Cara Check KWSP Guna No IC (Menggunakan Kad Pengenalan)


Sebenarnya, cara check KWSP guna No IC ini memang boleh dibuat di mana-mana cawangan KWSP. Cuma, bagaimana jika mahu buat semakan nombor ahli KWSP secara online jika anda terlupa?

Bagaimana pula jika ingin semak baki? Adakah cukup sekadar dengan Nombor Kad Pengenalan sahaja?

Ikuti perkongsian seperti di bawah.

Cara check KWSP guna No IC

Pertama sekali, tidak sukar untuk check nombor KWSP. Ikuti langkah di bawah melalui EPF CMC.

Walau bagaimanapun, untuk membolehkan anda membuat semakan nombor ahli KWSP menggunakan Kad Pengenalan secara online, tidak ada cara lain kecuali membuat pendaftaran menggunakan i-Akaun.

Sebelum itu, untuk melayakkan anda mendaftar i-Akaun, anda perlu memenuhi kriteria di bawah:

  1. Anda ialah seorang pencarum KWSP
  2. Anda mempunyai nombor ahli KWSP yang sah
  3. Anda mempunyai nombor telefon bimbit yang masih aktif untuk terima kod TAC
  4. Majikan anda juga mempunyai nombor KWSP yang sah
  5. Perlu kemaskini nombor telefon sebelum mendaftar i-Akaun
  6. Pastikan telefon boleh terima SMS

Seterusnya, ikut pendaftaran i-Akaun seperti di bawah dengan mendapatkan kata laluan sementara terlebih dahulu.

#1 Check KWSP guna No IC melalui EPF CMC

Ini adalah cara untuk semak nombor KWSP, andai anda terlupa.

  1. Hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP (juga dipanggil EPF CMC) di talian 03-89226000
  2. Selalunya, akan diangkat dalam beberapa saat sahaja
  3. Beritahu bahawa and mahu semak nombor KWSP anda
  4. Pihak EPF CMC akan bertanya Nombor Kad Pengenalan untuk verifikasi
  5. Mereka juga akan bertanyakan Nama Penuh
  6. Jika semuanya sahih, mereka akan memberikan nombor KWSP anda

 

#2 Check nombor KWSP di kaunter EPF

Untuk buat semakan nombor KWSP, anda tidak perlu beratur. Boleh terus gunakan kiosk.

Jika anda sejenis orang yang malas untuk menggunakan perkhidmatan online dan mahu terus semak baki dengan mencetak penyata, boleh terus guna kiosk KWSP yang ada di dalam premis tersebut.

Walau bagaimanapun, untuk buat semakan baki, anda perlu pergi ke kaunter.

Ini adalah prosedur yang penting kerana anda perlu mendapatkan kata laluan sementara.

  1. Sila hadirkan diri ke mana-mana KWSP yang berhampiran
  2. Pergi ke kaunter pertanyaan
  3. Tanya mengenai pendaftaran i-Akaun
  4. Nombor akan diberi
  5. Tunggu sehingga di panggil
  6. Siap sedia dengan ID Ahli KWSP atau No IC
  7. Pergi ke kaunter setelah nombor dipanggil
  8. Sila berurusan di kaunter untuk pendaftaran i-Akaun
  9. Selepas pendaftaran, ahli akan menerima kata laluan sementara melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun.
  10. Pendaftaran ini belum lagi selesai
  11. Anda perlu layari laman web KWSP untuk langkah seterusnya
  12. Rujuk panduan di bawah untuk mendaftar i-Akaun

Panduan di atas adalah untuk buat pendaftaran i-Akaun. Jika anda malas untuk menggunakan perkhidmatan online dan mahu terus semak baki dengan mencetak penyata, boleh terus guna kiosk KWSP yang ada di dalam premis tersebut.

 

#3 Check no KWSP secara online melalui i-Akaun KWSP

Sila rujuk panduan check KWSP di kaunter EPF seperti di atas terlebih dahulu.

  1. Selepas anda dapat kata laluan sementara melalui SMS, pergi ke mana-mana komputer yang disediakan untuk ahli KWSP secara percuma
  2. Jika tidak, anda juga boleh buat sendiri di rumah
  3. Cuma jika buat di KWSP, anda boleh minta bantuan jika ada masalah
  4. Sila layari laman web rasmi i-Akaun KWSP di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  5. Isikan No Ahli yang diterima pada ruangan ID Pengguna dan klik Teruskan.
  6. Isikan Kata Laluan yang diterima melalui SMS dan klik Log Masuk.
  7. Sila baca terma dan syarat yang dipaparkan. Tanda pada kotak “checkbox” dan klik Seterusnya.
  8. Sila cipta ID Pengguna yang baharu di ruangan ID Pengguna.
  9. ID Pengguna yang baharu adalah gabungan alphanumeric 8-16 digit. (Contoh: sayangmak1234)
  10. Sila ambil perhatian, ID Pengguna boleh diubah sekali sahaja semasa proses pengaktifan dilakukan
  11. Sila cipta kata laluan yang baharu dengan gabungan nombor dan abjad 8 – 20 digit serta masukkan semula kata laluan yang baharu untuk pengesahan. (Contoh : SayaSayangMak12345)
  12. Pilih Imej Online.
  13. Sila isi Frasa Rahsia atau Secret Phrase dengan panjang maksimum 10 aksara kemudian klik Seterusnya.
  14. Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan
  15. Ahli boleh terus login ke i-Akaun
  16. Jika semuanya berjalan lancar, anda sudah boleh check KWSP guna No IC secara online.
  17. Tidak perlu lagi susah-susah pergi ke kaunter semata-mata untuk semak nombor akaun dan juga baki.

Untuk maklumat yang lebih terperinci, jemput baca cara daftar i-Akaun KWSP.

 

Akhir kalam

Kami sarankan agar anda semua register i-Akaun ini kerana ia sangat memudahkan urusan pada masa akan datang.

Dengan i-Akaun juga, anda boleh semak penyata KWSP untuk melihat berapa baki yang tinggal.

Semoga bermanfaat.


Leave a Comment