Sebelum ini, ada perkongsian berkenaan cara mohon i-Lestari yang membolehkan anda keluarkan duit sebanyak RM500 dari Akaun 2. Yang terkini pula ialah iSinar. Jadi, izikan kami berkongsi cara mohon i-Sinar KWSP yang mengizinkan anda membuat pengeluaran sebanyak yang lebih besar iaitu RM10,000.
Yang menariknya, pengeluaran duit KWSP ini adalah dari Akaun 1. Bagus bukan?
Siapa yang layak?
Untuk makluman, orang yang buat keluarkan duit KWSP Akaun 1 i-Sinar melalui i-Sinar portal ini hanya orang yang terjejas pendapatan akibat COVID-19 sahaja.
Jadi, jika anda tidaklah terjejas sangat, iaitu gaji tidak turun 30% dan saja-saja mahu keluarkan RM10,000, itu adalah tidak dibenarkan.
Ikuti perkongsian berkenaan permohonan i-Sinar di isinar.kwsp.gov.my seperti di bawah.
Cara mohon i-Sinar KWSP (Tanpa i-Akaun)
Berikut ialah cara untuk buat permohonan pengeluaran i-Sinar tanpa perlu login i-Akaun. Anda hanya boleh login i-Sinar bermula 21 Disember 2020.
Sila ambil maklum, pengeluaran bermula 21 Disember 2020 ini hanya untuk Kategori 1 sahaja. Untuk Kategori 2, permohonan pengeluaran bermula 11 Januari 2021.
- Layari portal rasmi i-Sinar di sini: https://isinar.kwsp.gov.my
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan / MyKad / MyPR
- Pilih Kod Nombor Telefon Bimbit yang tersenarai:
- 010
- 011
- 012
- 013
- 014
- 015
- 016
- 017
- 018
- 019
- Masukkan Nombor Telefon Bimbit and yang aktif
- Tekan butang TERUSKAN
- Tunggu Nombor OTP yang akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit yang anda masukkan tadi
- Masukkan Nombor OTP tersebut
- Tekan butang SAHKAN OTP
- Jawab Soalan Keselamatan sekiranya tertera untuk pengesahan
- Jika semuanya berjalan lancar, anda akan berjaya login ke dalam sistem i-Sinar
- Ikuti Langkah 1: Amaun Pilihan, untuk tetapkan berapa banyak duit yang anda ingin keluarkan
- Anda akan dapat lihat Amaun Kelayakan Keseluruhan yang anda boleh keluarkan
- Gerakkan slider yang bulat itu ke kiri dan ke kanan untuk memilih jumlah amaun yang dikehendaki
- Jika anda ingin keluarkan amaun maksimum, tarik slider ke hujung sebelah kanan
- Teruskan dengan Langkah 2: Jadual Bayaran, untuk tetapkan bayaran bulan pertama
- Anda boleh gerakkan slider yang bulat itu ke kiri dan ke kanan untuk memilih jumlah bayaran yang dikehendaki untuk bulan pertama
- Setelah pilih bayaran bulan pertama, anda akan dapat lihat bayaran bulan seterusnya iaitu:
- Bayaran Bulan Kedua
- Bayaran Bulan Ketiga
- Bayaran Bulan Keempat
- Bayaran Bulan Kelima
- Bayaran Bulan Keenam
- Tekan butang TERUSKAN
- Teruskan dengan melengkapkan Maklumat Permohonan
- Isikan Nama Penuh seperti dalam Kad Pengenalan
- Isikan Nombor MyKad.
- Isikan Nombor Telefon Bimbit
- Isikan Alamat Email
- Isikan Alamat Rumah
- Isikan Poskod
- Isikan Bandar
- Pilih Negeri
- Teruskan dengan melengkapkan Maklumat Pembayaran
- Pilih Bank untuk permohonan pengeluaran i-Sinar online yang tertera seperti berikut:
- Affin Bank Berhad
- Agrobank
- Al Rajhi Bank (M) Berhad
- Alliance Bank
- Ambank (M) Berhad
- Bank Muamalat (M) Berhad
- Bank Rakyat
- Bank Islam (M) Berhad
- BSN
- CIMB Bank Berhad
- Citibank Berhad
- EON Bank Berhad
- HSBC Bank (M) Berhad
- Hong Leong Bank
- Kuwait Finance House
- Maybank
- OCBC Bank (M) Bhd
- Public Bank Bhd
- RHB Bank BHd
- Standar Chartered
- UOB (M) Bhd
- Masukkan Nombor Akaun Bank (Simpanan / Semasa) yang dipilih tadi
- Pastikan nombor akaun bank tersebut adalah akaun milik persendirian
- Pastikan nombor akaun bank tersebut masih aktif
- Kesilapan dalam memberikan nombor akaun bank yang tidak aktif boleh menyebabkan duit i-Sinar tidak dapat dimasukkan
- Kesilapan dalam memasukkan nombor akaun bank juga, walaupun akaun masih aktif, boleh menyebabkan masalah
- Tekan butang TERUSKAN
- Pilih Bank untuk permohonan pengeluaran i-Sinar online yang tertera seperti berikut:
- Teruskan dengan menyemak Maklumat Permohonan dan Maklumat Pembayaran
- Tick pada bahagian Saya dengan ini mengesahkan bahawa saya telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan Perakaun Terma & Syarat yang ditetapkan.
- Tick Saya bukan robot bagi meneruskan permohonan pengeluaran i-online
- Akan keluar 16 petak gambar untuk dipilih
- Ikut arahan untuk pilih semua petak yang mengandungi sesuatu gambar yang ditentukan
- Contohnya: gambar lampu isyarat, lintasan pejalan kaki, gunung atau bukit dan lain-lain lagi
- Jika tidak ada gambar, klik langkau
- Pastikan pilihan semua selesai
- Klik Hantar
- Pastikan keluar paparan yang tertulis “Terima kasih <nama penuh>. Permohonan anda telah diterima. Status permohonan boleh disemak mulai <tarikh yang tertera>”.
- Tekan butang CETAK & SIMPAN untuk simpan rekod permohonan i-Sinar anda
- Permohonan baru pengeluaran i-Sinar tanpa i-Akaun kini sudah selesai.
Bila boleh mohon i Sinar KWSP?
Sudah ada maklumat rasmi berkenaan tarikh bila boleh apply i-Sinar.
Bagi Kategori 1 iSinar, anda boleh mohon bermula:
Isnin, 21 Disember 2020
Bagi Kategori 2 iSinar, anda boleh mohon lewat sedikit daripada Kategori 1 iaitu bermula:
Isnin, 11 Januari 2021
Bolehkah memohon i-Sinar guna i-Akaun?
Sila ambil maklum bahawa anda hanya boleh memilih satu saluran sahaja untuk membuat permohonan.
- Seperti i-Lestari sebelum ini, jika anda memilih untuk mohon i-Sinar KWSP menggunakan i-Akaun, maka guna i-Akaun sahaja
- Jika anda memilih untuk mohon i-Sinar KWSP menggunakan portal i-Sinar, maka guna i-Sinar sahaja
Anda tidak boleh menggunakan kedua-duanya. Walaupun anda mohon iSinar KWSP menggunakan kedua-dua saluran, hanya satu saluran sahaja yang akan diluluskan.
Jika anda memilih untuk membuat pengeluaran i-Sinar menggunakan i-Akaun, sila baca cara daftar i-Akaun terlebih dahulu sebelum meneruskan dengan cara daftar i-Sinar KWSP.
Kelayakan permohonan i-Sinar
Syarat kelayakan terbahagi kepada dua iaitu:
Kategori 1
Individu yang layak memohon iSinar mestilah orang yang:
- Bekerja di sektor formal
- Bekerja sendiri
- Bekerja di dalam sektor ekonomi gig seperti GrabCar, GrabFood, Foodpanda, Lalamove dan lain-lain
- Yang sudah lama tidak mencarum
- Yang hilang pekerjaan
- Suri rumah
- Pekerja yang diberi notis cuti tanpa gaji
Sekarang, anda sudah tahu siapa yang layak iaitu selalunya golongan B40. Sekarang, bagaimana pula dengan syarat dan kriterianya untuk membolehkan anda teruskan dengan cara mohon i-Sinar apabila sudah dibuka nanti?
- Anda tidak mencarum dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan
- Contohnya, dua bulan lepas, majikan langsung tak mencarum duit KWSP anda. Duit company pun tak masuk, duit KWSP anda pun dia tak masukkan. Maka, anda boleh buat permohonan iSinar.
- Anda masih bekerja, tapi mengalamai pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020
- Contohnya, jika gaji basic anda ialah RM1500, tiba-tiba dek kerana PKPB ini, gai berkurang menjadi RM1000. Maka, anda menepati kriteria untuk memohon iSinar.
Kategori 2
Individu yang layak memohon iSinar mestilah orang yang masih bekerja. Jadi, kami andaikan:
- Masih bekerja di sektor formal
- Masih bekerja sendiri
Sekarang, anda sudah tahu siapa yang layak iaitu kebiasaannya golongan M40. Sekarang, bagaimana pula dengan syarat dan kriterianya untuk meneruskan cara mohon i-Sinar apabila sudah dibuka nanti?
- Anda masih bekerja, tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020
- Ini termasuk pengurangan gaji
- Pengurangan elaun
- Pemotongan tuntutan lebih masa (overtime claim)
- Pengurangan di atas perlu dibuktikan dengan dokumen
Tidak seperti Kategori 1 yang lebih mudah permohonannya, Kategori 2 perlu menyediakan:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan
- Notis berhenti kerja yang diberikan majikan
- Surat pemotongan elaun
- Surat pemotongan tuntutan kerja lebih masa (OT claim)
Jika dokumen seperti yang dinyatakan di atas tidak dapat disediakan, anda boleh sertakan supporting document yang lain seperti:
- Penyata bank
- Surat pengesahan majikan
Akhir kalam
Terima kasih KWSP kerana mendengar suara rakyat yang mahukan pengeluaran dari Akaun 1 melalui i-Sinar.
Apa yang kami harapkan, semoga perkongsian kami berkenaan cara mohon i-Sinar KWSP ini dapat membantu anda dalam kehidupan seharian.
Pastikan anda buat semakan penyata KWSP online setiap kali selepas buat permohonan untuk semak baki terkini. Jika terlupa nombor ahli, boleh baca cara check KWSP guna no IC.
Sekiranya semuanya berjalan lancar, jangan lupa baca cara check status i-Sinar. Sila juga baca cara kemaskini i-Sinar dan buat semakan i-Sinar jika perlu. Dan yang paling utama, sila buat semakan pembayaran i Sinar untuk memastikan duit betul-betul masuk ke dalam akaun.
Rujuk juga maklumat tentang duit i-Sinar bila masuk.
Semoga bermanfaat.
How apply i akaun
Saya nak mohon i sinar mcm mane
Macam mana nak mohon i-sinar
Macam mana nak mohon i-sinar…saya sangt memelukan ini sebab saya sudah tidak berkerja tak ada sumber pendapatan…dan nak bayar sewa lagi…aduk pening kalau saya seorg tak apa ini dah beristeri….mohon pertolongn
maseh belum boleh memohon..akan diberitahu nanti bila boleh start memohon..portal rasmi i-sinar masih belum dibuka..
Saya nk mohon I sinar mcm mane online buat
Saya ingin memohon pengeluaran i-Sinar,kerana sekarang pendapatan saya telah berkurangan dan akaun 2 i-Lestari telah kosong, saya mempunyai 5 orang anak dan lsteri tidak Berkerja, gaji yang saya perolehi sebulan dlm Rm2k sahaja mana cukup untuk menyara keluarga saya skg.saya berharap pihak KWSP dapat memberi kemudahan dan peluang tersebut kepada saya untuk kemudahan pengeluaran akaun 1 i -sinar nanti, saya adalah dari golongan B40 T.kasih
Saya nak mohon i Sinar akaun 1
Macam mana nak mohon
Saya nak memohon i sinar kwsp pengeluarkan duit 10k
Mohd Suhaimi Abdullah.
Saya nak mohon isinar dari akaun 1
Saya tak tahu macamana cara mohon
saya orang golongan terjejas.saya nak buat pengeluaran 10k utk membantu bapak sekarang uzur
Saya on going utk I lestari smp tahun depan bulan April, tp Saya nak apply off I sinar, mcm mana procedure nye
Bagi pemohon yg muflis mcm Mana…
Sy nak mohon i sinar sbb sy nak duit sy. Sy nak beli ps5 yg akan keluar tak lama lagi itu je. Lebih sy simpan
mcm mana nak mohon
Macam mana Nak MAKI CEO KWSP Tu?? Saya Mengidam Nak Maki dia depan2… Lepas Tu Sekehh kepala dia Yang Luas Tu..Lepas Tu kalau Boleh saya Nak buat permintaan…saya Nak dia Cukup2 la Jadi Bodoh Tu..
Saya macam tak percaya dia Tu CEO KWSP… bodoh tahap Gaban Bebal mangkuk Hayun …
Yang Benar
MAN PADANG
Saya nk ingin memohon I sinar. Akaun 1 mcm mane nk buat mohon
Macam mana nak memohon i sinar saya perlukan pendapatan yang cukup
Saya memohon i-sinar account 1 KWSP 10,000 . MASALAH KEHILANGAN KERJA , KEHILANGAN PENGCARIAN , KEHILANGAN TERCECAS SEKELUARGA KAMPUNG SUNGAI NANGKA BELURAN
Saya memohon i-sinar account 1 KWSP 10,000 sebab kehilangan kerja ,
saya mohon kwsp i akaun 1..1000 ada kah boleh d luluskn
saya mohon kwsp i akaun 1..1000 ada kah boleh d luluskn
Sy nak mohon i sinar bawah 10.000 macam mana
Assalamualaikum,saya ada buat permohonan melalui telefon tapi x boleh kemudian Sya ke pjbt KWSP bila saya sana saya di beri panduan cara² bagaimana nk buat i-akaun tapi bila balik nk buat x boleh
Saya memohon i akaun sebanyak 1000 sebab tak de kerja
Saya dah 3 kali mohon i sinar akaun 1. Dia kata tunggu dlm 5 hari berkerja. Tapi last2. Nama anda tiada dlm system. Kenapa erkk. Pasal saya xda akaun i sinar ke.
Macam mana ye nk daftar i sinar buat pertama kali?
Saya nk mohat
macamna nak mohon
saya dah lama xde caruman pada kwsp..sbb saya bekerja sendiri..dan sedikit struggle…bagaimana untuk saya mendaftar i sinar? terima kasih.
Saya mohu menukar no talifon baru.no talifon lama sudah tidak di guna kan lagi.no yang guna sekarang ini 01161010304
Saya mohu menukar no talifon baru.no talifon lama sudah tidak di guna kan lagi.no yang guna sekarang ini 01161010304.
Macam mana nak mohon i-sinar