itu adalah tidak sah. Anda boleh terus membuat pengeluaran tanpa melibatkan orang ketiga. Hati-hati semua.

Selepas buat permohonan, sila buat semakan i-Sinar untuk mengetahui samada lulus atau tidak. Jika tersilap masukkan amaun, sila kemaskini i-Sinar dengan jumlah pengeluaran yang dikehendaki.

Baca betul-betul dan jangan buat kesilapan lagi.

Semoga bermanfaat.

10 thoughts on “iSinar KWSP (Syarat Kelayakan & Proses Pengeluaran i-Sinar)”

  1. Salam..nk tnya..had pngluaran i sinar saya tu hari ada lah 23.300..tpy baru dpt 21.500..utk yg last payment berbaki 1.800..lom dpt lgi..biasa nya di credit kn pada setiap 13hb plg lmbat..utk bln july ni x dpt lgi..tlg bgi pencerah..TQ..

    Reply

Leave a Comment