Kemaskini i-Sinar 2021 (Cara Tukar Amaun, Sebab Salah Tarik)


Bagi yang tersilap memasukkan jumlah amaun pengeluaran sebab salah tarik jumlah yang sepatutnya, anda pasti mahu tahu cara kemaskini i-Sinar bukan? Adakah dibenarkan untuk update secara online di isinar.kwsp.gov.my?

Cara kemaskini i-Sinar KWSP

Izinkan kami berkongsi beberapa cara untuk mengemaskini i-Sinar yang terpakai untuk Kategori 1 dan juga Kategori 2.

#1 Boleh kemaskini i-Sinar di isinar.kwsp.gov.my ?

Untuk makluman, sebenarnya buat masa ini tidak ada cara untuk mengemaskini dan tukar amaun iSinar menggunakan portal rasmi i-Sinar secara direct.

Jika anda layari portal iSinar, dan login i-Sinar di isinar.kwsp.gov.my; anda akan dapat lihat bahawa anda hanya boleh buat permohonan atau semakan i-Sinar sahaja. Tidak ada butang untuk kemaskini.

Jadi, nak buat macam mana?

Sila ikut cara lain seperti di bawah menggunakan borang pindaan dan juga portal i-Akaun.

 

#2 Cara kemaskini i-Sinar guna borang pindaan KWSP

Kami singgah ke salah satu cawangan KWSP untuk bertanyakan tentang hal kemaskini i-Sinar. Mereka memberikan Borang Permohonan Pindaan Amaun i-Sinar.

Permohonan pindaan amaun i-Sinar

Menurut pegawai yang bertugas, pemohon dinasihatkan untuk mengisi borang ini dan serahkan semula kepada cawangan. Pihak cawangan akan menghantar borang yang sudah siap diisi ke ibu pejabat KWSP.

Untuk menjimatkan masa dan tidak perlu ke cawangan, kami akan memudahkan lagi urusan anda dengan menyediakan borang untuk dimuat turun.

Berikut panduan untuk kemaskini guna borang pindaan ini:

  1. Download dan print Borang Permohonan Pindaan Amaun i-Sinar dalam format PDF di sini.
  2. Tandakan X pada salah satu bahagian sahaja:
    • Salah pilih amaun keseluruhan / Bayaran pertama
    • Perbezaan jumlah Akaun 1 disebabkan Pemulihan IPD (Institusi Pengurusan Dana). Ini ialah wang yang kita redeem daripada Syarikat Amanah, samada Public Mutual, CWA, Kenangan atau sebagainya.
  3. Jadi, jika tersalah amaun, pilih yang sebelah kiri sahaja
  4. Masukkan maklumat berikut:
    • Nama Penuh
    • No Telefon Bimbit
    • No MyKad / MyPR
    • E-mel
    • No Ahli
  5. Ambil nombor giliran dan bawa borang ke kaunter KWSP
  6. Turunkan cap ibu jari kanan atau kiri
  7. Permohonan kemaskini sudah selesai.

 

#3 Update i-Sinar guna i-Akaun KWSP

Anda harus rasa lega kerana ada satu lagi cara lain yang boleh digunakan untuk menukar amaun yang tersilap masukkan sebelum ini menggunakan i-Akaun KWSP. Untuk kemaskini, pastikan anda sudah daftar i-Akaun KWSP terlebih dahulu.

Berikut ialah panduan ringkas:

  1. Layari laman i-Akaun KWSP di sini: https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member
  2. Tekan butang Log Masuk sebagai ahli
  3. Tukar ke Bahasa Melayu jika perlu
  4. Masukkan ID PENGGUNA
  5. Perlu diingatkan ID PENGGUNA ialah ID yang anda pilih semasa pendaftaran, dan tidak semestinya nombor ahli KWSP
  6. Masukkan KATA LALUAN
  7. Tekan butang Log Masuk
  8. Tekan menu ENQUIRY di bahagian atas
  9. Ada beberapa pilihan jenis maklum balas seperti:
    • Aduan
    • Cadangan
    • Pertanyaan
    • Pujian
    • Whistleblowing & Laporan Fraud
    • i-Sinar
  10. Pilih i-Sinar
  11. Tekan butang Seterusnya
  12. Di bahagian keterangan maklum balas:
    • Jenis Pertanyaan, pilih Produk KWSP
    • Bidang, pilih i-Sinar
    • Negeri Lokasi Insiden, pilih negeri yang anda tinggal sekarang
    • Cawangan / Jabatan, pilih cawangan yang berdekatan dengan rumah anda
    • Keterangan, masukkan sebab-sebab tertentu untuk kemaskini i-Sinar dan alasan kena ingin tukar amaun pengeluaran iSinar
  13. Masukkan maklumat peribadi dan maklumat perhubungan untuk meneruskan proses dan cara kemaskini i-Sinar:
    • Gelaran
    • Nama
    • No. Pengenalan Diri
    • No Tel Rumah
    • No Tel Pejabat
    • No Tel Bimbit
    • Emel
  14. Di bahagian pilihan maklum balas, anda boleh pilih samada:
    • Emel
    • Panggilan telefon
  15. Anda kini berada di bahagian Previu
  16. Sila semak semua maklumat sebelum tekan butang Hantar
  17. Jika semuanya betul, tekan butang Hantar
  18. Sila screenshot, simpan atau cetak slip ini untuk rujukan
  19. Jika anda pilih maklumbalas melalui email, pastikan sentiasa check email dari KWSP. Jika anda pilih panggilan telefon pula, pastikan angkat nombor dari pejabat atau cawangan KWSP.

 

Kalau tak ada cara mengemaskini iSinar, boleh batalkan?

Jawapannya tetap sama. Anda tidak boleh batalkan permohonan iSinar yang telah dibuat.

Sehingga kini, belum ada sebarang pindaan atau pembatalan yang dibenarkan oleh pihak KWSP. Pihak KWSP juga telah mengeluarkan kenyataan, anda perlu berhati-hati semasa memilih amaun pembayaran.

Kenapa perlu berhati-hati?

Ini kerana apa-apa pertukaran amaun hanya boleh dibuat sebelum permohonan iSinar dihantar. Sekiranya anda telah menghantar borang permohonan tersebut, ptertukaran amaun tidak dibenarkan.

Jadi, memang tidak ada cara kemaskini i-Sinar.

 

Jenis-jenis kesilapan dan kesalahan yang biasa

Kami senaraikan beberapa kecuaian yang biasa berlaku semasa kemaskini i-Sinar. Antaranya ialah:

  • Anda tersilap memilih amaun pembayaran yang sepatutnya
  • Kalau anda boleh keluarkan maksimum RM10,000; keluarkanlah RM10,000
  • Anda juga perlu berhati-hati semasa memilih jadual pembayaran
  • Anda harus faham, jumlah amaun pengeluaran bulan pertama itu seharusnya lebih besar dari bulan-bulan yang lain
  • Jangan tersilap memasukkan Nombor Kad Pengenalan. Jika tersalah, anda tidak akan berjaya login ke dalam sistem
  • Jangan tersilap memasukkan nombor telefon. Jika tidak, anda akan mengalami kesukaran untuk mendapat OTP melalui SMS
  • Sila kemaskini nombor telefon anda sebelum mohon iSinar

 

Maklumat lanjut berkenaan i-Sinar

Jika anda mempunyai pertanyaan berkenaan kelayakan, pendaftaran, permohonan, kemaskini, semakan kelulusan, semakan pembayaran dan juga masalah-masalah lain, sila hubungi iSinar HOTLINE di taian berikut:

  • 03-8922 4848
  • Beroperasi Isnin – Jumaat (kecuali Cuti Umum Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan)
  • Dibuka dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.

Talian ini akan dibuka bermula 21 Disember 2020.

 

Akhir kalam

Bagi yang masih lagi belum memohon iSinar, tidak perlu tergesa-gesa untuk apply i-Sinar. Tak perlu ikut orang lain. Ini kerana permohonan adalah dibenarkan selama 6 bulan. Jadi, buat apa terburu-buru?

Selepas buat semakan i-Sinar dan mendapat status berjaya, kami nasihatkan agar anda rancanglah pengeluaran dan perbelanjaan duit KWSP anda. Didoakan agar semua urusan pengeluaran iSinar berjalan lancar.

Tunggu tarikh bayaran i-Sinar mengikut kategori. Barulah boleh cucuk duit di ATM.

Diharapkan juga agar perkongsian cara kemaskini i-Sinar ini dapat memudahkan anda untuk menukar amaun yang tersalah masuk sebelum ini.

Teruskan untuk baca maklumat berkenaan duit i-Sinar bila masuk.

Semoga bermanfaat.


Artikel Berkaitan

Kemaskini i-Sinar 2021 (Cara Tukar Amaun, Sebab Salah Tarik)

74 thoughts on “Kemaskini i-Sinar 2021 (Cara Tukar Amaun, Sebab Salah Tarik)”

  1. Mengapa permohonan i-Sinar saya tidk dapat rm10ribu,Hanya dapat rm9700.00 sahaja??potongan rm300.00 untuk apa?

    Reply
  2. Assallam macam mana nk kmaskini kwsp i sinar akaun 1.sb sya tersalah letak amaun.. Kna kmaskini melalui online ker. Sb haritu sya dah pegi pejabat kwsp. Dia mntak nma no fon ngn ic…macam mana nak tau dr pehak kwsp yg kiter nie nak kna buat semula. Senyap jer… Dorang akn call kiter k.??

    Reply
  3. Macam Mana nk tukar amaun isinar..?? .. Sy tak baca betul2 hari tu, tak faham sangat.. Main tekan2 saja.. Sy Ada call talian online, dia cakap tunggu 4hb1,boleh kah sy tukar amaun, sebab perlu sangat2 duit.. ?

    Reply
  4. Kenapa isinar saya masih dalam proses sedangkan lebih seminggu dalam proses.tak taw lulus atau tak.n diberi alasan tak boleh proses seprnuhnya?

    Reply
  5. Saya suda terima dt bln pertama..tp sy ada ksilapan masukkn ammout time isi borang isinar dn bln pertama ni sy hny dpt 1k.sy suda urus d kaunter kwsp bdekatan di sni then dorg minta isi st borang sign n tumprint.dorg info tgu pegawai kwsp akan cl.dan smpai skrg sy x trima cl dr pihak.kwsp..tlg dlu org susah

    Reply
  6. Tersilap letak amaund sb bulan pertama cuma dapat 2000 saja sedangkan masa apply dapat 5000 mcm ne ye adakah saya akan dapat rm 10000 jg ke..jadual saya lupa simpan aduh sakit kepala.. Byk nak byr dah la suri rumah sepenuh mass

    Reply
  7. Sy mohon i.sinar pd jam 2pg masa hr pertama aritu sy dh tarik sampai 10k dn yg ke2 sy tarik sampai 5k lps tu sy mcm nmpk rm1k+1.8k+ dan seterusnya mcm 1.8k gak rasanya lah sbb awal pg sgt pun pd 8/1/21 KWSP masuk 1k je soalannya mcm mn nk tahu amaun setiap bulan yg kita dpt?
    Tolong info kn ???

    Reply
  8. Kepada pihak kwsp tolong bagi info mcm mana cara nk tukar amaun i.sinar yg dh tersilap isi sy dh kehilagan pekerjaan di sebap kan covid19 ni sy harap pihak kwsp boleh bg penjelasan…

    Reply
  9. saya ingin mengubah jumlah amaun pengeluaran isinar yg tersalah mohon..saya tidak paham dengan jumlah yg trtulis..

    Reply
  10. Saya ingin mengubah jumlah amount pengeluaran I sinar yg tersalah mohon… Tetapi saya dah pun dapat pengeluaran pertama ,boleh ke saya tukar balik

    Reply
  11. Masa mohon i-sinar x tau pulak nk pkp smula. budget cukup buat modal i-sinar mula niaga ikut keadaan semasa. X payah tarik maksimum. Musim pkp smua x cukup. Smua main harga. Menyasal x tarik maksimum tuari Aduss..

    Reply
  12. Bagaimna saya nk tengok balik borang jadual i sinar yg telah saya hantar sebab sya terlupa lnk screenshort semasa isi borang tu haritu.mohon bantu

    Reply
  13. Saya pun sama tersalah pilih amaun sbb tk tau cara buat msa isi borang online….ada kekeliruan di situ .. .bagaimana nk mohon kembali yg amaun rm 10k tu….amaun yg pertama dah pun di terima …..

    Reply
  14. Saya tersalah buat amaun…saya x tarik Smpai habis.cuma bln pertama saje dpt..bln seterusnya kosong..saya dh g KWSP dh staff dia ckp tggu bln 2 tpi Smpai skrg x de pun…

    Reply
  15. Nk tanya..isinar sy cuma dibayar pada bulan 1 dan bulan ke 2 je sebap salah amaun.jadi ada x cara untuk nk tambah untuk bulan ke 3 dan seterusnya..

    Reply
  16. saya salah buat amaun..saya cuma ada 4k lebih je dalam akaun masa isi borang saya tak tarik sampai habis bulan Januari duit dah masuk rm800 tapi untuk bulan Februari ni kosong..

    Reply
  17. Sudah la saya merantau
    Tamba pula salah pilih amaun,
    Nak bayar sewa bilik pun susah
    Kerja tak menentu
    Dah la saya dari sabah
    Merantau ke negri org

    Reply
  18. sy tersalah pilih amaun .bulan yg pertama dah dpt.blh ke nk tukar amaun.sy dah pi kwsp borang tukar amaun.tunggu kwsp call.tapi tak call pun sampai skrg.tlg sy sy memerlukan duit.sy tak krj .suami pulak kurang upaya.tak krj jg.minta tgk

    Reply
  19. Saya tersilap tulis amaun bln january je msk rm500 tp bln febuary x msk dh..saya nak masuk rm500 tu setiap bln mcm i- lestari.boleh x saya buat pertukaran amaun lagi..

    Reply
  20. Saya pun sama.saya cuma dapat bulan jan saja.utk seterusnya saya x dapat.saya cek kat status d tulis tamat tempoh.adakah dapat lg utk mohon bru.tlg info k…tq..

    Reply
  21. Bagaimana cara untuk menukar amount saya tersilap letak amount mohon pihak kwsp boleh membuat kemaskini untuk boleh menukar amount kwsp ini..

    Reply
  22. Macam mana nak kemaskini nombor telefon.. Nombor telefon masa buat permohonan ilestari dah tiada nombor tu.. So nak tukar nombor baru.. Tapi mcm mana nak kemaskini.. 0167428212 nombor lama nak tukar ke nombor baru 0133056181

    Reply
  23. Assalamualaikum..
    Saya nak tukar amount pengeluaran kategori 2..tiada button langkah 2 jika ikut cara yg disertakan..macam mana ye..

    Reply
  24. Boleh tolong tukar nombor telefon tak.Dulu daftar ilestari pakai nombor 0174402814,sekarang pakai nombor 0175321491,boleh tolong kemaskini nombor telefon tak.

    Reply

Leave a Comment